Mencari tempat makan pastri di Lembah Klang?

Lembah Klang mempunyai banyak tempat makan yang berlainan genre. Dari masakan kampung, hidangan Barat, sajian Asia ke pencuci mulut, semuanya ada. Sebut sahaja apa yang terlintas di minda, pasti boleh dicari.

Ini termasuklah dengan tempat makan pastri. Untuk itu, berikut kami senaraikan 11 tempat makan pastri di Lembah Klang untuk anda. Teruskan membaca!

#1 Lachér Patisserie

Alamat: A-1-11, Eve Suite, Jalan PJU 1A/41, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 6 pm

Hidangan pastri seharusnya disediakan oleh sesiapa yang pakar membuatnya. Jika anda singgah di Lachér Patisserie, anda tak perlu risau kerana pemilik patisserie ini sendiri merupakan seorang chef yang profesional membuat pastri.

Lachér Patisserie
Imej via Instagram

Hal ini terbukti kerana pastri di sini bukan sahaja menyelerakan, malah rupanya juga cukup cantik. Sangat sesuai untuk dimuat naik ke media sosial. Ianya juga dibuat menggunakan bahan premium yang Halal.

Antara hidangan pastri yang boleh anda cuba ialah Valrhona Caraibe Hazelnut Praline, Kochi Yuzu Mango Tart, Citron Tart dan set Petit Gateaux. Bukan sahaja sesuai untuk dinikmati, ianya juga boleh dijadikan hadiah.

#2 Levain Boulangerie & Patisserie

Alamat: 7, Jalan Delima, Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 8 am – 5 pm

Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam patisserie ini, kami yakin yang anda pasti akan terpegun dengan interiornya yang ala-ala kafe Perancis. Patisserie Levain Boulangerie & Pastrie ini menyediakan pastri Perancis berkualiti tinggi.

levain patisserie kl pastri lembah klang
Imej via Foursquare

Anda boleh cuba Mushroom Focaccia, Mocchiri Cheese Bun, Palmier, Chocolate French Toast, Raspberry Danish dan Croissant. Tekstur roti yang gebu dan rangup membuatkan ramai pengunjung jatuh cinta dengan pastri di sini, memang rugi jika tak singgah.

#3 Der Backmeister (TTDI) – Your German Bakery

Alamat: 40, Persiaran Zaaba, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Selasa- Ahad, 8 am – 5 pm

Jika anda mencari pastri yang merupakan antara yang terbaik sekitar TTDI, singgah sahaja di kafe Der Backmeister (TTDI) – Your German Bakery. Mereka menyajikan hidangan pastri German asli yang pasti sesuai dengan citarasa anda.

Rata-rata pelanggan yang mencuba pastri di sini mengakui yang hidangan yang disediakan sememangnya dibakar dengan sempurna. Aroma pastri yang dibakar sendiri cukup harum, boleh buat sesiapa sahaja kecur air liur.

der beckmeister TTDI pastri lembah klang
Imej via Foursquare

Salmon Sandwich, Apfeltasche (Apple Strudel), Zimstschnecke (Cinnamon Roll), Vanille Hörnchen dan Chocolate Croissant merupakan antara pastri yang dijamin menyelerakan. Semestinya lembut dan secukup rasa, pasti memuaskan hati anda!

#4 Croisserie Artisan Bakery @ Damansara Heights

Alamat:  No. 14, Jalan Medan Setia 2, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 7.30 am – 8 pm

Satu lagi tempat makan pastri di Lembah Klang yang menyediakan pastri asli Perancis ialah Croiserrie Artisan Bakery. Bakeri ini menggunakan tepung import yang berkualiti tinggi yang merupakan antara rahsia kelazatan pastri yang disediakan.

croisserie artisan bakery
Imej via Foursquare

German Pudding Tart, Almond Croissant, Olive and Cheese Bread, Canelé dan Pain au Chocolat merupakan antara hidangan pastri yang rasanya cukup menakjubkan. Lembut, secukup rasa dan semestinya buatan sendiri. Sangat berkualiti tinggi!

#5 Burrow BSC

Alamat:  LOT GK12, Ground Floor, Bangsar Shopping Centre, 59000 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Selasa – Ahad, 7.30 am – 7.30 pm

Berada sekitar Bangsar Shopping Centre? Alang-alang membeli-belah, singgah sahaja di kafe Burrow BSC untuk mencuba hidangan pastri mereka yang tular sejak akhir-akhir ini – Canelé.

canele burrow bsc pastri lembah klang
Imej via Foursquare

Canelé merupakan hidangan pastri Perancis yang mempunyai kastard di tengah. Canelé di sini dikatakan lembut, manis dan kerak karamelnya juga boleh buat sesiapa sahaja ketagih. Jika terlepas peluang untuk mencubanya, anda memang rugi.

#6 Touché Pastries & More

Alamat: 7, Jalan 17/56, Seksyen 17, 46400 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 7.30 am – 5.30 pm

Mencari home baker di Petaling Jaya yang menyediakan pastri yang luar biasa enaknya? Touché Pastries & More merupakan antara pilihan yang tepat untuk menikmati pastri berkualiti premium dan buatan sendiri.

touche pj
Imej via Foursquare

Double Cheese Croissant merupakan antara hidangan pastri yang laku keras di sini. Croissant yang lembut serta keju yang melimpah dan berkrim merupakan gabungan yang mantap. Sangat sesuai dinikmati oleh pencinta keju.

Hidangan lain seperti Cream Cheese Walnut Bun, Peach Danish, Donut dan Canelé juga tidak kurang hebatnya. Kualitinya sememangnya terjaga, tidak hairanlah ramai pelanggan memuji pastri mereka.

#7 Encore Malaysia

Alamat: 1, Jalan Bukit Desa 5, Taman Bukit Desa, 58100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Rabu – Isnin, 11 am – 8 pm

Terletak di kawasan kejiranan Taman Bukit Desa, patisserie Encore Malaysia ini boleh dikatakan sebuah hidden gem. Menyajikan pastri citarasa Australia yang berbagai pilihan, Encore juga kerap dijadikan tempat bersantai kerana suasananya yang selesa dan nyaman.

encore malaysia taman bukit desa
Imej via Foursquare

Australian Beef Pie, Mushroom Quiche, Apple Strudel, Mini Tarts, Harlequin dan Blueberry Almond Tart merupakan antara hidangan pastri yang wajib anda cuba. Bukan sahaja kelazatan, malah kecantikan hidangan pastri ini juga patut dipuji.

#8 RT Pastry House

Alamat: 2, Jalan Dataran Marvelene, Off Jalan Meru, 41050 Klang, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 9 am – 11.30 pm

RT Pastry House ini sendiri memberi jaminan bahawa semua pastri dan roti yang disajikan di sini menggunakan bahan segar dan berkualiti tinggi. Buat penggemar pastri, kami yakin ianya adalah berita baik buat anda kerana kualiti hidangan di sini memang cemerlang.

rt pastry house
Imej via Foursquare

Ditubuhkan pada tahun 2003, RT Pastry merupakan kedai pastri yang menggabungkan konsep hidangan Jepun & Taiwan. Bukan sahaja menyajikan roti dan pastri, malah kek di sini juga cukup beraneka.

#9 The Bread Shop

Alamat:  11, Jalan Setiakasih 5, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Selasa – Ahad, 8 am – 6 pm

Bakeri artisan yang menyajikan roti dan pastri premium – ini merupakan antara gambaran terbaik untuk bakeri The Bread Shop yang terletak di Bukit Damansara ini. Sebut sahaja jenis pastri yang diidamkan, anda pasti akan jumpa di sini.

the bread shop
Imej via Foursquare

Banana Scotch Danish, Salted Egg Croissant, Lemon Tart, Apple Pie dan Kouign Amann merupakan antara pastri yang wajib anda pesan. Ulasan yang ditinggalkan oleh kebanyakan pengunjung tentang hidangan ini memang positif, jelas membuktikan kelazatannya.

#10 Délifrance Publika

Alamat: Publika Block C5, Level G3, Unit 30A & 31, Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 8 am – 8 pm

Délifrance merupakan restoran Perancis yang mempunyai cawangan di serata dunia. Salah satunya terletak di KL dan ianya dikenali sebagai Délifrance Publika. Bagi peminat pastri Perancis asli, ini adalah destinasi yang tepat buat anda.

pastri lembah klang
Imej via Instagram

Antara pastri yang disajikan di sini ialah Peach Danish, Almond Croissaint, Strawberry Pistachio Tartlet, Vanilla Éclair dan Sacher Torte. Kaya dengan topping, hidangan pastri ini sememangnya hidangan bertaraf 5 bintang.

#11 The Carpenter’s Daughter Artisan Bakery & Cafe

Alamat: 46G, Jalan USJ 10/1e, Subang Square, 47620 Subang Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 8 am – 8 pm

Mencari bakeri yang menyediakan pastri dan roti yang sesuai dengan citarasa abda? Singgah sahaja di The Carpenter’s Daughter Artisan Bakery & Cafe jika anda berada sekitar Subang Jaya.

lemon meringue tart
Imej via Foursquare

Bakeri ini menyediakan roti buatan sendiri yang semestinya segar dan berkualiti tinggi. Lemon Meringue Tart merupakan antara hidangan pastri yang menjadi kegemaran ramai pelanggan mereka. Tidak terlalu masam dan manis, sememangnya secukup rasa.

Kesimpulan

Sudah jumpa tempat makan pastri di Lembah Klang yang ingin anda lawati? Semua tempat makan yang kami senaraikan ini memang terbaik, jadi singgah sahaja satu-persatu jika berpeluang.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!

Artikel Menarik Lain

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.