Nama restoran PK Corner pasti sudah anda biasa anda dengar terutamanya jika anda menetap di Kota Bharu, Kelantan. Restoran ini memang sangat terkenal sekitar sini.

Lokasi restoran yang strategik serta hidangan-hidangan yang menarik merupakan antara tarikan istimewa restoran ini. Hal ini dapat dibuktikan dengan jumlah pelanggannya yang sentiasa ramai.

Agak-agak mengapa PK Corner terkenal dan hidangan-hidangan apa di restoran ini yang boleh dicuba? Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

Chicken Chop Yang Bukan Biasa-Biasa

Selalunya jika anda pesan hidangan Chicken Chop di kebanyakan restoran, pasti ayamnya kecil, kurang rangup dan sosnya sikit. Mengecewakan? Semestinya.

Namun, masalah sebegini tidak akan anda hadapi jika anda cuba Chicken Chop di PK Corner. Hidangan Barat ini merupakan menu yang paling laris di sini.

chicken chop pk corner

Imej via Foursquare

Selain daripada saiz hidangan yang besar, kerangupan dan kelembutan isi ayamnya sangat dipuji. Sos lada hitam yang membanjiri ayam juga sangat sedap.

Harganya tidak sampai RM 10 pun! Sangat berpatutan dengan kelazatan dan saiz hidangannya. Rugi kalau tak cuba!

Makanan Thai Yang Enak & Wajib Dicuba

Selain makanan Barat, restoran ini juga terkenal dengan hidangan lain iaitu makanan Thai. Bila kami sebut makanan Thai, makanan apa yang mula terlintas di minda anda?

Tomyam semestinya ada disediakan di sini. Ianya juga merupakan antara menu yang paling laku selepas Chicken Chop. Kuahnya yang pekat dan keaslian rasanya membuatkan ramai pelanggan menggemarinya.

pulut mangga pk corner

Imej via Foursquare

Selain tomyam, pencuci mulut ini juga wajib anda cuba – pulut mangga! Pulut mangga di sini memang sedap. Santannya lemak berkrim dan tidak memuakkan dan buah mangganya juga segar-segar.

Suasana Santai, Servis Bagus & Kebersihan Terjaga

Servis dan kebersihan merupakan antara dua aspek terpenting yang setiap pelanggan titikberatkan sebelum singgah di mana-mana restoran.

makan @ pk corner

Imej via Foursquare

Jangan risau, restoran ini bukan sahaja terkenal dengan keenakkan hidangannya, malah servis dan kebersihan turut dipuji. Makanan tidak mengambil masa terlalu lama untuk disiapkan.

Staf di sini juga sangat peramah dan senang membantu pelanggan. Patutlah kebanyakan ulasan tentang restoran ini positif-positif belaka!

Banyak lagi

Inginkan makanan ringan? Cubalah kerabu betik atau Somtam di sini. Boleh juga dinikmati sebagai hidangan sampingan jika dimakan bersama makanan berat yang lain.

kerang bakar

Imej via Foursquare


Kerang bakar juga merupakan antara menu yang wajib anda cuba. Ianya disajikan bersama sos Thai istimewa yang sangat sedap, anda pasti akan menggemarinya!

Kesimpulan

Bagaimana? Pasti anda sudah tidak sabar-sabar mahu mencuba menu-menu lazat di PK Corner, bukan? Jika ya, lekaslah singgah restoran ini jika berpeluang!

Berikut kami sertakan alamat dan waktu operasi restoran. Datang pada waktu yang sesuai ya, takut berebut tempat duduk dan ruang parkir pula!

Alamat: 2, Jalan Kebun Sultan, Bandar Kota Bharu, 15300 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: Setiap hari, 12 tengahari – 12 tengah malam

Mencari lebih banyak tempat makan menarik di Kota Bharu? Klik sahaja di link di bawah. Selamat menjamu selera!
25 Tempat Makan Best Di Kota Bharu

Penulis: Nurul Hani

Nurul Hani

Merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan dan berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.