Buat penggemar udang, ini adalah 3 resepi yang perlu anda cuba kerana pastinya anda akan jatuh cinta dengan cucur udang selepas mencuba resepi ini.

Pilih udang-udang yang besar dan segar dan pastinya sedap dimakan panas-panas sebaik sahaja diangkat daripada kuali. Ada tips jika mahukan cucur yang rangup di luar dan lembut di dalam. Jom pilih resepi mudah bagi anda!

Cucur Udang Style Leper

Tahukah anda, cucur akan menjadi lebih rangup jika nipis atau leper. Lihat cara Nor Azierah menggorengnya untuk mendapat tekstur seperti ini.

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum
  • 1 biji telur
  • Air sejuk
  • Baking powder
  • Serbuk kunyit
  • Garam & serbuk perasa
  • Carrot
  • Daun bawang
  • Taugeh
  • Udang

Cara memasak:

  1. Campur kesemua bahan dan gaulkan rata.
  2. Goreng cucur secara leper agar tekster cucur rangup (rujuk video di pautan di atas).

Cucur Udang Roti Gardenia

Jika anda mempunyai lebihan roti Gardenia atau roti lain, apa kata anda jadikannya cucur udang. Cucur akan menjadi lebih lembut dan gebu walaupun tidak menggunakan telur. Resepi ini telah dikongsikan oleh Jaja Noriza di Facebook.

Bahan-bahan:

  • 5 keping roti
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • Daun bawang
  • Cili merah
  • Kucai
  • Carrot (di hiris halus)
  • Taugeh
  • Udang
  • Garam dan megi cukup rasa secukupnya
  • Serbuk kunyit
  • Anggaran 2 cawan air biasa

Cara memasak:

  1. Letak semua bahan kecuali air dalam mangkuk. Kemudian masukkan air sikit-sikit dan gaul hingga jadi adunan yang pekat seperti digambar.
  2. Panaskan minyak dan sendukkan bancuhan.
  3. Goreng hingga garing.
  4. Toskan. Sedia dinikmati.

Cucur Udang Gebu

Resepi cucur udang ini telah dikongsikan oleh Haslinda Linda di laman sosial Facebook miliknya yang telah mendapat ribuan like dan perkongsian. Pastinya anda perlu cuba resepi ini di rumah!

cucur udang
image via Facebook

Bahan-bahan masakan:

  • 1 kg tepung gandum
  • 1 sudu tepung jagung
  • 1 sudu tepung beras
  • 1 sudu kecil yis
  • 1 biji telur
  • 1 sudu garam
  • 2 sudu gula
  • 2 sudu serbuk kunyit
  • 1 sudu serbuk perasa
  • Kucai dan taugeh
  • Air
  • 1 kg udang (dibersihkan untuk diletak seekor – seekor semasa menggoreng)

Cara – cara memasak:

  1. Gaulkan kesemua bahan kecuali sayur dan udang sehingga sebati.
  2. Biarkan adunan naik sebentar.
  3. Masukkan sayur seperti daun kucai dan taugeh.
  4. Letakkan udang satu per satu kedalam adunan cucur.
  5. Gorengkan adunan.
  6. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.