Tercari-cari port briyani di Lembah Klang yang sedap?

Lembah Klang adalah kawasan di Malaysia yang berpusat di Kuala Lumpur. Kawasan ini juga meliputi bandar-bandar yang bersebelahan di negeri Selangor, yang sememangnya kaya dengan restoran pelbagai genre makanan.

Untuk makanan tengah hari, apa kata anda cuba nasi briyani? Ianya bukan sahaja menu yang melazatkan, malah mengenyangkan. Kami yakin ianya termasuk dalam senarai makanan kegemaran anda.

Tertanya-tanya restoran manakah yang menyajikan nasi briyani di Lembah Klang? Berikut kami senaraikan restorannya buat anda. Teruskan membaca!

#1 Restoran Mahbub

Alamat: 15-17, Lorong Ara Kiri 1, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari, 7 am – 2 am

Bila kami sebut sahaja tentang nasi briyani ayam madu, pasti ramai pembaca yang terliur mendengar namanya bukan? Bayangkanlah sendiri kemanisan ayam madu serta kelembutan isinya, memang sedap!

nasi briyani lembah klang

Imej via Foursquare

Restoran Mahbub merupakan salah satu restoran nasi briyani di KL yang sangat terkenal dengan menu tersebut. Ianya dapat dibuktikan dengan jumlah pelanggan yang sentiasa ramai di situ.

Selain briyani ayam madu, ayam tandoori juga merupakan lauk yang wajib anda cuba. Isi ayamnya yang lembut dan rasanya yang berempah memang enak dimakan bersama nasi briyani kuah campur. Jangan lupa pesan dalca bersama!

#2 Legend’s Claypot Briyani

Alamat: Ground, 50, Jalan Vivekananda, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 12 – 10 pm

Siapa sahaja yang tidak menggemari briyani kambing? Ianya merupakan antara briyani yang menjadi kegemaran ramai selepas briyani ayam madu, memang sedap!

nasi briyani lembah klang

Imej via Foursquare

Seperti namanya, restoran Legend’s Claypot Briyani ini merupakan antara restoran briyani yang legend. Briyani kambing merupakan menu yang paling laris di sini.

Dagingnya yang lembut merupakan antara faktor ianya digemari. Selain itu, briyani claypot di sini juga dipuji pelanggan. Rasanya yang berempah membuatkan ramai pelanggan menggilainya.

#3 Restoran Syed

Alamat: 13-15, Jalan Barat, Pjs 8, 46200 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: 24 jam

Mengidamkan nasi briyani pada jam 3 pagi? Tak menjadi masalah, singgah sahaja di Restoran Syed untuk mencuba nasi briyani yang merupakan antara yang tersedap di Petaling Jaya!

nasi briyani lembah klang

Imej via Foursquare

Lauk yang disajikan untuk nasi briyani ada berbagai. Antara yang boleh dicuba ialah lamb shank dan ayam goreng. Jangan lupa menikmatinya bersama telur rebus, bendi dan appalam, pasti lebih sedap!

#4 Restoran Tajudin Nasi Beriani

Alamat: 8, Jalan Hang Kasturi, City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari, 6 am – 6 pm

Bajet ketat namun masih ingin menikmati nasi briyani? Kami akui bahawa harga yang ditawarkan di sesetengah restoran di KL agak mahal, namun tak mustahil untuk menjumpai restoran yang menawarkan harga yang berpatutan.

nasi briyani lembah klang

Imej via Foursquare

Salah satu restorannya ialah Restoran Tajudin Nasi Beriani. Harga sepinggan nasi briyani ayam goreng di sini ialah serendah RM7 sahaja! Sangat berpatutan dengan keenakkan dan saiz hidangan yang besar.

Anda juga boleh tambah sayur dan lauk lain seperti acar timun, sayur bendi dan telur rebus. Jangan lupa untuk membanjiri nasi briyani anda dengan kuah kari, pasti lebih padu!

#5 Mr. Kabab & Biryani

Alamat: 44, Jalan Diplomatik 3/1, Presint 15, 62050 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Waktu operasi: Setiap hari, Isnin  – Khamis 11 am – 11.30 pm manakala Jumaat – Sabtu 11 am – 12 am

Sukakan nasi briyani, naan dan kebab? Singgah sahaja di restoran Mr. Kabab & Biryani yang terletak di Putrajaya ini, pasti anda akan berpuas hati.

kabab

Imej via Foursquare

Briyani yang paling terkenal di sini ialah briyani kambing. Dagingnya lembut dan briyaninya pula berempah. Aroma briyani itu sendiri cukup harum, sungguh menggoda!

#6 Fierce Curry House

Alamat: 16, Jalan Kemuja, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari, 12 – 10 pm

Biasanya, lauk yang disajikan bersama nasi briyani ialah ayam madu, ayam goreng atau kari kepala ikan. Inginkan kelainan? Cubalah briyani udang karang di restoran Fierce Curry House ini!

nasi briyani lembah klang

Imej via Foursquare

Mungkin harganya ialah RM 280.00, namun ianya sangat berbaloi. Udang karang yang disajikan memang segar, isinya manis dan lembut. Bila dimakan bersama nasi briyani, kenikmatannya memang tak terkata.

Jangan lupa untuk membuat tempahan (019-770 1945) terlebih dahulu sebelum memesan briyani udang karang ini. Kerana pihak restoran akan menyediakannya buat anda sebaik sahaja tempahan di buat.

#7 Hameediyah Kota Damansara

Alamat: Unit A-GF-01 Sunway Nexis,, No 1 Jalan PJU 5/1,, Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari, 11 am – 11 pm manakala Selasa 11.45 pm – 11 pm

Siapa sahaja yang tidak pernah terdengar nama restoran Hameediyah? Tambahan pula jika anda pernah singgah di cawangan utamanya di Penang, pasti anda tahu yang restoran ini sangat popular.

nasi briyani lembah klang

Imej via Foursquare

Salah satu menu yang laku keras di restoran Hameediyah ini ialahh briyani. Lauk yang menjadi pilihan ramai ialah lamb shank, kari kambing dan ayam tandoori. Jika anda tak cuba, memang rugi!

#8 Briyani Asif Bukit Bintang

Alamat: 7 & 9, Jalan Padang, Jalan, Lorong Walter Granier, Imbi, 55100 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari, 10 am – 10 pm

Satu lagi restoran briyani di Lembah Klang yang wajib anda singgah ialah restoran Briyani Asif Bukit Bintang. Restoran ini bukan sahaja terkenal dengan briyani, malah menu lain juga turut mencuri perhatian ramai.

asif

Imej via Foursquare

Namun, briyani merupakan menu terlaris di sini. Lauk yang anda boleh cuba bersama briyani ialah Lamb Shank dan Lamb Karahi atau kari kambing.

Ianya bukan sahaja enak, malah saiz hidangannya juga besar. Isi daging kambing yang lembut serta aroma briyani yang harum memang boleh bikin kecur air liur. Oh, jangan lupa pesan Mango Lassi sebagai minumannya ya!

#9 Tetra House of Briyani

Alamat: 10-00-1, Lorong Batu Nilam 4a, Bandar Bukit Tinggi 1, 41200 Klang, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari, 7 am – 10.30 pm

Nama restoran ini ada perkataan house of briyani, jelas menunjukkan yang restoran Tetra House of Briyani sangat terkenal dengan nasi briyani yang sedap dan asli.

Terletak di Klang, restoran Tetra House of Briyani ini mula beroperasi sejak 2002 lagi. Sajian yang dihidangkan merupakan makanan India yang asli resepinya.

tetra

Imej via Foursquare

Lauk-pauk yang boleh anda nikmati bersama briyani ialah ayam goreng atau kari kambing. Jangan lupa untuk mencuba Mango Lassi mereka yang manis, segar dan menyegarkan tekak!

#10 Restoran Ismail

Alamat:  22B, Jalan Tun Mohd Fuad, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari, 6.45 am – 9.30 pm

Walaupun restoran yang menyajikan nasi briyani di Lembah Klang ada banyak, namun tak semua mampu menyediakan nasi briyani yang berempah dan asli resepinya. Berbeza pula dengan Restoran Ismail yang terletak di TTDI ini.

Ada pelanggan mengatakan yang nasi briyani di sini persis nasi briyani di India. Cukup rempahnya dan enak dimakan begitu sahaja. Tetapi, anda mestilah mahu menikmatinya bersama lauk, bukan?

nasi briyani lembah klang

Imej via Foursquare

Oleh itu, cubalah kari kambing mereka. Karinya yang pekat dan berempah pasti akan membuatkan anda jatuh cinta dengan menu ini, percayalah!

Kesimpulan

Sudah jumpa restoran nasi briyani di Lembah Klang yang ingin anda tuju? Atau anda mula rambang mata tak tahu nak singgah yang mana? Tidak mengapa, singgah sahaja satu-persatu terlebih dahulu.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.