Nasi Ayam Chee Meng – restoran ini merupakan antara restoran yang sangat tersohor sekitar KL.

Mempunyai 3 cawangan di KL dan satu cawangan di Selangor, jelaslah restoran yang mula beroperasi sejak tahun 1965 ini memang sangat popular di sini.

Dari namanya sahaja pasti anda sudah boleh teka hidangan apa yang popular di Nasi Ayam Chee Meng – semestinya nasi ayam! Ingin mengetahui dengan lebih lanjut? Teruskan membaca!

Nasi Ayam Hainan, Asli & Enak Sekali

Menu inilah yang dikatakan sangat istimewa di restoran ini – nasi ayam Hainan. Nasi ayam Hainan di sini bukan calang-calang nasi ayam ya. Kalau dah terlampau popular, pasti ada keistimewaannya.

nasi ayam chee meng

Imej via Foursquare

Ramai pelanggan memuji ayamnya yang sangat lazat. Kicapnya yang seimbang rasa manis dan masinnya memang mampu menaikkan selera sesiapa sahaja.

nasi ayam chee meng

Imej via Foursquare

Selain itu, isi ayamnya juga sangat ‘juicy’ dan nasinya juga lembut. Sambalnya yang pedas juga merupakan pelengkap selera hidangan ini. Jika dimakan bersama kerabu kaki ayam, pasti berganda kelazatannya!

Hidangan Lain Yang Tidak Kurang Hebatnya

Walaupun namanya restorannya ‘nasi ayam’, tidak bermaksud nasi ayam sahaja menu yang terlaris di sini. Hidangan lain juga menerima tempias yang sama.

naasi goreng cina

Imej via Foursquare

Menu-menu lain yang boleh didapati di sini ialah nasi goreng cina, sotong goreng tepung dan udang mentega. Sesuai jika dinikmati untuk makan malam.

mi wantan

Imej via Foursquare

Kurang menggemari nasi? Cubalah mi di sini! Ada mi wantan, mi hokkien, mi hainan, mi kari dan mi sup. Bukan sahaja menyelerakan malah mengenyangkan!

Servis Terbaik, Kebersihan Terjaga & Harga Berpatutan

Seperti mana-mana pelanggan, semestinya anda menitikberatkan tiga aspek ini sebelum singgah di restoran, bukan? Servis, harga dan kebersihannya memang penting dalam menilai sesebuah restoran.

Jangan risau, ramai pelanggan meninggalkan ulasan yang positif tentang ketiga-tiga perihal ini. Dari segi servis, staf-stafnya dipuji kerana mereka ramah dan selalu membantu pelanggan.

Selain itu, restoran ini memang menjaga kebersihannya. Dekorasinya juga ringkas namun cantik, sesuai untuk anda bersantai bersama keluarga. Harga untuk setiap hidangan juga berpatutan, memang terbaik!

Banyak Lagi

Untuk pembuka selera, anda bolehlah mencuba kerabu kaki ayam dan kerabu mangga mereka. Ramai pelanggan mengesyorkan kedua-dua menu ini dan memuji rasanya yang sedap.

nasi ayam chee meng

Imej via Foursquare

Wantan gorengnya juga merupakan antara pembuka selera yang digemari ramai. Rangup dan lebih enak dicicah bersama sosnya! Untuk kekenyangan yang lebih berganda, pesanlah Tauhu Kukus bersama nasi ayam Hainan.

Kesimpulan

Kami yakin anda pasti tak sabar-sabar mahu mencuba nasi ayam Hainan yang dikatakan tersedap di Bukit Bintang ini. Tengok gambar pun dah terliur, bayangkanlah keenakkannya sendiri.

Jangan berlengah-lengah lagi, lekas sahaja singgah jika anda berpeluang ke Bukit Bintang. Berikut kami sertakan alamat dan waktu operasi restoran.

Alamat: 50, Bukit Bintang Street, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 pagi – 10 malam

Mencari lebih banyak tempat makan menarik di KL? Klik sahaja di link di bawah. Selamat menjamu selera!
31 Tempat Makan Best Di KL

Penulis: Nurul Hani

Nurul Hani

Merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan dan berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.