Adakah anda mencari resepi lauk berbuka puasa?

Kami akui, bukan senang untuk memikirkan idea untuk menu iftar. Tambahan pula jika anda tidak mengunjungi bazar dan ingin memasak di rumah.

Namun, tidak mustahil untuk anda menyediakan menu berlainan setiap hari. Jadi, berikut kami senaraikan 10 resepi lauk berbuka puasa untuk anda cuba.

#1 Ayam Percik

resepi puasa

Imej via Facebook

Malas ke bazar Ramadan namun mengidam ayam percik? Anda boleh mencuba resepi ini untuk berbuka puasa di rumah. Resepi ini dikongsikan oleh Idayu Suraya Salleh di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam (dipotong empat)

Bahan perap:

  • 1 biji bawang merah besar
  • 7-8 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 buku halia

Bahan kuah:

  • 1 biji bawang merah
  • bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1 senduk nasi cili kering
  • ½ kotak besar santan (mengikut jumlah kuah yang diingini)
  • garam
  • gula

Cara-cara:

  1. Kisar bahan perapan ayam dan lumurkan pada ayam. Perap selama setengah jam.
  2. Untuk kuah, kisar semua bahan dan masak sehingga kuah menjadi pekat.
  3. Perasakan dengan garam dan gula.
  4. Masukkan ayam yang diperap ke dalam kuah sehingga setengah masak.
  5. Bakar ayam sehingga masak. Sedia untuk dihidang.

#2 Dendeng Daging

lauk untuk berbuka puasa

Imej via Facebook

Berasal dari Indonesia, menu dendeng ini juga cukup popular di Malaysia. Bolehlah anda nikmati semasa berbuka puasa! Resepi ini dikongsikan oleh Wawa Zain di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • bawang ros
  • daging (diperap dengan kicap manis)
  • bawang merah (dikisar)
  • bawang putih (dikisar)
  • halia (dikisar)
  • cili giling
  • rempah 3 sekawan
  • garam
  • gula
  • sedikit cuka
  • daun limau purut

Cara-cara:

  1. Goreng bawang ros hingga garing. Ketepikan.
  2. Goreng daging yang diperap.
  3. Setelah siap, tumbuk daging tadi.
  4. Tumis bahan kisar bersama cili giling dan rempah 3 sekawan.
  5. Masukkan daging, bawang goreng, garam, gula dan sedikit cuka.
  6. Tambahkan daun limau purut untuk aroma.

# 3 Sotong Goreng Tepung

lauk untuk berbuka puasa

Imej melalui Facebook

Bayangkan keindahan sotong goreng tepung yang lembut di luar dan lembut di bahagian dalam. Juga dicincang dengan sos masam manis, padat! Cubalah resipi yang dikongsi oleh Wan LuQman di laman Facebook ini!

Bahan-bahan:

  • sotong (bentuk cincin potong)

Bahan bancuhan batter:

  • tepung gandum
  • sedikit serbuk cili
  • garam
  • sedikit serbuk kunyit
  • sedikit air

Bahan bancuhan tepung kering:

  • 5 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar serbuk penaik.

Cara-cara:

  1. Satukan bahan bancuhan batter kecuali air.
  2. Gaul sotong dan tambahkan air bersama bahan bancuhan batter tadi.
  3. Satukan semua bahan bancuhan tepung kering dalam mangkuk berasingan.
  4. Salutkan sotong tadi ke dalam bahan bancuhan tepung kering.
  5. Panaskan minyak dan goreng sotong hingga rangup.
  6. Angkat dan sedia untuk dihidang.

# 4 Kari Pomfret ala Mamak

Resipi Pomfret

Imej melalui Facebook

Satu lagi hidangan sampingan untuk berbuka puasa yang boleh anda cuba ialah resipi kari pomfret dalam gaya Mamak. Resipi ini dikongsi oleh Ana Mariana Ismail di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Pomfret emas bersaiz besar
  • 2 bungkusan kecil serbuk kari (dicampur dengan sedikit air untuk membuat pes)
  • Air asam jawa secukup rasa
  • Bawang merah
  • Bawang putih (dipayang halus)
  • Halba bercampur
  • Daun Kari
  • Bendi
  • Tomato
  • Cabai hijau besar atau cili hijau
  • Minyak masak (banyak kuantiti)

Cara:

  1. Panaskan minyak, kemudian tumis bawang merah, bawang putih, halba campur & daun kari hingga naik bau.
  2. Masukkan pes kari dan tunggu hingga pecah minyak. Kacau sekali sekala supaya rempah tidak berketul.
  3. Setelah itu, masukkan air asam jawa.
  4. Biarkan mendidih, kemudian masukkan ikan. Masak sehingga ikan menjadi lembut.
  5. Perasakan bersama garam atau perencah.
  6. Masukkan cili padi dan bendi. Yang terakhir, masukkan tomato.

#5 Ayam Butter (Pedas)

resepi sup ayam

Imej via Facebook

Lauk berbuka puasa ini semestinya digemari ramai – ayam butter. Rasanya yang berkrim namun tidak memuakkan ini mampu memikat hati sesiapa sahaja. Resepi ini dikongsikan oleh Ainn Mustafar di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • ayam (diperap dengan garam, lada sulah dan telur putih)
  • tepung jagung
  • 4 ulas bawang putih (dicincang)
  • 7-9 tangkai cili api (dihiris nipis)
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar mentega
  • ½ tin susu cair/sejat
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • kiub pati ayam
  • sedikit gula dan garam

Cara-cara:

  1. Gaul isi ayam bersama tepung jagung dan goreng sehingga keperangan. Ketepikan.
  2. Cairkan mentega, kemudian tumis bawang putih hingga layu.
  3. Masukkan daun kari dan cili api. Tumis hingga naik bau.
  4. Masukkan susu cair dan susu pekat.
  5. Perasakan dengan garam dan pati ayam.
  6. Untuk pekatkan kuah, masukkan 1 sudu air tepung jagung.
  7. Masukkan ayam dan gaul sebati.

#6 Siakap Stim Limau ala Thai

lauk untuk berbuka puasa

Imej via Facebook

Lauk ini lazimnya ditemui di kedai masakan Thai, tetapi anda sendiri boleh mencubanya untuk iftar di rumah. Resepi ini dikongsikan oleh Zurina Zulkefli di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  •  Seekor ikan siakap
  • 2 biji limau nipis
  • 1 batang serai
  • 5 hirisan halia
  • 3 tangkai cili kecil merah
  • 3 tangkai cili kecil hijau
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 batang daun ketumbar
  • Setengah kiub pati ayam
  • 4 sudu besar sos ikan
  • sedikit air suam
  • 1 sudu kecil gula
  • perahan jus limau
  • hirisan daun ketumbar

Cara-cara:

  1. Untuk mengukus ikan, bersihkan ikan siakap dan hiris bahagian badannya.
  2.  Masukkan halia dan serai ke dalam perut ikan.
  3. Perah jus limau nipis ke atas ikan untuk menghilangkan bau hanyir.
  4. Kukus ikan ke dalam periuk kukus selama 5 minit dan biarkan seketika pada suhu api perlahan.
  5. Untuk kuahnya, cincang bawang putih secara kasar.
  6. Gorengkan bawang putih yang telah dicincang di dalam kuali sehingga warna keemasan.
  7. Padamkan api kuali.
  8. Masukkan sedikit air suam,  kiub pati ayam, sudu besar sos ikan, gula, cili hijau dan merah, lebihan serai dan perahan jus limau.
  9. Kacau kuah sehingga sebati.
  10. Tuangkan kuah stim ke atas ikan siakap dan taburkan hirisan daun ketumbar.
  11. Kukus lagi ikan siakap bersama kuah selema 3 minit.

#7 Ayam Geprek

ayam

Imej via Facebook

Ayam geprek merupakan resepi ayam yang viral sejak akhir-akhir ini. Anda juga boleh mencubanya untuk menu iftar. Resepi ini dikongsikan oleh Nurul Hawa Nadila Sari di laman Facebook.

Bahan-bahan:

Bahan Perap Ayam:

  • 4 bahagian whole leg ayam
  • 3 ulas bawang putih cincang
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil jus limau

Bahan Salut Ayam:

  • Tepung serbaguna
  • 2-3 biji telur

Bahan Sambal Geprek:

  • 15-20 biji cili padi merah
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato
  • Garam dan gula secukupnya

Cara-cara:

  1. Bersihkan ayam dan perap selama 15 minit.
  2. Di dalam bekas lain, masukkan tepung serbaguna.
  3. Celupkan ayam dalam adunan telur, kemudian dalam adunan tepung.
  4. Goreng di dalam minyak yang banyak hingga maak dan rangup. Angkat dan toskan.
  5. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak.
  6. Goreng bahan sambal geprek sehingga beraroma kemudian angkat.
  7. Tumbuk kasar garam dan sedikit gula dan masukkan dalam sambal.
  8. Curahkan di atas ayam goreng tadi.
  9. Sedia untuk dihidang.

#8 Chili Crab

resepi puasa

Imej via Facebook

Untuk berbuka puasa, apa kata anda cuba resepi yang lain daripada yang lain? Cubalah resepi Chili Crab yang terkenal di Singapura ini. Resepi ini dikongsikan oleh Fara Amirullah di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  •  2 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

(Kisar dan asingkan)

          Bahan cili kisar:

  • 15 tangkai cili kering 
  • 5 tangkai  cili api merah
  • Sedikit belacan
    (Kisar dan asingkan)

Bahan lain:

  •  2sudu sos cili 
  • ketam
  • 2  sudu sos tomato
  • 1 sudu sos seafood
  • 1 biji telur
  • lada hitam
  • lada sulah
  • tepung jagung

Cara-cara:

  1. Tumis bawang merah, bawang putih and halia yang telah dikisar.
  2. Bila naik bau, masukkan cili kisar.
  3. Tumis hingga cili masak dan masukkan sos.
  4. Tambahkan lada hitam dan lada sulah.
  5. Masukkan air mengikut kepekatan kuah yang diingini. Kemudian, masukkan ketam.
  6. Tutup kuali dan besarkan api. Masak dlm 5-7 minit untuk memastikan ketam masak sepenuhnya.
  7. Setelah ketam masak, masukkan telur yang dipukul.
  8. Kacau supaya ia sebati. Pastikan angkah 7 & 8 dilakukan secara cepat.

#9 Kengsom Siakap

resipi berbuka puasa

Imej via Facebook

Kengsom siakap merupakan masakan Thai yang sentiasa didapati di kedai makan. Kini, anda boleh mencubanya sendiri untuk resepi iftar. Resepi ini dikongsikan oleh Nina Mahdar di laman Facebook.

Bahan-bahan:

Bahan kisar:

  • 3 tangkai cili merah (dibuang biji)
  • cili api
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 biji bawang merah besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 inci belacan
  • 1 inci halia

Bahan lain:

  • 1 ekor ikan siakap
  • Air asam jawa secukup rasa
  • 1 biji tomato (dibelah enam)
  • 1 biji limau nipis (diambil jus)
  • Nanas masak secukupnya (dihiris)
  • Kangkung secukupnya

Cara-cara:

  1. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk.
  2. Masukkan air dan serbuk kunyit. Kacau rata dan biarkan mendidih.
  3. Masukkan hirisan nanas.
  4. Masak bahan tadi hingga mendidih kemudian tambahkan air asam jawa.
  5. Seterusnya, masukkan ikan dan tomato. Biar hingga masak.
  6. Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
  7. Akhir sekali, masukkan kangkung dan jus perahan limau nipis. Padam api dan sedia untuk dihidang.

#10 Chicken Chop

resepi puasa

Imej via Facebook

Ingin menukar selera ke arah makanan Barat? Cubalah buat sendiri Chicken Chop di rumah. Jika kena dengan cara, pasti enak tak terkata. Resepi ini dikongsikan oleh Wan LuQman di laman Facebook.

Bahan-bahan:

Bahan ayam:

  • bahagian whole leg ayam (thigh dan peha) *boleh rendam dalam air garam 2-3 jam
  • bancuhan tepung serbaguna + sedikit air
  • serbuk penaik + tepung serbaguna (bahan kering)
  • minyak untuk menggoreng

Bahan sos:

  • 2 biji bawang putih (diketuk)
  • 1 batang seleri (dihiris)
  • 2 sudu besar mentega / marjerin
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos lada hitam
  • 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk kasar)
  • 1 sudu kecil serbuk pati ayam
  • 500 ml air
  • daun salam

Bahan coleslaw:

  • kobis (dihiris halus)
  • lobak merah (dihiris halus)
  • krim/susu cair
  • 1 sudu kecil gula
  • mayonis
  • perahan jus lemon

Cara-cara:

  1. Rendam ayam dalam bancuhan tepung serbaguna.
  2. Kemudian, salutkan dengan bahan kering.
  3. Panaskan minyak dan goreng ayam selama 5 minit untuk setiap bahagian. Ketepikan.
  4. Panaskan marjerin dan masukkan tepung untuk memekatkan kuah nanti.
  5.  Masukan dan tumis bawang putih dan seleri.
  6. Kemudian, masukkan semua bahan sos yang lain.
  7. Masukkan daun salam untuk melengkapkan rasa kuah.
  8. Setelah seleri lembut, tapis kuah untuk buang seleri, bawang putih dan ketulan tepung. Ketepikan.
  9. Untuk coleslaw, masukkan kobis dan lobak merah.
  10. Letakkan krim atau susu cair, gula, mayonis dan perahan jus lemon sesedap rasa. Gaul sekata.
  11. Apabila semuanya sudah siap, anda boleh menghias dengan pasli dan salad.

Resepi Menarik Lain

Selain lauk berbuka puasa, kami juga menulis mengenai resipi menarik yang lain. Jangan lupa untuk memberi komen dan berkongsi dengan rakan. Selamat mencuba!

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.