Pernah terdengar tentang One Ikan Bakar Bangi?

Ianya merupakan antara restoran ikan bakar yang popular sekitar Bangi dan Kajang. Jika sebut sahaja namanya kepada penduduk sekitar Bangi, pasti mereka tahu restoran ikan bakar mana yang anda maksudkan.

Bukan senang mahu mencari restoran ikan bakar yang popular sekitar sini. Agak-agaknya apa yang membuatkan restoran One Ikan Bakar Bangi ini begitu terkenal? Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

Makanan Laut Yang Berbagai, Sedap Dan Segar

Sesetengah restoran ikan bakar yang popular menyajikan beberapa jenis makanan laut sahaja di restoran mereka. Harga yang ditawarkan pula agak mahal walaupun ikannya bersaiz kecil.

Isu sebegini tidak akan anda hadapi jika anda singgah menjamu selera di restoran One Ikan Bakar Bangi. Hal ini kerana walaupun restoran ini popular, jenis ikan dan makanan laut yang disajikan memang beraneka.

one ikan bakar bangi
one ikan bakar bangi
Imej via Facebook

Antara makanan laut yang disajikan di sini ialah sotong, kepah, kerang, lala, udang, ketam dan pelbagai jenis ikan. Kesemua makanan laut ini bukan sahaja bersaiz besar, malah segar.

Cara Masakan Yang Beraneka

Cara masakan juga boleh dipilih oleh pelanggan. Anda boleh pilih cara masakan seperti bakar kosong, bakar sambal, goreng kunyit, stim limau, butter, berlada, rebus dan tomyam.

one ikan bakar bangi
Imej via Facebook

Kami cadangkan agar anda cuba pesan menu seperti siakap bakar, siakap tiga rasa, sotong goreng tepung, udang butter, tomyam seafood dan lala berlada. Memang secukup rasa, rugi jika anda tak cuba.

Hidangan yang mendapat perhatian ramai ialah ikan bakar sambal. Memang sedap jika dinikmati bersama air asam mereka. Kami yakin anda pasti akan suka!

Kebersihan Terjaga, Servis Terbaik

Jika anda baca ulasan di Internet, rata-rata pelanggan yang singgah di restoran One Ikan Bakar Bangi ini memang memuji restoran dari segi kebersihan dan servisnya.

Imej via Facebook

“Antara kedai paling bersih, cicak pun tiada di dinding” merupakan antara ulasan positif yang ditinggalkan salah seorang pelanggannya. Jelas menunjukkan yang restoran ini sangat menitikberatkan kebersihan.

Dari segi servis pula, pelanggan-pelanggan restoran ini juga mengakui yang servis mereka memang cemerlang. Makanan yang dipesan tidak mengambil masa terlalu lama untuk disediakan, memang terbaik!

Banyak Lagi

Imej via Instagram

Asyik makanan berat sahaja, semestinya anda ingin mencuba hidangan sampingan di restoran ini, bukan? Pesan sahaja sayur-sayuran seperti sayur campur, kailan ikan masin dan kangkung belacan.

Masakan panas di sini juga ada berbagai. Nasi goreng tomyam, nasi goreng seafood, nasi goreng kampung dan banyak lagi jenis nasi goreng turut disajikan di restoran ini.

Kesimpulan

Sudah mula terliur kerana membayangkan keenakkan ikan bakar di restoran ini? Usah berlengah-lengah lagi, singgah sahaja di restoran ini jika anda berkunjung ke Bangi.

Berikut kami sertakan alamat dan waktu operasi restoran. Kami ingin nasihakan anda agar singgah pada waktu yang bersesuaian, takut nanti terlepas peluang nak menikmati ikan bakar yang lazat di restoran ini!

Alamat: Kawasan Perindustrian Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 3 pm – 3 am

Mencari lebih banyak restoran ikan bakar di Bangi? Klik sahaja pada pautan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Selamat menjamu selera!

Restoran Ikan Bakar di Bangi

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.