Ramai orang gemar makan ayam goreng mamak. Siapapun yang makan ayam goreng mamak mesti cakap sedap, rangup, daging empuk, tidak pedas walau warnanya merah seperti itu, bahkan kanak-kanak juga suka.
Anda sendiri mesti tertanya-tanya dalam hati apa resepi ayam goreng mamak sehingga rasanya sedap macam lain. Sudah cuba buat sendiri ayam goreng tapi tidak juga sama rasa dengan ayam goreng kedai mamak. Hujung-hujungnya buat ayam goreng tepung biasa saja.
Oleh itu, kami hadirkan resepi ayam goreng mamak yang sedap, rangup dan confirm teman, kerabat dan keluarga anda akan menyukainya! Resepi ini dibahagikan oleh Qhamcyahh Hidayat di Facebook dan telah mendapat perkongsian ramai.
Mulai hari ini, anda dan keluarga tidak perlu lagi pergi kedai mamak setakat beli ayam goreng saja. Anda boleh buat ayam goreng mamak sedap selepas ini. Buat ayam goreng sendiri lebih jimat masa dan ekonomi. Sila cuba resepi ini.
1. Perap ayam dengan bahan kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Perap lagi lama lagi sedap.
2. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak.
Sangat senang kan. Hanya dengan dua step anda dapat menikmati ayam goreng mamak kesukaan anda.
Selain resepi ayam goreng mamak, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.