Mencari resepi masakan diet yang sedap?

Semasa berdiet, semestinya anda ingin menikmati hidangan yang masih enak tanpa perlu memaksa tekak untuk menelan sayur-sayuran semata-mata. Tetapi, bolehkah makan sedap-sedap semasa diet?

Semestinya ya, jika kena dengan caranya. Untuk itu, berikut kami senaraikan 16 masakan diet yang sesuai untuk anda. Teruskan membaca!

#1 Overnight Oat

overnight oats
Imej via Facebook

Oat memang cukup sinonim dengan diet. Kandungan serat yang tinggi juga menunjukkan yang ianya baik untuk sistem penghadaman. Resepi ini dikongsikan oleh Ida Adlina Salleh di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 1/3 cawan rolled oats / muesli  
  • 1 sudu besar biji chia
  • 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 1/2 sudu besar mentega kacang
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1/4 cawan yogurt (asli atau berperisa)

Bahan topping:

  • 1 sudu besar yogurt
  • 1 sudu besar beri beku

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan kecuali bahan topping.
  2. Bahagikan dalam botol dan pastikan setiap botol mendapat jumlah yang sama.
  3. Untuk topping, masukkan yogurt (tak perlu kacau).
  4. Letakkan beri beku.
  5. Sejukkan dalam peti sejuk. Oat ini akan tahan selama 5 hari.

#2 Salad Ayam

Imej via Facebook

Hidangan ini sesuai dinikmati sebagai menu tengah hari. Mengenyangkan dan cukup menyihatkan! Resepi ini dikongsikan oleh Nabihah Azhar di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Isi ayam (dipotong kecil)
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk Cajun
  • Serbuk paprika
  • Salad
  • Tomato ceri
  • Telur rebus
  • Kewpie Salad Dressing

Cara-cara:

  1. Perapkan isi ayam dengan serbuk paprika, serbuk lada hitam dan serbuk cajun.
  2. Panggang ayam. Jika mahu isi ayam lembap, boleh panggang sekejap. Jika mahu isi ayam yang garing, panggang sedikit lama.
  3. Hidang ayam panggang tadi di atas salad.
  4. Taburkan tomato ceri.
  5. Letakkan telur rebus.
  6. Tambahkan salad dressing.
  7. Sedia untuk dihidang.

#3 Lempeng Oat

lempeng oat
Imej via Facebook

Antara resepi masakan diet yang boleh ada cuba ialah lempeng oat, sesuai dinikmati semasa sarapan. Resepi ini dikongsikan oleh Maya Homemade Dessert di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 50 g rolled oat (dikisar halus)
  • 2 sudu besar tepung mil penuh
  • 50 gram susu segar
  • 2 biji telur
  • Secubit lada hitam
  • Secubit garam
  • Secubit serbuk cili
  • Kucai
  • Lobak merah (dihiris halus)
  • Baby spinach
  • Bawang holland
  • Cili Siam (dicincang)
  • Sedikit daun bawang
  • 1 sudu minyak kelapa untuk menumis

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan kecuali minyak kelapa hingga sebati.
  2. Gorengkan seperti membuat lempeng biasa.
  3. Sedia untuk dihidang.

#4 Tortilla Ayam

Imej via Facebook

Selain roti, tortila juga sesuai dijadikan pengganti bagi nasi sebagai sumber karbohidrat. Resepi ini dikongsikan oleh Fatien Zaini di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Tortilla
  • Isi ayam bahagian dada (dipotong kecil)
  • Salad
  • Tomato
  • Lobak (dihiris halus)
  • Timun (dihiris halus)
  • Kobis
  • Mayonis
  • Sos cili
  • Sos thousand island
  • Telur

Cara-cara:

  1. Bakar tortilla menggunakan kuali.
  2. Gaulkan isi ayam dengan garam dan celupkan dalam telur dan tepung serbaguna. Gorengkan.
  3. Letakkan tortilla serta bahan-bahan lain dan gulungkan.
  4. Sedia untuk dihidang.

#5 Murtabak Roti Mil Penuh

murtabak wholemeal
Imej via Facebook

Teringin murtabak tetapi sedang berdiet? Jangan risau, cubalah resepi murtabak roti mil penuh ini. Resepi ini dikongsikan oleh Norasikin Mohmad Bakari di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Roti mil penuh
  • 1 bij telur
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Lada (ikut kepedasan)
  • Rempah BBQ Seasoning
  • Sedikit air

Cara-cara:

  1. Kisarkan roti.
  2. Masukkan bahan-bahan lain seperti bawang, telur, lada dan sedikit air ke dalam pengisar. Kisarkan.
  3. Masukkan BBQ Seasoning dan sambung kisar.
  4. Letakkan adunan di atas kuali tanpa minyak. Pastikan murtabak masak pada kedua-dua belah.
  5. Sedia untuk dihidang.

#6 Salad Buah-Buahan

salad buah
Imej via Facebook

Tadi kita cuba salad sayur-sayuran, apa kata kali ini anda cuba salad buah-buahan pula? Resepi ini dikongsikan oleh Rozita Daud di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 1 biji buah pelam
  • 2 biji epal hijau
  • 2 biji epal merah
  • Kismis hitam (jumlah ikut kesukaan)
  • Anggur  
  • ½ tin susu cair
  • 1 yogurt rendah lemak perisa strawberi
  • 5/6sudu mayonis buah-buahan

Cara-cara:

  1. Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaulkan sebati.
  2. Sedia untuk dihidang.

#7 Chicken Patty

chicken patty
Imej via Facebook

Satu lagi resepi masakan diet yang boleh anda cuba ialah chicken patty. Resepi ini dikongsikan oleh Abrani Yunus di laman Facebook.

Bahan-bahan:

Bahan kisar:

  • Lada hitam
  • Ketumbar
  • Halia
  • Bawang putih
  • Bawang besar
  • Isi ayam (dipotong dadu)

Bahan lain:

  • Daun bawang (dihiris)

Cara-cara:

  1. Kisar kering semua bahan kisar hingga lumat.
  2. Hiriskan daun bawang dan gaul dengan bahan kisar tadi.
  3. Panggang menggunakan pemanggang ajaib menggunakan api sederhana untuk beberapa minit.
  4. Sedia untuk dihidang.

#8 Puding Roti Sos Vanila

puding roti diet
Imej via Facebook

Bunyi macam mustahil, namun anda juga masih boleh menikmati puding roti semasa berdiet. Ianya tidaklah semanis puding roti biasa, namun masih sedap. Resepi ini dikongsikan oleh Tuan Adriana Arissa di laman Facebook.

Bahan-bahan:

Bahan puding:

  • Roti mil menuh 2 keping (dipotong kecil-kecil)
  • 200 ml susu segar
  • 1 biji telur
  • Madu atau stevia
  • Kismis, kranberi kering atau kekacang

Bahan sos vanila:

  • 200 ml susu segar
  • 1 biji telur
  • Sedikit madu atau stevia
  • Sedikit esen vanila

Cara-cara:

  1. Untuk bahan puding, kacau semua bahan kecuali roti.
  2. Kemudian, curahkan ke atas roti.
  3. Taburkan kismis, kranberi kering atau kekacang.
  4. Bakar pada suhu 180 °C selama 30 minit.
  5. Untuk sos vanilla, masak semua bahan atas api hingga sedikit pekat.
  6. Sejukkan sebelum dihidang.
  7. Sedia untuk dihidang.

#9 Nasi Kobis Bunga

cauliflower rice
Imej via Facebook

Nasi kobis bunga merupakan alternatif bagi nasi yang sangat menyihatkan. Enak juga jika dinikmati dengan daging masak lada hitam dan sayur tumis! Resepi ini dikongsikan oleh Eddie Anak Mat Salleh di laman Facebook.

Bahan-bahan:

Bahan daging masak lada hitam:

  • Minyak masak sayur
  • Bawang putih (dihiris halus)
  • Bawang merah (dipotong dadu)
  • Halia (dipotong halus)
  • Daging lembu
  • Kicap masin
  • Sos tiram
  • Minyak bijan
  • Serbuk lada hitam

Bahan sayur tumis:

  • Minyak masak sayur
  • Bawang besar kisar
  • Bawang putih kisar
  • Sos tiram
  • Lobak (dihiris bulat)
  • Cendawan (dihiris)
  • Brokoli
  • Garam secukup rasa

Bahan nasi kobis bunga:

  • Minyak zaitun atau minyak melapa
  • Bawang putih kisar
  • Halia kisar atau tumbuk
  • Cili padi (dihiris) (bagi yang suka pedas)
  • Kobis bunga (dikisar atau diparut)
  • Kelapa parut
  • Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
  • Hirisan daun bawang untuk hiasan

Cara-cara:

  1. Untuk daging masak lada hitam, masukkan bahan-bahannya mengikut turutan bahan.
  2. Untuk sayur tumis,masukkan bahan-bahan mengikut turutan.
  3. Sama juga seperti yang lain, masukkan bahan-bahan nasi kobis bunga mengikut turutan.
  4. Sedia untuk dihidang.

#10 Mihun Ladna

resepi masakan diet mihun ladna
Imej via Facebook

Sukakan mihun? Anda juga boleh menikmati mihun, jadi cubalah resepi masakan diet berasaskan mihun ini. Resepi ini dikongsikan oleh Emee Sham di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Mihun (direndam seketika hingga lembut dan ditoskan)
  • Sedikit minyak untuk menggoreng
  • Kicap
  • Sedikit minyak bijan

Bahan kuah:

  • Sedikit minyak untuk menumis
  • 4 ulas bawang putih (diketuk)
  • Udang (dikuoas kulitnya)
  • Isi ayam
  • Air rebusan kulit dan kepala udang
  • Lobak
  • Jagung muda
  • Bunga kobis
  • Sos ikan
  • Sedikit sos tiram
  • Cili api (diketuk)
  • Bawang Holland (dihiris)
  • Cili merah (dihiris)
  • Kailan
  • 5 sudu tepung gandum + air
  • 2 titis minyak bijan
  • Sedikit perahan limau nipis
  • Lada sulah

Cara-cara:

  1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak.
  2. Masukkan mihun dan gaul rata bersama kicap dan sedikit minyak bijan. Ketepikan dan letak di atas pinggan.
  3. Untuk kuah, panaskann sedikit minyak.
  4. Masukkan bawang putih, udang dan isi ayam. Kacau rata dan biarkan seketika.
  5. Masukkan air rebusan kulit dan kepala udang. Kacau rata.
  6. Masukkan lobak, jagung muda dan bunga kobis. Biarkan seketika.
  7. Masukkan sos ikan dan sedikit sos ikan. Kacau rata.
  8. Masukkan cilia pi, bawang Holland dan cili merah.
  9. Masukkan bancuhan tepung gandum.
  10. Masukkan sayur kalian, minyak bijan, perahan limau nipis dan lada sulah.
  11. Setelah kuah likat dan secukup rasa, matikan api. Tuangkan kuah pada mihun.
  12. Sedia untuk dihidang.

#11 Sandwic Wanpaku Avokado

resepi masakan diet
Imej via Facebook

Buah avokado memang terkenal sebagai buah yang mengandungi kandungan karbohidrat yang rendah, sesuai untuk diet. Resepi ini dikongsikan oleh Maya Homemade Dessert di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 2 keping Canadian purple wheat
  • 1 sudu kecil mayonis Kewpie (merah jambu)
  • 1 sudu kecil sambal eat clean
  • 1 sudu besar yogurt Greek
  • Salad dua warna (hijau dan maroon)
  • Lobak
  • Telur mata
  • Kobis ungu
  • Avokado

Cara-cara:

  1. Sebatikan bahan salutan iaitu mayonis, sambal dan yogurt. Sapu pada kedua-dua belah roti.
  2. Letakkan bahan sayuran pula di atas sebelah roti dan tutup dengan sekeping lagi roti.
  3. Ulang langkah 1-2.
  4. Menggunakan pembalut plastik, bungkus padat bahagian kiri, kanan, atas dan bawah dengan kemas.
  5. Potongkan sandwich menggunakan pisau yang tajam dan jangan tekan (potong seperti cara mengguna gergaji).
  6. Sedia untuk dihidang.

#12 Sup Ikan Jenahak

resepi masakan diet
Imej via Facebook

Omega 3 merupakan zat yang sangat diperlukan oleh tubuh badan. Antara jenis ikan yang kaya dengan zat ini ialah ikan jenahak. Jadi, cubalah resepi sup ikan jenahak ini! Resepi ini dikongsikan oleh Norfadilah Ibrahim di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Bawang kecil (dihiris/ditumbuk)
  • Bawang putih (dihiris/ditumbuk)
  • Halia (dihiris/ditumbuk)
  • Sedikit minyak
  • Rempah 4 sekawan
  • Rempah sup
  • Air
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Ikan jenahak (disapukan dengan garam)
  • Lada besar
  • Daun bawang
  • Tomato ceri

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan masukkan rempah 4 sekawan.
  2. Masukkan bahan yang dihiris tadi.
  3. Masukkan rempah suo.
  4. Masukkan air, perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
  5. Masukkan ikan yang telah disapukan dengan garam. Renehkan sup sekejap.
  6. Masukkan ada besar dan taburkan daun bawang.
  7. Akhir sekali, masukkan tomato ceri.

#13 Vietnamese Roll

Imej via Facebook

Antara resepi masakan diet yang mengandungi kandungan kolestrol yang rendah ialah Vietnamese Roll. Resepi ini dikongsikan oleh Noor Liyana di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Lobak (dihiris)
  • Timun (dihiris)
  • Daun salad
  • Daun ketumbar (dicincang)
  • Daun kucai *optional
  • Su’un (direbus dan ditoskan)
  • Udang
  • Isi ketam (dibelah dua)
  • Vietnam rice paper

Bahan sos:

  • Sos pencicah Thai
  • Daun ketumbar (dicincang)
  • Cili padi (dicincang)
  • Sedikit garam

Cara-cara:

  1. Bentangkan rice paper dan letakkan bahan-bahan roll seperti lobak, timun, daun salad, daun ketumbar, daun kucai, su’un, udang da nisi ketam.
  2. Balutkan roll tersebut dan ulang hingga bahan popia habis.
  3. Untuk sosnya, gaulkan semua bahan sos hingga sebati.
  4. Sedia untuk dihidang.

#14 Salmon ala Ikea

resepi masakan diet
Imej via Facebook

Ada yang menggemari Salmon Garlic Butter di Ikea? Anda juga boleh menikmati hidangan ini semasa berdiet, tetapi lebihkan sayur ya! Resepi ini dikongsikan oleh Irabella Munira di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Ikan salmon

Bahan perapan salmon:

  • Garam
  • Lada hitam
  • Bawang putih (dicincang halus) / garlic powder

Bahan sos:

  • Mentega
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu tepung gandum
  • Secubit lada hitam
  • Secubit serbuk parsley
  • Kiub pati ayam
  • Susu

Cara-cara:

  1. Perapkan salmon dengan bahan perapan, kemudian panggang hingga masak.
  2. Untuk sos, campurkan semua bahan dan masakkan.
  3. Tuangkan sos ke atas salmon yang dipanggang tadi.
  4. Sedia untuk dihidang.

#15 Spaghetti Carbonara

resepi masakan diet
Imej via Facebook

Mahu menikmati pasta semasa diet? Bunyi seperti mustahil, namun boleh sahaja! Resepi ini dikongsikan oleh Afy AL Habibi di laman Facebook.

Bahan-bahan:

Bahan sos:

  • ½ sudu besar garlic butter
  • Sedikit daging kisar
  • 1 tin sos pasta carbonara
  • 2 sudu besar susu tepung + ¾ tin air suam
  • Potongan kecil cendawan butang
  • 1 keping keju
  • ½ sudu kecil garam bukit

Bahan ayam panggang:

  • ½ sudu besar garlic butter
  • ½ sudu kecil lada sulah
  •  2 sudu besar sos lada hitam
  •  ½ sudu kecil garam bukit
  •  ½ sudu kecil mixed herbs

(diperap selama satu jam)

Bahan sayuran:

  • Brokoli
  • Tomato ceri
  • Lada benggala

Bahan pasta:

  • Pasta gandum penuh
  • Sedikit minyak jagung
  • ½ sudu kecil garam bukit
  • Minyak lebihan ayam panggang
  • Serbuk parsley

Cara-cara:

  1. Panaskan garlic butter.
  2. Masukkan daging kisar. Buang lebihan minyak yang terhasil.
  3. Masukkan sos pasta.
  4. Masukkan susu tepung dan air suam selepas sos pasta tadi.
  5. Untuk memekatkan sos, masukan cendawan butang, keju dan garam bukit mengikut citarasa sendiri.
  6. Setelah kuah sedikit mendidih, matikan api. Ketepikan sos pasta.
  7. Untuk ayam panggang, panggangkan ayam setelah diperap dengan bahan perapan selama 1 jam. Ketepikan.
  8. Boleh panggangkan tomato ceri dan lada benggala dalam lebohan minyak. Ketepikan/
  9. Untuk pasta, rebus pasta sehingga lembut.
  10. Tambahkan sedikit minyak jagung dan garam bukit. Toskan.
  11. Gunakan lebihan minyak ayam panggang untuk ditambah dalam pasta dan tambahkan serbuk parsley.
  12. Tambahkan ayam panggang, brokoli dan sayuran lain. Sedia untuk dihidang.

#16 Wholemeal Cake

resepi masakan diet
Imej via Facebook

Siapa kata tak boleh makan kek semasa berdiet? Cubalah resepi masakan diet ini – kek mil penuh. Resepi ini dikongsikan oleh Keroroyz Royz di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 200 g tepung mil penuh
  • 90 g gula perang
  • 4 sudu besar minyak zaitun
  • 120 g susu badam
  • 120 g jus oren
  • 2 sudu besar yogurt asli
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • ½ sudu teh soda bikarbonat
  • ¼ sudu teh serbuk kayu manis *optional
  • Secubit garam
  • Kepingan raspberi dan badam sebagai hiasan

Cara-cara:

  1. Panaskan oven pada suhu 180°C. Gris dan Alaskan loyang bersaiz 7/8 inci.
  2. Di dalam mangkuk adunan, pukul minyak zaitun, gula & yogurt hingga sebati
  3. Masukkan pula esen vanila, susu badam & jus oren. Pukul lagi hingga sebati (tak perlu hingga kembang).
  4. Kemudian, masukkan kesemua bahan kering iaitu tepung mil penuh, serbuk penaik, soda bikarbonat, serbuk kayu manis & garam. Pukul lagi hingga adunan sebati & rata. Jangan terlebih pukul, dikhuatiri kek akan menjadi keras.
  5. Masukkan kedalam loyang dan taburkan kepingan badam dan raspberi di atasnya.
  6. Bakar selama 25-30 minit hingga keperangan & masak, ikut oven masing-masing.
  7. Sedia untuk dihidang.

Resepi Menarik Lain

Selain koleksi resepi masakan diet, kami juga ada menulis tentang resepi lain yang menarik. Jangan lupa untuk komen dan kongsikan kepada rakan-rakan. Selamat mencuba!

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.