Apakah anda pernah memakan ayam masak bali? Sangat sedap kan.
Ayam masak bali viral di Malaysia dan banyak diminati oleh pecinta masakan. Anda mesti tercari-cari resepi ayam masak bali.

Resepi ayam masak bali hampir serupa dengan ayam masak merah. Namun ayam masak bali menggunakan lebih banyak serai dan daun kari, yang membuat rasanya jadi berbeza. Resepi ini sangat sesuai untuk anda yang bosan dengan menu ayam yang itu-itu sahaja.

Selain biasa dihidangkan pada acara-acara kenduri, ayam masak bali boleh dimakan bersama keluarga dihidangkan bersama nasi putih ataupun lemang. Confirm keluarga anda sangat menyukai makanan ini. Juga tidak perlu pergi ke restoran untuk memakan masakan ini.

Begitu banyak permintaan untuk menulis resepi ayam masak bali. Dan sekarang kami akan mengabulkan permintaan anda semua. Resepi Ayam Masak Bali yang sangat digilai ini telah dikongsikan oleh Izzati Insyirah Rosli‎ di facebook. Resepi ini telah mendapat perkongsian sebanyak 18.3K. Waaah mesti resepi ini sangat power!! Resepi ini sangat mudah dan tak leceh sedikitpun, namun rasanya sangat sedap sampai menjilat jari! Silakan dicuba…

Resepi Ayam Masak Bali (Viral dan Digilai!)

Resepi ayam masak bali

Imej via google

Bahan-bahan yang Digunakan

  • 1 ekor Ayam.
  • 6-8 batang serai dititik.
  • 8 helai daun kari.
  • 3 sudu besar gula pasir.
  • 2 sudu kecil garam.
  • Kicap manis 5 kali titik.
  • Serbuk kunyit.
  • Garam.

Bahan kisar

  •  Segenggam cili kering (rebus)
  •  5-6 biji bawang besar
  •  Seinci halia
  •  Sedikit belacan
  •  Satu labu bawang putih
    (Kisar halus ya)
Resepi ayam masak bali

Imej via facebook

Cara Membuat Ayam Masak Bali

1. Bersihkan ayam. Lumur dengan kunyit dan garam (Tak perlu banyak)
2. Goreng dalam 10-15 minit (jangan garing sangat). Ketepikan.
3. Minyak menggoreng ayam tadi digunakan untuk goreng serai. Sehingga menjadi kaler coklat2 kuning.
4. Masukkan daun kari. Kacau dan goreng. Jangan sampai hangus ya (api sederhana)
5. Masukkan cili yang dikisar dan biarkan garing.

Resepi ayam masak bali

Imej via facebook

6. Masukkan kicap. 5 kali titik (kali goncang). Masukkan garam dan gula. Gaulkan.
7. Masukkan ayam yang dah digoreng tadi.
8. Gaul rata dan biarkan dalam 8-10 minit. Siap.

Resepi ayam masak bali

Imej via facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Ayam Masak Bali, kami juga menulis resepi lain dipostingan sebelumnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya..

Penulis: Jejemiko

Pelajar yang memiliki ketertarikan kepada kartun dan muzik, serta menginterpretasikan rasa dalam tulisan.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.