Selalu sangat makan makanan segera pun bosan juga kan ? Kadang – kadang makanan di Food Court pusat membeli belah pun tidak lah sesedap mana. Jika anda berada di bandar Setia Alam, boleh mencuba hidangan Nasi Kukus Boss di kawasan berhampiran.

Hidangan Nasi Kukus Boss merupakan antara menu yang sangat popular di sini dek kerana keenakan ayam goreng berempahnya yang garing. Nasinya pula tidak begitu kering dan gebu sahaja. Harganya pula sangatlah berpatutan dan pastinya berbaloi dengan hidangan.

Nasi Kukus Boss ini pada mulanya memulakan perniagaan dengan hanya gerai di tepi jalan sahaja. Kemajuan yang dikecapi pemilik gerai ini akhirnya membuahkan hasil yang membanggakan apabila beliau memperluaskan perniagaan dengan berpindah ke bangunan kedai.

Nasi Kukus

Imej via facebook

Bangunan kedai dijadikan sebagai tempat perniagaan yang baru dan lebih selesa. Malah, pelanggan tidak perlu lagi beratur panjang untuk mendapatkan hidangan nasi kukus di sini. Dekorasi dalaman restoran juga agak cantik.

Ruang makannya juga teratur dan dilengkapi dengan kemudahan meja dan kerusi buat para pelanggan. Saiz restoran yang lebih besar membuatkan pelanggan lebih selesa menjamu selera di sini.

Nasi Kukus Berbungkus

Nasi kukus masih lagi disajikan dalam bungkusan asal. Namun, bungkusan nasi kukus ini telah ditambah baik dengan meletakkan jenama di sebelah luar bungkusan. Ini sebagai salah satu promosi tidak langsung kepada para pelanggannya.

Dalam setiap  bungkusan, ia disertakan bersama ayam goreng berempah, sambal kering tempe, acar nenas, ikan bilis, kuah kerutub dan sambal belacan. Ayam goreng berempahnya pula digoreng panas – panas sebelum dibungkus untuk hidangan pelanggan. Aromanya cukup menarik perhatian.

Sambal belacan yang disediakan oleh pekerja restoran begitu mengiurkan. Rasanya yang pedas, masam dan manis membuatkan gabungannya begitu mengasyikkan. Biarpun pedas, namun ia tetap menyelerakan.

Nasi Lemak

Imej via facebook

Bagi yang tidak menggemari ayam goreng, anda boleh juga menjamu selera bersama ayam percik yang tidak kurang hebatnya. Perapan ayam perciknya begitu mesra sekali membuatkan pelanggan senang hati sewaktu menikmatinya. Ada juga pelanggan yang memesan kedua – dua jenis ayam untuk satu hidangan.

Untuk minuman istimewa pula, anda boleh lah mencuba air Coconut Shake nya yang terasa lemak manisnya. Anda tidak akan menyesal jika telah memesannya. Harga bagi sebungkus nasi kukus cuma lah RM 6.50 sahaja. Murah kan?

Menu Malam Yang Berbeza

Pada sebelah malam, restoran ini menyediakan menu lain bagi menambah pilihan pelanggan. Selain nasi kukus, anda boleh mencuba nasi lemak berlauk dan juga roti nan yang gebu.

Nan Cheese

Imej via facebook

Hidangan masakan panas turut disajikan di sini. Bagi yang tidak menggemari nasi kukus, boleh lah memesan nasi lemak berlauk ataupun roti nan bersama kuah kari yang sedap.

Restoran ini sangat padat menjelang makan tengahari yang rata – rata kakitangan pejabat berdekatan gemar menjamu selera di sini.

Alamat : No. 107-G Jalan Setia Gemilang U13/BG, Persiaran Setia Perdana, 40170 Setia Alam, Shah Alam

Penulis: Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.