Biskut comel ini boleh dijadikan sebagai biskut camilan harian ataupun sebagai camilan untuk hari raya. Biskut ini sering dijual di kedai kek yang mahal. Tentunya harga biskut ini juga mahal dan tidak sama dengan biskut biasa umumnya.

Biskut coklat chips sangat crunchy, dan bahan utamanya ialah coklat. Masa pertama kali makan biskut ini mesti yang terasa ialah sensasi coklat dan coklat chips nya.

Banyak orang menyukai biskut coklat chips kerana bentuknya yang comel dan menarik serta rasa coklat yang sedap. Anda yang punya masa luang boleh cuba resepi coklat chips yang kami kongsikan ini. Di kongsikan oleh Siti Norizan di Facebook. Resipi ini disukai dan mendapat share yang banyak dari orang ramai.

Resepi ini simple tapi rasanya membuat anda tak cukup makan satu balang. Untuk satu adunan resepi ini boleh dapat 100 keping lebih, dapat 2 balang. Bolehlah anda bagikan kepada jiran anda. Sila cuba.

Resepi Biskut Coklat Chips Crunchy

coklat chips

Imej via Facebook

Bahan A

  • 1 cawan buttercup
  • 3/4 cawan gula perang
  • 1 biji telur
  • 1 sk esen vanilla

Bahan B

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1sk soda bikarbonat
    (Satukan tepung + soda bikarbonat, ayak terlebih dahulu)
  • 1 cawan coklat chips
  • 1/2 cawan coklat rice

Cara Membuat Biskut Coklat Chips

1. Satukan kesemua bahan A dalam bekas. Pukul bagi sebati.

2. Jika sudah sebati, masukkan tepung gandum yang telah diayak. Gaul sebati. (Adunan memang lembik, jangan tambah tepung pulak, nanti keras biskutnya, Kalau rasa lembik sangat, tambah 2 sb tepung)

3. Bila tepung sudah sebati, masukkan coklat chips + coklat rice, gaul sebati.

4. Kalau sudah siap, boleh sudukan adunan dalam tray, tak perlu sapu butter. (Guna sudu kecil saja, mahu cubit-cubit pon boleh.

5. Buat kecil-kecil saja, nanti bila bakar dia akan kembang/leper.

6. Bakar selama 20min-25min suhu 170’C, api atas bawah.

7. Selepas bakar keluarkan tray, biasanya biskut tu dia akan nampak macam tak masak, kalau kita tekan dia macam lembik, biarkan dia sejuk dulu, baru biskut akan elok. Selamat mencuba.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi biskut coklat chips, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang memiliki ketertarikan kepada kartun dan muzik, serta menginterpretasikan rasa dalam tulisan.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.