Aiskrim adalah minuman pencuci mulut yang sememangnya digemari ramai. Perisa yang berbagai serta cara penyediaan yang cukup mudah membuatkan hidangan ini begitu popular di serata dunia.
Aiskrim juga enak dibuat sendiri atau secara homemade. Untuk itu, berikut kami senaraikan 18 resepi aiskrim yang wajib anda cuba di rumah. Teruskan membaca!
Bagi yang menggemari aiskrim Neapolitan, anda boleh cuba resepi yang diinspirasikan daripada aiskrim ini. Mudah sahaja, hanya menggunakan 4 bahan. Resepi ini dikongsikan oleh Leeya Rosman di laman Facebook.
Bahan-bahan:
2 sudu besar ovalet
2 sudu besar susu pekat
1 sudu besar esen vanila
1 tin susu sejat (susu cair)
Pewarna merah
Pewarna plain atau asli
3 sudu besar serbuk Milo
Sedikit pewarna coklat
Cara-cara:
Pukul semua bahan hingga kental (sekitar 15 minit).
Bahagikan adunan kepada tiga bahagian.
Untuk bahagian pertama, masukkan sedikit pewarna merah. Bahagian kedua dimasukkan pewarna asli dan bahagian ketiga pula dimasukkan serbuk Milo dan sedikit pewarna coklat.
Satukan adunan di dalam bekas dan bekukan selama sehari.
Jika tiba musim, semestinya anda akan membeli durian, bukan? Alang-alang ada durian di rumah, cubalah buat sendiri aiskrim durian, dijamin manis dan berlemak. Resepi ini dikongsikan oleh Uwan Nolly Epin di laman Facebook.
Bahan-bahan:
1 tin susu cair
½ tin susu pekat
1 sudu besar ovalet
Durian secukupnya ( anggaran kalau isi durian yang besar 6 ulas / durian kecil 10 ulas)
Pewarna kuning telur
Cara-cara:
Kisarkan durian, susu cair, susu pekat dan ovalet.
Setelah sebati, masukkan ke dalam pemukul atau mixer dan pukul selama 20-30 minit sehingga gebu.
Aiskrim ala Magnum merupakan antara resepi aiskrim yang tular di media sosial beberapa tahun lepas. Ianya hanya menggunakan bahan-bahan yang cukup ringkas. Resepi ini dikongsikan oleh Fafae Mimie di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Bahan aiskrim vanila:
200 ml krim putar
½ tin susu cair
3 sudu susu pekat
1 sudu esen vanila
1 sudu kecil ovalet
1 sudu kecil glycerin (*optional, untuk menggebukan aiskrim)
Bahan aiskrim coklat (coating)
¾ coklat masakan
Cara-cara:
Untuk aiskrim vanila, kisarkan bahan-bahan aiskrim vanila hingga sebati dan sedikit kembang. Jangan terlebih kisar atau kisar terlalu lama, dikhuatiri akan berketul aiskrim nanti. Ketepikan.
Untuk coating coklat, cairkan coklat masakan dengan menggunakan teknik double boil.
Untuk masukkan coklat ke dalam plastik, sudukan coklat ke dalam plastik. Ratakan coklat dengan menggunakan kad supaya ianya rata.
Masukkan aiskrim vanila tadi dan ikatkan hujung plastik.
Satu lagi resepi aiskrim yang turut tular di media sosial ialah aiskrim Bluemint Dynamite. Bagi penggemar perisa pudina, aiskrim ini pasti cocok dengan citarasa anda. Resepi ini dikongsikan oleh Che Marlyah Ina Saad di laman Facebook.
Bahan-bahan:
1 tin susu cair*
1 tin susu pekat manis*
4 tin air*
½ sudu kecil garam*
5 sudu besar tepung ubi (jangan terlalu membukit)
Gula-gula Dynamite sebagai pewarna biru
Cara-cara:
Masukkan bahan-bahan yang bertanda * ke dalam periuk. Kacau sebati.
Kemudian, didihkan atas api sederhana hingga mendidih. Pastikan sentiasa kacau supaya adunan tidak berkerak.
Setelah mendidih, masukkan air tepung ubi dan pewarna biru ke dalam susu tadi. Kacau sebati sehingga mendidih.
Matikan api, sejukkan dan tapis ke dalam jag.
Untuk satu aiskrim, masukkan 2 biji gula Dynamite yang telah diketuk hancur ke dalam plastik aiskrim.
Kami yakin pasti rata-rata pembaca di sini meminati aiskrim Milo, bukan? Anda juga boleh menyediakannya sendiri, dijamin mudah dan semestinya enak. Resepi ini dikongsikan oleh Ummu Hani di laman Facebook.
Bahan-bahan:
1 tin susu cair
1 sudu besar ovalet
2 sudu besar susu pekat manis ( kalau rasa kurang manis, boleh tambah)
1 sudu kecil esen vanila
Milo atau serbuk koko secukupnya
Cara-cara:
Campurkan semua bahan-bahan dan pukul menggunakan pemukul atau kisar menggunakan pengisar hingga sebati dan gebu.
Paddle Pop merupakan jenis aiskrim yang pasti menggamit memori semasa kanak-kanak, bukan? Anda juga boleh cuba buat sendiri aiskrim yang diinspirasikan daripadanya. Resepi ini dikongsikan oleh Aien Yuss di laman Facebook.
Bahan-bahan:
3 liter air
100 g gula
1 tin (400 ml) susu cair
3 sudu besar gula
Serbuk dadih buah-buahan
Pewarna mengikut kreativiti
Cara-cara:
Masukkan semua bahan-bahan dan didihkan.
Setelah mendidih, matikan api dan masukkan kandungan dadih. Kacau selama 5 minit.
Masukkan gula buah-buahan dadih dan kacau rata. Tuangkan ke dalam mangkuk untuk proses mewarna dan separa beku sekitar setengah jam. Untuk mewarna, masukkan pewarna yang anda inginkan.
Setelah adunan sudah separa beku, isikan adunan yang lain warnanya dari setiap mangkuk ke dalam corong untuk dituangkan ke dalam plastik aiskrim. Kacau semasa mengisi di dalam corong supaya warnanya bercampur.
Isikan ke dalam plastik aiskrim dan simpulkan hujung plastik untuk mengikatnya.
Snek Choki Choki merupakan snek kegemaran ramai, tidak mengira golongan usia. Jadi, apa kata kali ini anda cuba buat aiskrim Choki Choki pula? Resepi ini dikongsikan oleh Che MarIyah Ina Saad di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Choki Choki
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
5 tin air
Secubit garam
2 sudu besar tepung jagung
Cara-cara:
Masukkan semua bahan-bahan kecuali Choki Choki ke dalam periuk dan kacau sebati.
Didihkan menggunakan api perlahan dan kacau perlahan-lahan sehingga mendidih.
Matikan api, sejukkan dan tapis ke dalam jag. Ketepikan.
Picit Choki Choki ke dalam plastik aiskrim dan ratakan.
Masukkan adunan aiskrim ke dalam plastik aiskrim dan simpulkan hujungnya.
Aiskrim limau Solero merupakan antara jenis aiskrim yang digilai ramai. Anda juga boleh buat sendiri aiskrim yang diinspirasikan daripada aiskrim tersebut. Resepi ini dikongsikan oleh Che Noranisah di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Bahan vanila:
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
4 tin air
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil garam
Bahan perisa limau:
3 liter air
1½ cawan jus limau kasturi asam boi Nutrifes
1½ cawan gula (ikut selera)
3 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air menjadi pes
Sedikit pewarna hijau
Cara-cara:
Masukkan semua bahan-bahan vanila ke dalam periuk dan masak hingga mendidih. Matikan api dan sejukkan.
Masukkan pula bahan-bahan perisa limau ke dalam periuk berasingan dan masak hingga mendidih. Matikan api dan sejukkan.
Masukkan bahan perisa limau ke dalam plastik sehingga separuh penuh.
Masukkan bahan vanila pula dengan menuang secara perlahan supaya tidak bercampur.
Aiskrim mangga – aiskrim yang manis dan semestinya menyegarkan tekak. Sangat sesuai dinikmati oleh sesiapa yang menggemari buah tambahan pula buah mangga. Resepi ini dikongsikan oleh Nuriza E’za April di laman Facebook.
Bahan-bahan:
2 tin susu pekat*
2 tin susu cair*
8-9 tin air*
1 cawan gula*
1 sudu kecil garam*
Kordial mangga
5 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air menjadi pes
Cara-cara:
Masak bahan bertanda hingga * hingga mendidih.
Masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau rata biar mendidih sekejap dan matikan api.
Setelah suam atau sejuk, masukkan kordial mangga dan kacau sebati.
Apabila base susu sudah sejuk, boleh masukkan isi mangga ke dalam plastik aiskrim.
Kehabisan stok aiskrim vanila? Tidak mengapa, anda boleh sahaja buat sendiri. Cara penyediaannya juga sangat mudah untuk diikuti. Resepi ini dikongsikan oleh Nur Halim di laman Facebook.
Bahan-bahan:
1 tin susu cair
½ tin susu pekat (boleh kurangkan kalau tak mahu manis sangat)
1 sudu besar ovalet
2 penutup esen vanila (untuk lebih sedap, guna creamy vanilla)
Mahu menikmati aiskrim buatan sendiri yang lebih sihat? Boleh juga dijadikan snek untuk kanak-kanak jika anda mahu. Resepi ini dikongsikan oleh Miera Nordin di laman Facebook.
Bahan-bahan:
1½ cawan susu segar
1cawan susu cair
Segenggam badam (disangai atau beli yang sudah siap dimakan, dan dikisar hingga hancur)
Segengam kismis (direndam selama sejam / hingga lembut)
Sedikit susu pekat (*optional, tak perlu letak jika tak mahu manis)
Perisa ikut citarasa (boleh letak chocolate coin atau serbuk coklat)
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar ovalet
Cara-cara:
Satukan semua bahan-bahan termasuk kismis yg sudah ditapis air rendaman tadi. Kisar sekejap.
Bila kismis sudah hancur, masukkan bancuhan dalam pengisar ke dalam pemutar kek. Putar sehingga gebu dalam 15-20 minit dan masukkan badam yang siap dikisar hingga hancur.
Aiskrim jagung juga merupakan jenis aiskrim yang turut mencuri tumpuan ramai. Lemak berkrim, aiskrim ini sangat sesuai dinikmati untuk minum petang. Resepi ini dikongsikan oleh Noor Mazwin di laman Facebook.
Selalunya kita dengar kek chocolate indulgence, apa kata kali ini anda cuba buat aiskrim chocolate indulgence pula? Manis berkrim, sangat sesuai buat pencinta coklat dan keju. Resepi ini dikongsikan oleh Siti Aisyah di laman Facebook.
Bahan-bahan:
1 tin susu pekat manis
1 tin krim putar
2 tin krim putar bukan tenusu
2 sudu makan ovalet
500 g krim keju
Bahan chocolate ganache:
2 cawan dark coklat
2 cawan krim putar
1 sudu mentega
Cara-cara:
Masukkan susu pekat, krim putar, krim keju dan ovalet ke dalam bekas.
Pukul sehingga krim keju tidak berketul dan adunan kelihatan licin.
Masukkan krim putar bukan tenusu dan pukul lagi sehingga krim naik 2 kali ganda.
Bahagikan adunan kepada 2 bekas – 1 bekas akan dimasukkan chocolate ganache. Ketepikan.
Cairkan bahan chocolate ganache menggunakan teknik double boil.
Masukkan chocolate ganache ke dalam bekas berisi krim keju.
Masukkan bahan krim keju, krim keju coklat dan chocolate ganache ke dalam bekas secara berselang-seli (ada 3 lapisan).
Satu lagi resepi aiskrim buah yang wajib anda cuba ialah aiskrim smoothie yogurt buah. Bukan sahaja sedap, malah berwarna-warni. Resepi ini dikongsikan oleh Nurul Shaedah di laman Facebook.
Bahan-bahan:
1 cawan krim putar bukan tenusu
2 cawan yogurt plain
1 sudu besar ovalet
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
Filling buah
Cara-cara:
Campurkan krim putar, susu pekat dan ovalet. Pukul hingga gebu (jangan terlalu kental).
Masukkan yogurt dan susu pekat. Pukul hingga saiz menjadi 2 kali ganda besar.
Masukkan filling ke dalam piping bag.
Masukkan aiskrim ke dalam bekas, diselangi dengan filling buah. Masukkan lagi aiskrim.
Satu lagi resepi aiskrim coklat yang pasti menawan hati anda ialah aiskrim Beryl’s. Menggunakan coklat Beryl’s, rasa aiskrim ini manis dan berlemak, memang enak. Resepi ini dikongsikan oleh Nazuetomey Tomey di laman Facebook.
Bahan-bahan:
1½ L air
1 tin susu pekat
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil garam
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar susu tepung
Cara-cara:
Satukan semua bahan dan bancuhkan. Pastikan air tidak terlebih supaya aiskrim gebu.
Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga sebati selama 10 minit. Pastikan selalu kacau.
Sejukkan dan tuang ke dalam plastik aiskrim. Bekukan.
Aiskrim asam boi – aiskrim yang pasti mengingatkan anda kepada zaman kanak-kanak. Aiskrim ini juga mudah untuk dibuat, jadi cuba sahaja buat sendiri di rumah. Resepi ini dikongsikan oleh Ida Adlina Salleh di laman Facebook.
Bahan-bahan:
2 cawan gula (boleh kurangkan)
2 liter air
2 sudu besar tepung jagung (campur dengan sedikit air daripada yang 2 liter)
3 – 4 sudu besar kordial asam masin Double Lion *optional
24-30 biji asam boi
Air perahan 4-5 biji limau kasturi
Cara-cara:
Masukkan air dan air campuran tepung jagung, gula, asam boi ke dalam periuk.
Masak hingga mendidih dan air menjadi jernih.
Masukkan kordial.
Masukkan sedikit garam dan perasakan jika perlu.
Masukkan air perahan limau kasturi dan kacau.
Masukkan satu-persatu asam boi ke dalam setiap plastik aiskrim.
Oreo merupakan biskut sandwic yang terlaris di dunia. Selain enak dimakan begitu sahaja, ia juga sesuai dijadikan aiskrim. Resepi ini dikongsikan oleh Siti Hawa Jaafar di laman Facebook.
Bahan-bahan:
400 ml susu krim penuh
500 ml krim putar
2 sudu besar ovalet
Biskut Oreo (dihancurkan)
1 sudu besar esen vanila
9 sudu gula
Cara-cara:
Campurkan kesemua bahan dan pukul menggunakan pemukul atau mixer hingga kembang dan gebu.
Masukkan adunan ke dalam bekas aiskrim.
Taburkan biskut Oreo yang telah dihancurkan. Gaul-gaulkan.
Unik betul nama aiskrim ini. Rasanya juga manis dan semestinya menyegarkan tekak, jadi memang rugi jika anda tak cuba. Resepi ini dikongsikan oleh Ekynn Aziz di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Isi rambutan (dihiris nipis)
Pati sirap
Bahan susu:
Isi rambutan (dikisar hancur)
1½ tin susu cair
½ tin susu pekat
Gula (mengikut kemanisan)
4-5 cawan air (ikut kepekatan yang diingini)
1-2 cubit garam
Cara-cara:
Masukkan sedikit isi rambutan ke dalam plastik aiskrim.
Masukkan pati sirap ke dalam plastik aiskrim.
Bekukan selama 30 minit atau 1 jam.
Untuk bancuhan susu, masukkan susu cair dan isi rambutan hancur ke dalam periuk.
Masukkan susu pekat, gula dan air. Gaulkan.
Perasaan dengan sedikit garam untuk memberi rasa lemak.
Buka api sederhana dan masak sehingga betul-betul mendidih.
Setelah mendidih, matikan api dan biar adunan susu sejuk atau suam.
Masukkan adunan susu ke dalam setiap plastik aiskrim berisi isi rambutan dan pati sirap yang dibekukan 30 minit – 1 jam tadi.
Bekukan lagi aiskrim.
Sedia untuk dihidang.
Resepi Menarik Lain
Selain koleksi resepi roti bakar, kami juga ada menulis tentang resepi lain yang menarik. Jangan lupa untuk komen dan kongsikan kepada rakan-rakan. Selamat mencuba!