Ikan yang berlendir dan hidup di air berlumpur ini menjadi favorite kerana rasa dagingnya yang sedap. Namun ada sebahagian orang yang tidak menyukainya kerana rasanya yang agak hanyir. Tapi kalau tahu cara memasaknya yang benar ikan keli akan jadi makanan yang amat sedap.

Ikan keli merupakan ikan air tawar yang senang dijumpai di Malaysia. Ikan keli biasa jadi hidangan istimewa dalam acara kenduri keluarga. Namun begitu tidak ramai yang tahu resepi sedap memasak ikan keli.

Bagi anda yang menyukai mahupun tidak menyukai ikan keli anda patut mencuba resepi ikan keli bakar ini. Konfirm lepas ini anda akan menyukai ikan ini. Dagingnya lembut dan sedap.

Supaya tidak membuang masa, sila baca resepi ikan keli bakar sambal stim yang kami kongsikan ini, dikongsikan oleh Rosma Ros‎ di Facebook. Hanya menggunakan kuali leper, didapat lah masakan yang mampu membuat anda menjilat jari. Selamat mencuba.

Resepi Ikan Keli Bakar Sambal Stim

keli bakar

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Ikan keli. ( Ikutlah mahu berapa ekor. Basuh dengan garam, asam jawa, gaul, cuci bersih, perah limau, cuci lagi bagi hilang hanyir ikan, toskan, kelar-kelar ikan.)
  • Daun pisang secukupnya

Bahan Sambal

  • 4 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • Seinci halia
  • 2 batang serai
  • Sedikit lengkuas
  • 10-15 tangkai cili kering, ikut pedas yang anda mahu. Potong kecil dan rebus dulu
  • Sedikit cili api
  • 2 biji cili merah besar
  • Belacan sedikit
    (blender bahan ini sampai hancur)

Bahan Perasa

  • Garam
  • Pati bilis
  • Perasa
  • Gula
  • Air keping atau asam jawa (ikut keasaman yang anda suka)

Cara Memasak

1. Panaskan minyak, tumis bahan blender.

2. Bila menggelegak bubuh semua bahan perasa, biarkan pecah minyak.

3. Kalau sudah pecah minyak masukkan air. Masak lagi sampai cili betul-betul masak. Siap dan boleh tutup api.

4. Hamparkan daun pisang atas kuali leper. Curahkan bahan sambal sedikit di atas daun pisang.

5. Letak ikan. Curah lagi sambal selebihnya menutupi ikan.

6. Tutup ikan dengan tudung periuk kukus. Slowkan api. Biarkan ikan masak secara bakar stim.

7. Dalam 10 minit tak perlu tengok tapi balik-balikkan untuk bagi masak sekata. Siap.

Selamat mencuba.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi ikan keli bakar sambal stim, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Pelajar yang memiliki ketertarikan kepada kartun dan muzik, serta menginterpretasikan rasa dalam tulisan.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.