Mencari tempat makan pizza di Lembah Klang?

Lembah Klang mempunyai banyak tempat makan serta tarikan pelancongan dan hiburan yang berbagai.

Untuk tempat makan, semua jenis genre makanan ada di sekitar sini. Sebut sahaja apa yang terlintas di minda, pasti boleh dicari.

Ini termasuklah dengan tempat makan pizza. Untuk itu, berikut kami senaraikan 14 tempat makan pizza di Lembah Klang untuk anda. Teruskan membaca!

#1 US PIZZA – Setapak, KL

Alamat: No. 29, Block A, Platinum Walk, No. 2, Jalan Langkawi, Setapak, 53100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 10.30 am – 10.30 pm

Di Setapak, nama US Pizza ini memang kerap meniti di kalangan penduduk di situ. Malah, orang luar pun sanggup singgah di sini untuk menikmati pizza mereka.

us pizza setapak - tempat makan pizza lembah klang
Imej via Foursquare

Pilihan piza di sini ada beraneka. Aroma yang harum serta kegebuan piza yang disajikan membuatkan ramai pelanggan ketagih dengannya.

Italiano Chicken Pizza, Tuna Pizza dan Salted Egg Pizza merupakan antara menu terlaris. Kejunya juga banyak, memang sedap!

#2 Mikey’s Original New York Pizza

Alamat: Mid Valley Megamall, Lot T-028A, Level 3, South Court, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, Ahad – Khamis 11.30 am – 11 pm manakala Jumaat – Sabtu 11.30 am – 12.30 am

Berada di Mid Valley Megamall? Sementara membeli-belah, bolehlah anda singgah menjamu selera di Mikey’s Original New York Pizza.

Piza yang bersaiz besar, topping yang banyak, kerak pizza yang rangup serta doh yang lembut – ini merupakan antara tarikan istimewa piza di sini.

mikey's pizza tempat makan pizza lembah klang
Imej via Foursquare

Anda boleh pesan Pizza Bianco yang berkeju atau Classic NY Pizza, kami berani jamin anda pasti akan jatuh cinta!

#3 CRUST

Alamat: 1F-17, 163 Retail Park, Jalan Kiara, Mont Kiara, Kuala Lumpur, Malaysia 50480

Waktu Operasi: Setiap hari, 10 am – 10 pm

Piza yang disediakan secara tradisional bukan mudah untuk dijumpai. Di CRUST, piza sebegini ada disajikan.

Cara penyediannya yang menggunakan ketuhar kayu api menghasilkan pizza yang gebu dohnya dan rangup keraknya, pasti menggamit selera.

crust kl
Imej via Foursquare

Aloha Pizza, Quattro Formaggi dan Salmon Pizza adalah antara jenis piza yang terbaik di sini. Berkualiti tinggi dan enak dimakan panas-panas.

#4 La Risata

Alamat: 16, Persiaran Ampang, Desa Pahlawan, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 12 – 2:30 pm, 6:30 – 10:30 pm

“La Risata” ini bermaksud hilai tawa. Semestinya keenakkan pizza di restoran ini akan buat anda gembira, sinonim dengan namanya.

Menyediakan hidangan Itali, piza merupakan menu yang wajib anda cuba. Ianya dikatakan cukup lembut dan sangat berkualiti tinggi.

LA RISATA KL
Imej via Foursquare

Ada bervariasi jenis piza yang boleh dicuba. Pizza Margherita, Pizza Carbonara dan Pizza Romano merupakan antara yang laku keras.

#5 WOP Pizzeria

Alamat:  Plaza Damas, H-0-8, No 60, Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 9.30 am – 7.30 pm

Berada sekitar Hartamas dan ingin menikmati piza kegilaan ramai? Anda wajib terjah WOP Pizzeria untuk tujuan itu.

Sama seperti piza tradisional Itali, WOP Pizzeria menyediakan piza menggunakan ketuhar kayu. Jadi, kualiti piza di sini memang baik!

wop pizzeria tempat makan pizza lembah klang
Imej via Foursquare

Pizza Margherita adalah piza yang menjadi rebutan ramai. Ianya disajikan bersama keju mozarela dan sos piza, sangat mengenyangkan dan semestinya lazat.

#6 Blonde

Alamat: G.03A, Republik, Jalan Medan Setia, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari 11 am – 8 pm

Menikmati piza untuk makan tengah hari – satu idea yang menarik. Untuk itu, singgah sahaja di Blonde jika anda berada di Bukit Damansara.

Restoran ini menyediakan selera Itali dan piza adalah menu yang mencuri perhatian ramai.

blonde kl tempat makan pizza lembah klang
Imej via Foursquare

Seafood Pizza dan Cream of Truffle adalah antara piza yang disajikan. Persis piza di Itali, rugi jika anda tak cuba sendiri!

#7 Honcho! Pizza Parlour

Alamat: No.35, Jalan SS 18/6, Ss18, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 1 – 10 pm

Mencari tempat makan piza di Lembah Klang yang santai? Honcho! Pizza Parlour yang terletak di Subang Jaya ini adalah salah satunya.

Sambil menikmati piza mereka yang dijamin lazat, anda akan didendangkan dengan alunan muzik 80-an, sangat santai!

honcho! pizza parlour
Imej via Foursquare

Untuk pizanya, anda boleh menikmati Smoked Duck Pizza dan Tuna Pizza. Dohnya lembut dan kejunya pula melengkapi keenakkan piza ini.

#8 Pizza San Francisco Sdn Bhd

Alamat: No. 1, Jalan 8/1, Seksyen 8,, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 11 pm

Di Bangi, antara restoran yang menyajikan pizza tersedap ialah Pizza Dan Frasisco Sdn Bhd.

Didatangkan dengan pelbagai topping dan saiz, piza di sini juga berkualiti tinggi dan ini diakui oleh kebanyakan pelanggan tetapnya sendiri.

pizza san fransisco sdn bhd bangi
Imej via Foursquare

Caprieciosa Pizza, Hawaiian Pizza, Pizzaido Pizza dan Seafood Special – antara menu yang sentiasa dipesan ramai. Sedap dan semestinya asli!

#9 Pizza Mansion

Alamat: BG3, Block B, Happy Mansion, Jalan 17/13, Section 17, 46400 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 12 – 10 pm

Dari konsep dekor restoran sehingga kualiti piza, semuanya sempurna. Inilah gambaran terbaik untuk restoran ini – Pizza Mansion.

pizza mansion
Imej via Foursquare

Pineapple Express, Carbonara Pizza dan Margerita Pizza pasti akan mencuri hati anda. Bukan sahaja sedap, malah kaya dengan topping!

#10 Hermanos

Alamat: 1, Jalan Tengku Ampuan Zabedah B 9/B, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, Isnin – Khamis 8 am – 10 pm, Jumaat 8 am – 12 pm, 3 pm – 10 pm dan Sabtu – Ahad 10 am – 10 pm

Hermanos – nama restoran makanan segera yang sangat terkenal di Shah Alam dan sekitarnya.

Restoran ini menyajikan pelbagai jenis menu selera Barat. Salah satu menu yang menjadi tarikan istimewa di restoran ini ialah piza.

hermanos shah alam pizza
Imej via Foursquare

New York Pizza, Meatball Pizza dan BeefPepperoni Pizza adalah jenis piza yang wajib anda cuba. Ianya bersaiz besar dan harganya juga sangat berpatutan!

#11 Positano Risto 

Alamat: Block C1, Lot 2, Level G3, Publika Shopping Gallery, No. 1, Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 10 am – 10 pm

Alang-alang membeli-belah di Publika, singgah sahaja menikmati piza terlajak sedap di restoran Positano Risto.

Restoran ini bukan biasa-biasa, ianya merupakan antara restoran Itali yang terbaik di Singapura dan Malaysia. Mengagumkan, bukan?

positano risto
Imej via Foursquare

Kerak pizza mereka ringan dan doh piza juga lembut. Super Supreme Calzone adalah piza yang kami sarankan untuk anda.

Ianya merupakan gabungan sos tomato buatan sendiri, keju dan 8 poket piza yang diisi dengan cendawan dan ayam belanda. Sangat lazat!

#12 Fahrenheit 600 Cafe & Restaurant

Alamat: A4-G2,05, Publika Shopping Mall, 05, Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, Isnin – Jumaat 9.30 am 10 pm Sabtu – Ahad 9.30 am – 10.30 pm

Satu lagi restoran di Publika yang menyediakan piza ialah Fahrenheit 600 Cafe & Restaurant.

Jika anda sukakan piza yang rangup dan kaya dengan topping, inilah restoran yang cocok buat anda.

fahrenheit 600
Imej via Foursquare

Signature Pizza, Fahrenheit 600 Pizza dan Armenian Pizza adalah antara piza yang banyak menerima pesanan dari orang ramai.

#13 Cubes Pizza

Alamat: Jalan PJS 11/2, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 10 am – 11 pm

Pizza selalunya berbentuk bulat, tetapi ada juga yang berbentuk segi empat. Teringin untuk mencubanya? Singgahlah di Cubes Pizza.

cubes pizza
Imej via Foursquare

Menu-menu terbaik di sini ialah piza Beef Mexicana, Sumac dan Spinach Special. Harganya juga sangat berpatutan!

#14 Meat & Eat

Alamat: 40, Jalan PJU 1/45, Aman Suria, 47301 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 11 am – 3 pm, 6 – 10 pm

Meat & Eat adalah restoran makanan Barat yang sangat terkenal di Petaling Jaya.

Menyajikan hidangan seperti burger dan pasta, mereka juga turut menyediakan piza yang terjual laris.

meat and eat tempat makan piza lembah klang
Imej via Instagram

Piza yang cukup menggamit selera di sini Chicago Deep Dish Pizza, piza yang disajikan dengan sos tomato, keju mozarella dan daging.

Kesimpulan

Sudah jumpa tempat makan pizza Lembah Klang yang ingin anda lawati? Semua kedai aiskrim yang kami senaraikan ini memang terbaik, jadi singgah sahaja satu-persatu.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!

Artikel Menarik Lain

Penulis: Nurul Hani

Nurul Hani

Merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan dan berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.