Apam Beras merupakan satu lagi resepi apam yang sangat mudah untuk disediakan. Malah, ia juga adalah resepi yang telah digunakan sejak turun temurun. Bahan yang digunakan seperti nasi sejuk dan juga yis ini telah memberi sedikit kelainan dalam rasanya, iaitu rasa masam, manis dan berlemak, amat sedap dimakan bersama kelapa parut.

Rasa masam itu didapati oleh proses penapaian yang berlaku diantara nasi sejuk dan yis. Kombinasi rasa yang bervariasi menghasilkan rasa yang amat lazat. Cara pembuatannya tidak begitu sukar sekiranya anda mengikuti langkah – langkah yang telah disediakan. Anda boleh mencuba sendiri resepi ini melalui perkongsian kali ini yang telah mendapat banyak like di Facebook.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Imah Halimah di laman Facebook. Mari kita lihat resepi ini!

Resepi Apam Beras

Resepi Apam Beras
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan A:

  • 2 cawan nasi
  • 3 cawan air

Bahan B:

  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula kastor
  • 1/2 paket instant yis
  • Sedikit garam

Cara – cara memasak:

  1. Kisar Bahan A.
  2. Campurkan ke dalam Bahan B.
  3. Perap sekurang-kurangnya selama 1 jam.
  4. Panaskan pengukus.
  5. Masukkan adunan dalam bekas kecil yang sudah disapu minyak 3/4 penuh.
  6. Kukus selama 10minit.
Resepi-Apam-Beras-2
Imej via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Anda inginkan resepi yang lain? Ada beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Jangan lupa untuk cuba, tangkap gambar dan hantarkan ke media sosial pilihan anda. Selain itu, pastikan anda kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.