Adakah anda penggemar ikan cencaru? Jika setiap minggu anda membeli ikan cencaru di pasar, jawapannya memang YA. Ada di kalangan kita yang kurang gemar dengan ikan cencaru ini kerana susah untuk menyiangnya dek kerana kulit dan tulangnya yang keras. Sebab itulah ramai yang surrender nak beli ikan cencaru ni kan.

Namun, bagi penggemar ikan ini, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih untuk menikmati hidangan ikan cencaru. Ikan cencaru goreng dan bakar adalah menu pilihan yang lebih sedap berbanding dengan gulai atau sup ikan cencaru. Bertambah sedap jika ikan ini dibelah belakang dan disumbat dengan sambal kelapa parut atau sambal lada. Bagi yang suka dan tiada alahan dengan belacan atau udang kering, jangan lupa untuk masukkan bahan-bahan ini sekali ke dalam sambal untuk memberikan rasa UMPH yang sebenar.

Tidak kiralah anda sukakan sambal kelapa atau sambal lada, kedua-dua jenis sambal ini dapat menambahkan rasa sedap pada ikan cencaru bakar atau goreng. Bagi yang kurang gemar ikan ini, anda bolehlah cuba menu ikan cencaru sumbat kelapa atau lada kerana yang pasti, rasanya pasti sedap dan dapat mengubah persepsi anda tentang ikan cencaru ini. Nak lebih sedap, anda sumbatkan terlebih dahulu sambal ke perut ikan sebelum ikan dibakar atau digoreng.

Hari ini kami akan kongsikan satu resepi daripada saudari Sharifah Nurul Shahida di Facebook. Beliau menjadikan masakan ikan cencaru sumbat ini sebagai salah satu sumber pendapatan beliau. Wahh semestinya sangat sedap bukan. Jom kita lihat resepinya.

Resepi Ikan Cencaru Sumbat (5 ekor ikan)

ikan cencaru sumbat

Image via Facebook

Bahan-bahan:

*Cili kering 10-15tangkai
*1 bawang besar
*2 biji bawang putih

2 biji bawang besar (di potong dadu)
2 sudu serbuk cili babas
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
Garam,gula dan minyak masak.

Cara Penyediaan:

1) Blender halus semua bahan yang bertanda*
2) Panaskan 3 sudu besar minyak masak.
3) Masukkan semua bahan blender dan letakkan sedikit air.
4) Kemudian masukkan serbuk cili babas (wajib pakai cap babas baru warnanya akan merah menarik), sos cili, sos tomato dan bawang yg didadu.
5) Masukkan garam dan sedikit gula. Masak hingga kekeringan.siap
6) Kemudian, bolehlah di sumbat kan ke dalam ikan yg dah di goreng/dibakar. Kalau nak lagi sedap, sumbat dulu inti dalam ikan pastu goreng bersama.

Anda sukakan resepi ini? Terdapat banyak lagi resepi-resepi mudah dan sedap yang ada di blog kami ini. Dijemput untuk anda mencuba kesemuanya ya. Jangan lupa untuk LIKE dan SHARE ya!

 

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.