Mencari-cari port bihun sup di Kedah yang enak-enak?
Jika anda singgah di Kedah, semestinya salah satu menu yang wajib anda cuba ialah bihun sup utara. Makanan ini memang sangat popular di negeri Kedah dan banyak disediakan di kebanyakan medan selera.
Sambil melancong, pasti anda mahu singgah di pelbagai port bihun sup di Kedah yang menarik, bukan? Agak-agaknya restoran atau gerai mana yang best?
Berikut kami senaraikan 6 port bihun sup utara sekitar Kedah. Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!
Alamat: Bertentangan CALTEX, Tikam Batu, 08600 Sungai Petani, Kedah
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 10.30 pagi – 8.30 malam
Melihat perkataan ‘marveles’ pada nama restorannya sahaja pasti anda sudah tahu yang bihun sup di restoran Along Bihun Sup Marveles ini bukan biasa-biasa.
Hal ini kerana di Tikam Batu, restoran ini merupakan antara restoran yang menyajikan bihun sup tersedap. Ini turut diakui oleh kebanyakan pelanggannya sendiri, jelas membuktikan yang bihun sup di sini memang best.
Antara sup yang boleh didapati ialah gearbox, perut, daging, tulang rusuk dan urat. Saiz lauknya agak besar, sangat berpatutan dengan harga yang ditawarkan.
Untuk minuman pula, Teh Ranggi merupakan minuman yang paling istimewa di sini. Ianya pekat dan manis, memang sesuai dinikmati bersama bihun supnya.
Alamat: No. 47,Kampung Paya Kerchut Mukim, K525, 06720 Pendang, Kedah
Waktu Operasi:Setiap hari kecuali Jumaat, 12 tengah hari – 7 malam
Kami yakin yang ramai pencinta bihun sup semestinya kecewa jika daging yang disajikan ada beberapa ketul sahaja. Tambahan pula jika ‘comel’ sahaja saiznya. Memang bikin frust habis!
Namun, jika anda cuba bihun sup di Kak Mah Bihun Sup Viral, perkara sebegitu tidak akan terjadi sama sekali. Kerana restoran ini cukup terkenal dengan jumlah dagingnya yang sangat banyak.
Bukan sahaja banyak kuantitinya, saiznya juga besar. Supnya pula mempunyai aroma yang cukup memikat. Buktinya, sebaik sahaja menjejakkan kaki ke sini, anda akan terhidu aroma supnya, memang bikin kecur air liur!
Alamat: Jalan Sekolah Menengah Kebangsaan Merbok, 08400 Merbok, Kedah
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 12 tengah hari – 7 malam
Eh, mengapa puaka pula? Mungkin bihun supnya terlalu enak sampaikan para pelanggan akan termimpi-mimpi tentangnya? Tetapi sejujurnya, bihun sup di Bihun Sup Puaka Merbok ini memang lazat.
Jika anda baca ulasan-ulasan di Internet, kebanyakannya positif-positif belaka. Semestinya menu yang teristimewa di restoran ini ialah Bihun Sup Puaka.
Bihun sup yang bersaiz besar, daging atau perut yang banyak jumlahnya yang sup yang enak tak terkata membuatkan ramai pengunjung terpikat dengannya. Sos cili merupakan antara highlight menu ini.
Untuk air pula, anda boleh pesan Air Puaka, Air Jagung Puaka, Kacang Puaka dan Nesbar Puaka. Kalau dinikmati semasa tekak terlampau dahaga, memang puas tak terkira.
Alamat: Jalan Utama Alor Setar-Sungai Petani, Kampung Selarong Panjang, 06650 Simpang Empat, Kedah
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, Isnin – Rabu & Sabtu (10.30 pagi – 7 malam), Khamis (9.30 pagi – 7 malam) & Ahad ( 10.30 pagi -9 malam )
Ramai pelanggan menggambarkan bihun sup di restoran Bihun Sup Haji Ibrahim ini sebagai ‘bihun sup terbaik’, jelas menunjukkan yang ianya bukan calang-calang bihun sup.
Sup yang disajikan merupakan tarikan istimewa menu ini. Ianya secukup rasa dan lauk daging yang disediakan juga agak banyak. Pendek kata, menu ini bukan sahaja melazatkan, malah mengenyangkan.
Selain bihun sup, minuman ini wajib anda pesan bersama – ABC atau lebih dikenali dengan jolokan Ais Kacang Salji. Ianya juga turut menerima tempias yang sama. Agak-agak apa yang menarik tentangnya?
ABC yang disediakan dikatakan manis namun tidak terlampau. Jagung yang ditambah di atasnya juga menaikkan selera, memang rugi kalau tidak dipesan!
Alamat: Kampung Banggul, 06000 Jitra, Kedah
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 6 petang – 2 pagi manakala Ahad (6 petang – 12 tengah malam)
Alang-alang anda bercuti di Jitra, cubalah bihun sup di restoran Pak Cik Bihun Sup ini. Restoran ini sentiasa ramai dengan pelanggan dek kerana suasananya yang santai. Sesuai dijadikan port lepak!
Bihun sup merupakan antara menu yang laku keras di sini. Yang paling penting, anda wajib menikmatinya bersama sambal kicap. Ianya melengkapkan rasa bihun sup, dijamin kick habis!
Selain bihun sup, nasi ayam juga antara menu terbaik di restoran ini. Saiz ayam yang besar dan kicap yang pedas dan manis membuatkan ramai pelanggan jatuh hati dengannya.
Alamat: Tanah Merah, 06700 Pendang, Kedah
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 2 petang – 10.30 malam, manakala Jumaat (2.30 petang – 10.30 malam)
“Hampir setiap suapan, mesti ada daging terselit bersama” – ini merupakan antara ulasan yang diberikan oleh salah seorang pelanggan yang mencuba bihun sup di restoran Bihun Sup Barokah.
Tidak dinafikan, daging yang disajikan bersama bihun sup di sini memang sangat banyak, jadi kekenyangan semestinya sudah dijamin. Bukan itu sahaja, sup yang berempah juga membuatkan ramai pelanggan menyukai menu ini.
Selain bihun sup, minuman yang wajib anda pesan ialah ABC yang disajikan bersama aiskrim di atasnya. Ianya bersaiz besar dan manis. Dijamin menyelerakan dan memuaskan hati!
Sudah tak sabar-sabar mahu serbu port bihun sup utara di Kedah yang kami senaraikan ini? Jangan berlengah lagi, lekaslah terjah sebelum rugi.
Kami juga ingin menasihatkan agar anda datang pada waktu yang sesuai kerana dikhuatiri ruang tempat duduk dan ruang tempat parkir penuh pada waktu kemuncak.
Mencari tempat makan menarik di Kedah? Klik sahaja di link di bawah ya!
Tempat Makan Best Di Alor Setar
Tempat Makan Best Di Sungai Petani