Langkau ke kandungan

9 Tempat Makan di JB Waktu Malam Paling Best dan Sedap

Dekat mana ya tempat makan di JB waktu malam yang sedap? Tempat makan di JB memang banyak, tapi kadangkala kita mahukan menu yang lain daripada lain,…

JohorDikemas kini 10 November 2026oleh Nur Syafiqah7 minit bacaan
Ilustrasi medan selera terbuka waktu malam dengan ikan bakar, sate, udang bakar dan mi goreng di bawah lampu hiasan
Ilustrasi hiasan, bukan gambar sebenar premis.
Kandungan

Dekat mana ya tempat makan di JB waktu malam yang sedap? Tempat makan di JB memang banyak, tapi kadangkala kita mahukan menu yang lain daripada lain dan suasana tempat yang selesa.

Waktu malam merupakan waktu untuk kita meluangkan masa bersama pasangan, keluarga mahupun kawan-kawan. Meluangkan masa sambil menikmati makan malam yang menarik, pasti menjadikan malam anda lebih seronok.

Buat anda yang mencari tempat makan di JB waktu malam, kami kongsikan antara tempat makan yang menawarkan makanan yang menarik serata JB! Kalau anda merancang lebih luas di JB, rujuk juga tempat makan menarik di Johor Bahru.

Disemak pada 10 November 2026 berdasarkan sumber dalam talian. Waktu, harga dan status halal boleh berubah — semak dengan premis sebelum datang.

Status halal: Kami hanya menulis halal apabila ada sijil yang dapat disahkan. Setakat semakan ini, hanya Ashhryshoshedap (cawangan Nongchik Riverside) mempunyai sijil JAKIM yang dilaporkan pada Oktober 2026. Status tempat lain belum dapat kami sahkan — semak dengan premis.

Bistro Papa Jenggo

Suasana Bistro Papa Jenggo pada waktu malam
Imej via Bistro Papa Jenggo

Di Bistro Papa Jenggo, asam pedas claypot boleh dipilih dengan ikan mayong, jenahak mahupun pari.

Nasi dihidangkan dalam buluh. Menu lain termasuk shellout, steamboat dan makanan barat, serta pilihan minuman berjus dan air fancy.

Waktu operasi: tidak disahkan

Alamat: Jalan Persiaran Tanjung, Taman Desa Rahmat, Kempas Baru, 81200 Johor Bahru, Johor

Sumber: Facebook · Peta Google

Adam Hawa Cafe

Suasana santai di Adam Hawa Cafe
Imej via Adam Hawa Cafe

Adam Hawa Cafe menawarkan menu tempatan, makanan barat dan makanan Korea.

Set Siakap Crispy Sambal Dua Alam dan Siakap Steam Nyonya mesti sedap dimakan dengan nasi panas. Jika mahukan kelainan, apa kata anda cuba Butter Fried Rice Korean Chicken Wings, Mix Plate Seafood, Mix Plate K-Pop dan Marinate Chicken Grill yang pasti membuatkan anda tersandar kekenyangan dan kesedapan!

Selain makanan, pilihan minuman di sini termasuk minuman berasaskan aiskrim seperti Green Tea Lava, Pink Lava dan Tea Lava.

Waktu operasi: 7.00 petang–5.00 pagi. Waktu buka hari Ahad bercanggah antara sumber (6.00 atau 7.00 petang) — semak dengan premis.

Alamat: Jalan Dato Haji Abdullah, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

Sumber: TikTok pemilik · Peta Google · Waze

Lauk Johor Bahru

Hidangan lauk Johor Bahru
Imej via Lauk JB

Penggemar menu tradisi yang terdiri daripada masakan melayu, memang tidak kira waktu siang atau malam untuk menikmatinya. Namun jika ingin mencari menu-menu tersebut pada waktu malam memang terhad. Jika anda berada di JB, anda boleh datang ke Lauk Johor Bahru yang menyediakan pelbagai menu klasik.

Pelbagai menu unik meanti anda seperti Ketam Haruman Mangga, Kambing Tumisan Selatan, Kambing Lautan Sambal Kuning, Seafood Tebing Johor dan lain-lain. Dengar nama menu pasti ada yang terasa pelik, namun bila anda merasainya sendiri pasti menjilat jari.

Makanan dihidangkan panas-panas.

Waktu operasi: tidak disahkan

Alamat: 49, Jalan Glasiar, Taman Tasek, 80200 Johor Bahru, Johor

Sumber: Peta Google · Facebook · Instagram

Ashhryshoshedap

Sajian makanan di Ashhryshoshedap
Imej via Ashhryshoshedap

Ashhryshoshedap terletak di Nongchik Riverside. Restoran dua tingkat ini mempunyai dekorasi mewah.

Antara menu di sini termasuk Set Nasi Talapia Lempang Lempung, Miang Pla Terguris Hati Tergamak Kau Mungkiri Janji dan Set Siput Masak Lemak.

Pesan sekali bersama Creamy Butter Clam yang didatangkan bersama mantao, yang pasti membuatkan anda makan sampai licin! Bukan menu utama sahaja yang ada, malah anda boleh menikmati pelbagai pilihan pemanis mulut yang terdiri daripada kek, pastri, ais krim dan lain-lain.

Waktu operasi: tidak disahkan

Alamat: No 24, Nongchik Riverside, Jalan Kolam Ayer, 80200 Johor Bahru, Johor

Status halal: Halal — sijil JAKIM untuk cawangan Nongchik Riverside, disahkan Utusan pada 18 Oktober 2026.

Sumber: Utusan, 18 Oktober 2026 · Peta Google · Instagram

Fork N Dagger

Sajian hidangan di Fork N Dagger
Imej via Fork N Dagger by Agora

Fork and Dagger menawarkan pelbagai menu berasaskan makanan barat, termasuk pelbagai jenis pasta, pilihan kambing dan ayam bakar serta menu sampingan lain.

Jika ada diantara ahli keluarga, rakan atau pasangan yang tidak menggemari masakan barat, jangan risau di sini juga ada masakan panas, pemanis mulut dan makanan sampingan yang lain. Karipap Dinasour dan Popia Pisang menu istimewa buat anda yang ingin makan makanan yang ringan sahaja.

Restoran ini berkonsepkan ruangan terbuka, sesuai untuk mereka yang mencari tempat makan di JB waktu malam yang santai dan chill. Berada di ruang ini pasti memberikan keselesaan  dengan suasana yang sejuk.

Waktu operasi: Selasa–Ahad, 6.00 petang–11.30 malam; Isnin tutup.

Alamat: No 29, Jalan Dataran 4/7, Taman Kempas, 81200 Johor Bahru, Johor

Sumber: Peta Google · Waze · Facebook

Nasi Goreng Penumbok

Nasi goreng penumbok yang menggoda
Imej via Nasi Goreng Penumbok

Pasti ramai yang pelik kenapa tempat makan di JB waktu malam ini dinamakan Nasi Goreng Penumbok? Rupa-rupanya mereka menyediakan menu utama nasi goreng pedas sampai rasa nak tumbuk orang! Nak tahu betul atau tidak, kenalah cuba sendiri.

Pelanggan boleh memilih tahap kepedasan yang mereka mahukan dan setiap tahap diletakkan kuantiti cili yang ditetapkan.

Kini premis berada di Tebing, Bandar Dato Onn. Penggemar nasi goreng, apa tunggu lagi? Jom ke sini dan anda boleh pilih beberapa jenis nasi goreng mengikut tahap kepedasan yang anda inginkan!

Waktu operasi: tidak disahkan

Alamat: BOJ-LOT 8 Tebing, Jalan Dato’ Onn Utama, Bandar Dato Onn, 81100 Johor Bahru, Johor

Sumber: Peta Google · Facebook

Port Hutan Cafe

Bahagian dalam Port Hutan Cafe
Imej via PortHutan

Port Hutan Cafe berada di kelilingi tumbuhan yang menghijau.

Port Hutan Cafe menawarkan pizza sebagai menu utama, termasuk Pizza Tuna dan Pizza Beef Pepperoni, serta pilihan panini dan croissant.

Pelbagai pilihan minuman berasaskan kaffein boleh dipilih.

Waktu operasi: tidak disahkan

Alamat: K-09, Jalan Yahya Awal, TMIYC, 80200 Johor Bahru, Johor

Sumber: Peta Google

Restoran Abu & Co

Ruang makan Restoran Abu & Co
Imej via Restoran Abu & Co

Abu & Co menawarkan menu barat.

Chicken Chop dan Lamb Grilled ialah antara menu di Abu & Co. Kuah Blackpaper pekat. Selain menu barat ada juga nasi ayam penyet, nasi lemak dan masakan panas yang lain.

Tempat makan memang selesa, bersih, luas dan cantik. Yang mana suka akan ‘food photography’ pasti puas berada di sini.

Waktu operasi: tidak disahkan

Alamat: 47, Persiaran Tanjung Susur 1, Taman Bukit Alif, 81200 Johor Bahru, Johor

Sumber: Peta Google

Shang Bar & Restaurant

Suasana malam Shang Bar & Restaurant
Imej via Shang Bar & Restaurant

Terletak di Eco Palladium, Shang Bar & Restaurant merupakan sebuah restoran di dalam kedai yang dari luar kelihatan seperti kedai bunga.

Makan malam di sini akan menjadi lebih romantis dengan latar dan tempat khas tersebut. Pada belah malam disini lebih menarik kerana restoran ini dihiasi dengan lampu neon, seakan-akan berada di taman bunga dalam kebanyakan cerita fantasi.

Ramly Chicken Don, Creamy Spicy Squid Ink Harmony with Barramundi dan Grilled Salmon Rice Bowl ialah antara menu di sini, dengan Seaweed Croissant, Corn Cheese Cutles dan Taco sebagai menu sampingan.

Waktu operasi: tidak disahkan

Alamat: Blok B, 01-19, Jalan Ekoflora 7, Taman Ekoflora, 81100 Johor Bahru, Johor

Sumber: Peta Google · Facebook

Belum dapat kami sahkan (5 tempat)

Tempat-tempat berikut mempunyai senarai aktif tetapi tiada bukti bertarikh 2026 yang kami dapati, atau pembukaan malamnya belum disahkan, jadi mereka bukan cadangan kami sehingga disemak semula.

Sirap Selasih

Sirap Selasih menyediakan nasi campur.

Alamat: 12, Jalan Kemajuan, Taman Desa Rahmat, 81200 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: tidak disahkan

Sedang beroperasi, tetapi pembukaan waktu malam belum disahkan — Google dan Waze menyenaraikan sehingga 4.00 petang, manakala Instagram pemilik menyatakan slot makan malam; semak dahulu sebelum datang.

Sumber: Facebook · Instagram · Peta Google

Mood Degil JB

Mood Degil menawarkan set nasi hingga menu barat, termasuk Nasi Degil, Siakap Mantul, Bakso Mercun dan Sambal Degil.

Alamat: 1, Jalan Padi Emas 3/2, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: tidak disahkan

Belum disahkan: senarai aktif tetapi tiada bukti bertarikh 2026 yang dapat kami sahkan untuk status berniaga semasa.

Sumber: Facebook · Instagram · Peta Google

Amysha Village

Amysha Village ialah Ikan Bakar, Seafood & Western di Kempas.

Alamat: Amysha Village, PTD 78617, Kempas Baru, 81200 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: tidak disahkan

Belum disahkan: senarai aktif tetapi tiada bukti bertarikh 2026 yang dapat kami sahkan untuk status berniaga semasa.

Sumber: Peta Google · Facebook

Food Fashion

Food Fashion menawarkan makanan laut, makanan barat dan menu tempatan.

Alamat: 16-01, Jalan Dataran Larkin 6, Taman Dataran Larkin, 80350 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: tidak disahkan

Sedang beroperasi, tetapi pembukaan waktu malam belum disahkan — Waze menyenaraikan sehingga 5.30 petang tanpa sesi makan malam, manakala Instagram pemilik menyatakan sesi malam; semak dahulu sebelum datang.

Sumber: Instagram · Facebook · Waze

D’Kunyah

D’Kunyah berkonsepkan vendor atau gerai-gerai kecil yang menjual aneka makanan.

Alamat: Jalan Kemboja, Kampung Dato Sulaiman Menteri, 81100 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: tidak disahkan

Belum disahkan: senarai aktif tetapi tiada bukti bertarikh 2026 yang dapat kami sahkan untuk status berniaga semasa, dan pembukaan malam juga belum disahkan.

Sumber: Peta Google

Kesimpulan

Pasti rambang mata untuk memilih tempat makan yang ingin dikunjungi.  Ada pilihan lauk pauk tempatan, makanan barat, makanan Thai dan sebagainya. Pilihlah mengikut citarasa dan bajet yang anda ada.

Dah ada tempat makan di JB waktu malam yang mencuri tumpuan anda?

Jom ajak yang tersayang untuk turut merasai keenakan makanan di daerah ini. Selamat menjamu selera!

Banyak lagi pilihan tempat makan best di Johor Bahru termasuklah tempat makan terbaik di Johor Bahru, tempat makan sate Johor Bahru dan kedai kopi Johor Bahru.