Onn Kitchen – nama restoran ini pasti sudah terbiasa didengari oleh penduduk Johor Bahru. Biasalah, restoran yang terkenal. Siapa sahaja yang tak pernah serbu!

onn kitchen

Imej via Foursquare

Mempunyai moto “Serving good food since 1933” yang jelas terpampang pada papan tanda restoran ini, tidak keterlaluan jika kami katakan yang restoran yang beroperasi sejak 1933 ini memang legend!

Tertanya-tanya apa yang membuatkan restoran Onn Kitchen begitu popular? Menu apa yang boleh dicuba? Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

Makanan Tradisional Yang Berbagai & Lazat

Bukan senang mahu menemukan makanan tradisional, terutamanya jika restoran itu restoran yang terkenal. Namun di restoran ini, makanan tradisional merupakan antara hidangan yang ‘laku keras’!

makan @ onn kitchen

Imej via Foursquare

nasi lemak onn kitchen

Imej via Foursquare

Antara menu yang disediakan ialah roti jala, lempeng, mihun sup, nasi lemak, roti canai, lontong dan banyak lagi. Memang sesuai dinikmati untuk sarapan atau minum petang.

Menu yang paling laris ialah roti canai. Rotinya yang gebu dan lembut di dalam namun rangup di luar memang lazat walaupun dimakan begitu sahaja!

Keenakkan Makanan Barat Yang Tidak Terhingga

Bukan hidangan tradisional sahaja yang disediakan di sini. Makanan ala western juga boleh didapati. Menunya juga berbagai, kami yakin anda pasti akan rambang mata!

bbq lamb onn kitchen

Imej via Foursquare

Menu-menu yang laris di sini kebanyakannya dipangangAnda boleh cuba Chicken Grill, BBQ Lamb dan Sirloin Steak. Menu-menu ini disediakan bersama sayur, kentang putar dan sos lada hitam.

Kebanyakan mengakui yang perapan BBQ  untuk hidangan tersebut memang terasa. Isi daging yang lembut dan juicy juga menggandakan lagi kelazatannya.

Dekorasi Restoran Yang Cantik & Santai

Sebaik sahaja masuk ke dalam mana-mana tempat makan, semestinya dekorasi restoran ialah perkara pertama yang akan menarik perhatian anda sebagai pelanggan, bukan?

deko

Imej via Foursquare

deko onn kitchen

Imej via Foursquare

Dekorasi restoran Onn Kitchen ini sememangnya cantik dan menarik. Semua meja dan kerusi diperbuat daripada kayu, jelas ada unsur tradisional di situ.

Kebersihannya terjaga dan suasana restoran ini juga santai dan selesa. Sangat sesuai jika anda ingin singgah untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan atau keluarga.

Banyak Lagi

Untuk minuman, teh tarik merupakan antara minuman yang paling banyak menerima pesanan di restoran ini. Ianya tidak terlalu manis, sangat enak dinikmati semasa sarapan.

Selain roti canai, roti lain seperti roti kosong, roti telur dan roti sardin juga boleh anda cuba. Rotinya juga lembut seperti roti canai, pasti anda akan menggemarinya!

Kesimpulan

Perut anda pasti mula berkeroncong kerana membayangkan kelazatan aneka jenis menu di restoran ini, bukan? Apa tunggu lagi, lekaslah serbu Onn Kitchen jika berpeluang ke JB!

Berikut kami sertakan alamat dan waktu operasi restoran. Singgah pada waktu yang sesuai ya, takut berebut pula ruang parkir dan ruang dalam restoran nanti.

Alamat: 29A, Jalan Tarom, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi:  Setiap hari kecuali Jumaat, Ahad – Khamis (7 am – 12 am) manakala Sabtu (7 am – 12 pm, 5 pm – 12 am)

Mencari lebih banyak tempat makan menarik di Johor Bahru? Klik sahaja di link di bawah. Selamat menjamu selera!
Tempat Makan Menarik Di Johor Bahru

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.