Apa yang menarik tentang Buffet Ramadan Crystal Ballroom untuk Ramadan kali ini? Jom terokainya!

Berada di Selangor mahupun Kuala Lumpur dan mencari tempat berbuka puasa dengan harga bawah RM 100? Ada ke? Semestinya ada jika anda berbuka di Crystal Ballroom, The Mines 2, Seri Kembangan.

Kumpulan Enak Rasa sekali lagi membawakan buffet Ramadan yang lebih menarik atas permintaan ramai untuk tahun 2023. Namun buffet ini diadakan hanya pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad sepanjang Ramadan yang bermula dari 6.00 petang hingga 8.30 malam.

Dengan harga serendah RM 55 sahaja, pengunjung bukan sekadar dapat menikmati pelbagai menu menarik, malah banyak kemudahan yang disediakan untuk keselesaan semua. Nak tahu apa yang menarik? Jom terokai buffet Ramadan Crystal Ballroom!

Menu Menarik

Menu menjadi antara perkara yang perlu dipertimbangkan untuk memilih tempat berbuka puasa. Menu yang dipilih semestinya perlu kena dengan selera dan menepati citarasa sendiri.

Di Crystal Ballroom, mereka menyediakan lebih 40 jenis hidangan dimana kebanyakan menu merupakan menu tempatan yang sentiasa menjadi kegemaran ramai untuk berbuka. Ada lima pilihan nasi untuk pengunjung iaitu Nasi Putih, Nasi Beryani, Nasi Minyak, Nasi Hujan Panas dan Nasi Ambeng.

Lauk-lauknya pula memang mengiurkan seperti Ayam Masak Merah, Ayam Berempah, Dagung Lemak Cili Api, Fillet Sweet Sour dan sebagainya. Makan pula bersama Dalca Sayur, Acar Rampai mahupun Sambal Goreng Jawa pasti lebih berselera.

Jangan lupa makan bersama ulam-ulaman dan aneka sambal yang menjadi pelengkap hidangan yang memuaskan. Dengar sahaja menu, sudah cukup mengiurkan.

Bukan itu sahaja, mereka turut menyediakan pelbagai gerai yang memasak secara langsung seperti Nasi Ambeng, Laksa Johor, Ais Krim, Rojak Buah dan Roti John. Tak perlu pergi ke bazaar, cukup di sini anda bakal menikmati pelbagai jenis hidangan enak.

Kemudahan

Pelbagai kelebihan dan kemudahan jika anda berbuka di sini, menjadikan rancangan anda berbuka berjalan lancar. Lokasi memang sangat strategik dan mudah diakses. Tambahan pula anda dapat membeli-belah di The Mines 2.

Kemudahan utama yang dicari semestinya tandas dan surau. Tandas dan surau di sini cukup selesa. Mudah untuk pengunjung menunaikan solat selepas mahupun sebelum berbuka. Parkir juga luas dan ruang berbuka yang cantik dan selesa.

Harga Buffet Ramadan

Jika berkesempatan, lakukan tempahan awal sebelum 23 Mac ini dan anda dapat menikmati harga serendah RM 50 untuk dewasa manakala RM 40 untuk warga emas dan kanak-kanak.

Harga asal masih mampu milik dengan RM 55 untuk dewasa dan RM 45 untuk kanak-kanak dan warga emas. Memang sangat berbaloi!

Khas buat mereka yang ingin berbuka puasa secara berkumpulan atau korporat, anda dapat menikmati harga yang lebih berbaloi. Tempahan untuk satu meja dengan 10 pax hanya dikenakan RM 450 sahaja!

Maklumat Lanjut

Lokasi: Crystal Ballroom, The Mines 2, Seri Kembangan, Selangor

No telefon: 016 323 0683 / Tempahan

Facebook: Crystral Ballroom at Seri Kembangan

Menarikkan pakej Buffet Ramadan Crystal Ballroom, The Mines 2 ini? Bukan sahaja pelbagai menu enak disediakan, malah harga sangat berbaloi. Kemudahan juga lengkap untuk pengunjung.

Malas memasak atau tak sempat memasak untuk berbuka? Atau ingin rasai kemeriahan berbuka dengan suasana berbeza? Jom ajak keluarga mahupun rakan-rakan untuk berbuka di sini!

Penulis: Nur Syafiqah

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.