Anda peminat nasi padang? Nasi padang adalah antara masakan yang wajib anda cuba jika ke Indonesia. Ianya serba ringkas dan sedikit berbeza dengan masakan Melayu.
Kuah atau lauk-pauknya lebih kering kalau dibandingkan dengan masakan mamak di mana kuah banjir adalah benda perlu anda buat untuk merasainya. Jadi, bagi peminat masakan mamak, maafkan kami.
Terdapat pelbagai nasi padang boleh anda cuba sekitar Malaysia. Antara yang terkenal di Ipoh adalah nasi padang Restoran Simpang Tiga. Restoran yang menarik di Ipoh.
D – G, Greentown Square, Jalan Dato Seri Ahmad Said, 30450, Ipoh
Tinggalkan seketika makanan ‘signature’ Ipoh kerana kita akan meninjau makanan dari Sumatera yang mula bertapak di Ipoh. Restoran Simpang Tiga ini merupakan salah satu cawangan restoran tersebut yang berpusat di Medan. Malahan satu-satunya cawangan mereka di Malaysia buat masa ini.
Restoran ini menyajikan nasi padang terbaik dan pastinya resipinya adalah ‘essential’ dari Padang. Melihat dari luar, restoran ini kelihatan begitu mewah dan anda akan mengagak bahawa harganya pasti mahal dan membebankan, tetapi melangkah masuk ke dalam, anda pasti akan rasa selesa dan serasi dengan suasananya.
Melihat hiasan dalamannya dan pakaian para pekerjanya, anda terasa seolah-olah berada di Medan malahan pekerjanya juga sememangnya berasal dari sana.
Daripada harga di atas, kami rasa anda boleh nilaikan sama ada masakan di Restoran Simpang Tiga Ipoh ini mahal ataupun tidak. Bagi kami, ianya harga yang piawai.
Anda pasti akan terliur dengan gambar yang dikongsi oleh kami. Betul! Terutamanya gambar ayam panggannya. Nampak secara jauh pun sudah menyelerakan. Apatah lagi apabila ianya di depan mata.