Jom cuba resepi apam nasi! Selalunya nasi lebih yang ada di selalu orang buat jadi nasi goreng. Tetapi mesti bosan juga sentiasa makan nasi goreng. Justeru, ada resepi lain yang dapat anda buat menggunakan bahan dasar nasi lebih yang sudah sejuk itu.
Tahukah anda bahawa nasi boleh dijadikan apam yang gebu dan sedap? Berbeza dengan apam mekar yang menggunakan tepung gandum, apam nasi pula menggunakan nasi sebagai bahan utama.
Maka itu, jika anda punya nasi lebih sebaiknya jangan dibuang kerana boleh dibuat jadi apam. Anda boleh merubah nasi sejuk menjadi apam yang sedap.
Resepi apam nasi sangat ringkas. Bahan-bahannya pula sangat senang didapatkan. Blend nasi bersama air dan gula, gaul bersama adunan tepung dan kukus hingga lembut. Makan cicah dengan kelapa parut campur garam, sedap sangat.
Apam nasi sedap dimakan sebagai camilan pagi mahupun petang. Boleh juga anda jadikan menu untuk jualan. Untuk mendapatkan apam nasi gebu dan sedap, sila ikuti resepi di bawah ini.
Apam Tangkup merupakan kuih tradisi orang perak terutama di Kuala Kangsar. Apam putih ini dikukus diatas daun pisang dalam bentuk yang besar. Mereka yang pernah merasainya pasti sudah tahu perbezaan rasa Apam Tangkup ini. Ikuti resepi daripada Resort Sayong Kuala Kangsar, pasti menjadi.
Bahan A:
Bahan B:
Bahan Tapai Nasi:
Cara Membuat Tapai:
1. Gaulkan nasi sejuk dengan ragi kemudian simpan dalam bekas bertutup dan di tempat yang gelap.
2. Biarkan selama 3 malam. Bila tapai dah masak dan mengeluarkan air, bolehlah disimpan di dalam peti sejuk.
Cara Memasak:
1. Gaulkan bahan A sama rata.
2. Mesinkan bahan B sehingga halus dan gaulkan bersama bahan A.
3. Bubuh pewarna jika mahu.
4. Peramkan sehingga 3 atau 4 jam.
5. Panaskan kukusan sehingga air mendidih.
6. Sapukan minyak pada Loyang atau alaskan loyang dengan daun pisang dan tuangkan adunan.
7. Kukus selama 10 – 12 minit.
8. Gaulkan kelapa parut muda bersama garam dan letak ketepi.
9. Apabila apam telah masak, sejukkan.
10. Keluarkan kuih dan hidangkan bersama kelapa parut yang telah digaulkan dengan kelapa.
Masak nasi berlebihan? Jangan risau, anda boleh menggunakannya untuk membuat apam dan lebih menarik ia akan menjadi gebu kerana menggunakan nasi. Ikuti resepi mudah milik Zuraini Ramli ini.
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1. Kisarkan bahan bertanda * sehingga halus.
2. Campurkan dengan tepung beras, tepung gandum, mauripan dan garam halus.
3. Kacau sehingga rata.
4. Perap dan biar 2 hingga 3 jam dalam bekas tertutup.
5. Letak pewarna kesukaan.
6. Sapukan dulu acuan dengan minyak supaya tidak melekat.
7. Pastikan air mendidih baru kukus selama lebih kurang 10 hingga 15 minit.
Apam nasi bunga telang memang sukar untuk dijumpai. Lazimnya bunga telang digunakan untuk memasak nasi kerabu. Namun kali ini, jika anda mempunyai bunga telang, apa kata masukkan sebagai warna apam nasi yang lebih asli tanpa pewarna lain. Ikut resepi Ainy Yaya pasti menjadi.
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1. Kisar bahan bertanda *.
2. Kemudian masukkan tepung beras, tepung gandum dan yis mauripan lalu kacau sebati.
3. Masukkan garam halus dan kacau hingga sebati.
4. Peram setengah jam hingga 1 jam dalam bekas bertutup rapat.
5. Tuang dalam acuan yang sudah disapu dengan minyak.
6. Kukus selama 15 minit (pastikan air sudah mendidih baru letak adunan untuk dikukus).
Ini pula resepi apam nasi gula merah yang dimasak cara kampung. Rasa apam yang manis dan gebu lebih nikmat dimakan bersama kelapa parut yang sedikit masin. Resepi ini dikongsikan oleh Anisah AJ.
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1. Bancuh ragi atau mauripan dan gula bersama air suam. Tutup dan tunggu sampai naik dan berbuih.
2. Campurkan gula merah dengan sedikit air. Masukkan daun pandan dan panaskan sehingga gula cair.
3. Tapis dan biarkan sejuk (Jangan biarkan di atas dapur nanti kering).
4. Campur semua bahan di atas. Jika kurang manis, tambahkan gula pasir. Tambah air lebih kurang 1 cawan. Masuk sedikit-sedikit. Kacau dengan whisk.
5. Sapu loyang dengan marjerin.
6. Tuang bancuhan ke dalam loyang. Tutup dan perap sampai naik.
7. Kukus dalam 30 hingga 40 minit. Jangan cuba-cuba buka penutup kukusan, nanti dia bantat.
8. Siap untuk dihidangkan.
Jom ikuti resepi daripada Achik Ita Jsd Kelantan di Facebook untuk mendapatkan apam yang menjadi, tidak melekat dan gebu..
Bahan-bahan:
Cara Membuat:
1. Campur semua bahan, kacau sebati.
2. Tutup adunan dan perap sekurang-kurangnya 1 jam. (Boleh bancuh malam dan kukus esok pagi. Simpan di luar sahaja).
3. Lepas perap, kacau adunan dan asingkan untuk letak pewarna. Nak warna asal pun tak apa.
4. Letak sedikit minyak pada acuan kecil-kecil untuk elakkan melekat.
5. Kukus 5 minit atau sehingga masak. Kalau masukkan semua adunan sekaligus ke dalam loyang besar, anggaran 45 minit atau sehingga masak.
Apam nasi sudah jadi. Untuk lebih lazat cicah dengan kelapa parut putih yang telah gaul sedikit garam.
Selain resepi apam nasi, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.