Hong Kong bukanlah sebuah negara Islam namun jangan khuatir jika anda merancang untuk bercuti di Hong Kong kerana sudah banyak restoran – restoran halal di sini. Kebanyakan restoran halal ini dibuka oleh orang Pakistan, Arab serta Indonesia yang telah bermastautin di Hong Kong serta menjalankan perniagaan makanan halal atau restoran.

Bukan sahaja di bandar, malah di taman tema Hong Kong Disneyland serta Ocean Park juga turut memiliki restoran halal untuk para pengunjung Islam. Jadi, anda tidak perlu risau kerana Hong Kong sekarang merupakan sebuah negara Muslim friendly.

Anda boleh lah membuat perancangan awal sekiranya bercadang untuk bercuti di Hong Kong. Soal makanan halal, tidak perlu dibimbangkan lagi. Bukan sahaja halal, malah sudah pasti makanan yang disediakan di restoran – restoran ini sedap sekali.

Anda boleh rujuk artikel ini sebagai panduan semasa percutian di Hong Kong.

#1. Wai Kee Restaurant

Restoran Wai Kee sememangnya terkenal di kalangan masyarakat tempatan. Bukan sahaja ianya terkenal, malah ia juga sebuah restoran halal yang boleh dinikmati oleh orang Islam.

Nasi Itik Panggang

Imej via openrice

Itik panggang begitu terkenal di restoran ini. Pastinya anda tergugat selera tatkala terlihatkan itik panggang yang terdapat di restoran ini.

kari Itik

Imej via openrice

Selain itik panggang yang sedap, anda juga boleh mencuba hidangan tempatan lain seperti sup, kari lembu, mee kari serta nasi ayam kari. Sememangnya makanan di restoran sedap – sedap belaka. Rugi kalau tak cuba ! Saiz hidangan juga agak besar dan boleh dinikmati beramai – ramai.

Lokasi : No 5, Cooked Food Centre, 1st Floor, Bowrington Road Market, Wanchai, Hong Kong.

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 6 petang setiap hari

#2. Islamic Centre Canteen

Sesuai dengan namanya, Islamic Centre Canteen ini sememangnya menyajikan hidangan bermasak yang halal. Maka sebab itulah ramai pelancong luar akan mengunjungi restoran ini untuk menjamu selera.

Dim Sum

Imej via openrice

Menu istimewa di sini adalah dim sum. Biarpun di Malaysia anda boleh menikmati dim sum halal, namun di sini lebih terserlah keaslian dim sum yang dihidangkan.

Nasi Daging

Imej via openrice

Dim sum yang disajikan di sini terdiri dari dim sum ayam, daging serta makanan laut. Anda juga boleh mencuba hidangan lain yang juga enak sekali.

Restoran berada tidak jauh dengan restoran Wai Kee, hanya lima minit sahaja jaraknya. Mungkin anda boleh singgah ke restoran ini untuk menikmati dim sum yang begitu enak di sini.

Lokasi : 5/F, Masjid Ammar And Osman Ramju Sadick Islamic Centre, 40 Oi Kwan Road, Wan Chai, Yat Sin St, Wan Chai, Hong Kong

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari

#3. Casablanca Restaurant & Café

Sebaik melangkah ke restoran, anda mungkin terasa seperti berada di negara Arab kerana dekorasi restorannya menampilkan ala Arabic yang memiliki gaya yang tersendiri. Restoran ini menyajikan pelbagai hidangan makanan dari timur tengah.

Moroccon Chicken Tagine

Imej via facebook

Bagi anda yang ingin mencuba kelainanan, boleh lah datang menjamu selera di Casablanca Restaurant & Café. Anda boleh mencuba roti naan special dan mango lassi nya yang begitu sedap dan membuka selera anda.

Mussel

Imej via facebook

Lokasi : 6/F Ashley Centre, 23-25 Ashley Road, Tsim Sha Tsui, Kowloon, Hong Kong

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 12.00 tengahari hingga 12.00 malam

#4. Ma’s Restaurant

Ma’s Restaurant terkenal dengan sajian makanan tradisi masyarakat Hong Kong. Restoran ini berada di Lung Kong Road, Kowloon.

Chicken Noodle

Imej via openrice

Orang Islam terutamanya pelancong luar yang tidak tahu di mana restoran halal untuk menjamu selera, boleh datang ke restoran ini. Menu yang paling terkenal di sini adalah veal goulash, wajib anda cuba ya ! Rasanya yang begitu rangup di bahagian luar dan isinya begitu padat dan berjus.

Veal goulash

Imej via openrice

Makanan anda akan dihidangkan panas – panas sebaik sahaja menerima pesanan dari pelanggan.

Lokasi:  G/F, No. 1 Lung Kong Rd, Kowloon City, Kowloon

Waktu Operasi: Dibuka mulai jam 11.00 pagi – 11.00 malam

#5. Chrisly Café

Café ini pada asalnya merupakan sebuah bakery biasa yang telah dibuka pada tahun 2016. Walaubagaimanapun, pemilik café telah membuat perubahan dengan menambahbaik terhadap menu yang disajikan di café ini.

Bun

Imej via airpaz

Anda boleh mencuba produk bakery yang tersedia di sini seperti tat telur, pineapple bun, wife cake, muffin, dan banyak lagi. Pastinya anda tidak akan kelaparan semasa berada di Hong Kong, dan roti serta menu bakery di sini dapat menjadi makanan ringan anda pada bila – bila masa sahaja. Halal? Sudah tentu.

Pastri

Imej via havehalalwilltravel

Lokasi : Shop 3018, 3/F, Shun Tak Centre, 168-200 Connaught Road Central, Hong Kong.

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam

#6. Restoran Ebeneezer’s Kebab & Pizzerria Tsim Sha Tsui

Nasi beriani, kebab, shawarma, pizza menjadi menu popular di restoran ini. Anda yang kerinduan dengan hidangan dari timur tengah, pastinya boleh mendapatkannya di sini.

Puri

Imej via facebook

Menu kebab yang dihidangkan memang superb ! Selain makanan dari timur tengah, ia juga menghidangkan menu masakan India.

Pizza

Imej via facebook

Lokasi : Shop G01C, G/F, Astoria Building, 24-38 Ashley Road, Tsim Sha Tsu, Hong Kong.

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 10.30 pagi hingga 6.00 petang

#7. Hungs Chinese Restaurant

Restoran ini diusahakan oleh pemilik beragama Islam dan pastinya sesuai buat anda. Anda boleh mencuba pelbagai makanan tempatan negara Hong Kong dan China di sini.

Nasi Goreng

Imej via facebook

Hidangan ayam panggang garing sangat terkenal dan anda wajib mencubanya jika datang ke sini. Malah, nasi goreng bersama daging lada hitamnya juga menggugat keimanan.

Bihun Goreng

Imej via facebook

Lokasi: Chungking Mansion, 36-44 Nathan Rd, Tsim Sha Tsui, Hong Kong
Waktu operasi: Dibuka mulai jam 11.00 pagi hingga 11.00 malam

#8. Cafe Ocean

Restoran ini terletak di Ocean Park yang merupakan taman tema tertua di Hong Kong. Setelah seronok menghabiskan masa di taman tema ini, pastinya anda kelaparan dan tercari – cari tempat makan halal di sekitar ini.

Wantan Sup

Imej via openrice

Anda boleh mencuba makanan di Café Ocean. Ia menyajikan pelbagai makanan dari Malaysia seperti laksa, char kue teow, nasi ayam Hainan dan banyak lagi.

Nasi Ayam

Imej via openrice

Lokasi: Ocean Park, 180 Wong Chuk Hang Rd, Aberdeen, Hong Kong

Waktu operasi: Dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam

#9. Aladin Mess

Aladin Mess terletak berhampiran pintu masuk Times Square dan terletak di tingkat dua bangunan. Ia sering menjadi tumpuan ramai menjelang makan tengahari dengan menyajikan menu set tengahari seperti roti nan, kari kambing serta teh ais lemon.

Lamb Leg

Imej via facebook

Anda juga boleh mencuba kari ayam madras serta ayam panggang tikka yang juga enak. Pastikan anda mencuba mango lassi sebagai pelengkan hidangan tengahari anda.

Aladin Mess

Imej via wego

Lokasi: 2/F, 60 Russell Street, Causeway Bay.

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 11.45 pagi hingga 3.00 petang dan dibuka semula mulai jam 6.00 petang hingga 10.45 malam

#10. Shaffi’s Indian Restaurant

Restoran ini sering mendapat kunjungan ramai kerana pilihan menunya yang begitu enak dan menakjubkan. Terdapat pelbagai menu berasaskan daging dan juga vegetarian.

Masala

Imej via openrice

Apa kata anda cuba menu baigan masala iaitu terung panggang yang dimasak bersama bawang dan tomato. Menu ayam pakoranya juga begitu sedap.

Roti Naan

Imej via openrice

Saiz ruang restoran yang  besar sangat sesuai jika anda datang secara berkumpulan.

Lokasi: 14 Fau Tsoi Street, Yuen Long.

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam

#11. Mr Kebab Pizza & Pasta  

Mr Kebab Pizza & Pasta ini sudah tentu menyajikan hidangan dari timur tengah kerana nama restorannya sahaja sudah pasti anda tahu. Ia terletak berhampiran Masjid Kowloon dan bolehlah anda singgah ke restoran ini setelah menunaikan solat di masjid tersebut.

Mixed Kebab

Imej via openrice

Restoran ini tidak hanya menyajikan kebab dan pasta, namun pelbagai hidangan lain seperti nasi arab, hummus, adas, ayam goreng, spaghetti dan bermacam lagi boleh anda cuba. Jika anda memesan hidangan nasi, adalah disarankan untuk dimakan berdua kerana hidangannya agak banyak.

Pizza

Imej via openrice

Suasana restoran juga sangat menarik membuatkan anda tenang di sini.

Lokasi : 6, 2/F, Haiphong Mansion, 51-54 & 55 Haiphong Road, Tsim Sha Tsui, Kowloon, Hong Kong

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 12.00 tengahari hingga 12.00 malam

#12. Istanbul Kebab

Restoran ini mempunyai ruang yang agak terhad. Jika anda ingin menjamu selera, pastikan anda tidak datang pada waktu – waktu puncak kerana agak ramai makan di sini.

Istanbul Kebab

Imej via openrice

Biarpun ruang yang agak sempit, namun perkhidmatan dan layanan dari krew restoran tidak mengecewakan. Makanan yang dihidangkan pula begitu menyelerakan.

Istanbul Kebab

Imej via openrice

Menu dari timur tengah pastinya membuat ramai masyarakat Muslim gembira sewaktu menjumpai restoran ini. Anda boleh mencuba roti arab, roti nan, kebab, pelbagai makanan barat, nasi arab dan bermacam lagi.

Sambil menjamu selera, anda juga boleh berehat sebentar sambil berbual bersama rakan dan keluarga tersayang.

Lokasi : 20-38 Lock Rd, Tsim Sha Tsui, Hong Kong

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 11.00 pagi hingga 11.45 malam

#13. Ziafat Arabic Cuisine

Makanan timur tengah di mana sahaja, jadi anda tidak perlu gusar mencari makanan di sekitar Kowloon ini. Datang sahaja ke Ziafar Arabic Cuisine yang sememang menghidangkan makanan kegemaran masyarakat timur tengah.

Nasi Arab Ziafat

Imej via facebook

Pelbagai jenis nasi terdapat di sini seperti nasi arab dan beriani. Lauk pauk berasaskan daging kambing juga tidak kurang hebatnya. Roti naan juga bermacam pilihan dan menjadi kegemaran ramai.

Pizza Ziafat

Imej via facebook

Pizza panas dengan keju mencair juga pasti menambat hati anda. Kebab pula disajikan panas di atas meja. Hidangan manisan, yogurt serta bermacam lagi sebagai pencuci mulut sememangnya memuaskan hati anda.

Lokasi : 6/F Harilela Mansion, 81 Nathan Road, Tsim Sha Tsui, Kowloon, Hong Kong

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 12.00 tengahari hingga 12.00 malam

#14. Islam Food

Restoran halal ini terletak di kawasan Kowloon City dan menyajikan pelbagai hidangan tempatan. Ia mempunyai dua cawangan iaitu di Lung Kung Road dan juga Tak Ku Ling Road. Ramai pelancong luar sering mengunjungi cawangan Tak Ku Ling Road kerana ianya terletak berhampiran MTR.

Clear Soup

Imej via openrice

Jika anda ingin menjamu selera di sin, pastikan datang selepas waktu puncak ya ! Pelanggan agak ramai ketika waktu puncak, nanti terpaksa menunggu lama pula.

Veal goulash

Imej via openrice

Restoran ini begitu selesa dan menyajikan pelbagai makanan yang begitu enak. Antara menu yang boleh anda cuba adalah dumpling, mee wantan, veal goulash, sup, dim sum dan banyak lagi. Portion makanan juga agak besar dan mengenyangkan.

Lokasi : Shun King Building, 33 – 35 Tak Ku Ling Road, Kowloon City, Hong Kong
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 11.00 pagi hingga 11.30 malam

#15. Spice Restaurant

Restoran yang berada di dalam mall ini menyajikan pelbagai hidangan Pan Asia yang terdiri daripada masakan Melayu, Thailand dan India. Namun, hidangan ini didominasi oleh masakan India.

Nan with Curry

Imej via facebook

Anda boleh mencuba pelbagai hidangan seperti kari kambing, ayam, Paneer masa, butter chicken masala dan banyak lagi. Roti nan juga tidak terkecuali enak untuk dinikmati.

Hara Bhara Kebab

Imej via facebook

Lokasi : 2nd Floor, No.1 Knutsford Terrace, Tsim Sha Tsui, Kowloon.

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 11.00 pagi hingga 1.00 pagi

#16. Happy Cow

Happy Cow ini merupakan sebuah kiosk yang menjual pelbagai milksha serta ais krim yang halal. Ia terletak berhampiran dengan Observation Wheel yang besar dan menakjubkan.

Aiskrim Happy cow

Imej via facebook

Anda boleh mencuba pelbagai perisa ais krim yang ada seperti Ying Yang Sesame (perisa tempatan) serta Pina Colada (tanpa alkohol). Rasa raspberi juga agak sedap dan sedikit masam.

Happy cow

Imej via facebook

Sambil menikmati pemandangan indah sekitar Hong Kong anda boleh menikmati ais krim sambil bersantai bersama teman – teman.

Lokasi : Booth 3, Man Kwong Street, Hong Kong Observation Wheel

Waktu Operasi: Dibuka mulai jam 11.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari

#17. 27 Kebab House

Di Hong Kong, menu kebab adalah sangat mudah di dapati. Selain halal, ia antara makanan ringan yang mengenyangkan, paling mudah dan selamat.

27 kebab

Imej via facebook

27 Kebab House, selain menyajikan kebab sebagai hidangan utama ia turut menyajikan hidangan timur tengah yang lain seperti pizza, nasi beriani dan juga kari. Layanan krew di restoran ini sangat mesra dan ramah membuatkan pelanggan selesa menjamu selera di sini.

27 Pizza

Imej via facebook

Restoran ini turut memiliki beberapa cawangan lain termasuklah di sekitar kawasan Tsim Sha Tsui.

Lokasi : Kowloon, Central, Hong Kong

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang

Kesimpulan

Pastinya percutian anda di Hong Kong seronok sekali. Bukan sahaja dapat menghabiskan masa di taman tema terkenal Hong Kong Disneyland dan Ocean Park, malah dapat menikmati hidangan tempatan Hong Kong yang enak sekali.

Itik panggang, dim sum, mee kari dan bermacam menu asli tempatan pastinya menyelerakan. Ia bukan sahaja enak, namun halal. Anda mesti mencubanya jika berkunjung ke Hong Kong kerana keenakannya yang luar biasa.

Penulis: Itawrah

Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

    Tinggalkan Komen!

    Langgan Info Kami

    Berkaitan

    .