Apa pendapat anda jika aiskrim dan buah disekalikan menjadi satu? Sedap ataupun tidak? Sudah semestinya hasilnya akan menjadi sedap dan unik.

Resepi ini amat mudah untuk disediakan dan bahan-bahannya juga senang untuk didapati di pasaraya dan kedai buah-buahan. Apabila sudah siap nanti, bolehlah anda jamukan aiskrim buah yang fresh ini kepada ahli keluarga anda.

Resepi yang menarik dan unik ini telah dikongsikan oleh Zana Suzanna di Facebook dan telah mendapat banyak like dan perkongsian.

Resepi Aiskrim Buah

aiskrim buah

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Air suam atau air tapis(air suam,fungsi dia utk gebukan eskrim kita nanti)
  • Air gula
  • Sedikit perisa buah(saya guna air nata de’coco ja)
  • Buah-buahan citrus seperti strawberry,kiwi,nata d’coco dan sedikit biji selasih yang direndam.

Cara – cara memasak:

  1. Bancuh air suam, air gula dan sedikit perasa buah dalam jug. Ketepikan.
  2. Masukkan buah-buahan, nata de coco dan biji selasih ke dalam plastik aiskrim, kemudian tuang air buah yg telah dibancuh tadi dan ikat.
  3. Letakkan di dalam freezer sehingga keras.
  4. Siap.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ha senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.