Sebut sahaja tentang Kelantan, selalunya makanan apa yang terlintas di minda anda? Nasi Kerabu? Kuih Akok? Pasti hampir kesemuanya anda sudah cuba, bukan? Ingin mencuba makanan lain selain makanan tradisional di sini?
Bagi yang merancang untuk ke Kota Bharu di Kelantan dan ingin menerokai tempat makan yang menghidangkan pencuci mulut yang dijamin terbaik dan memuaskan hati dan perut anda, kami tahu kafe apa yang patut anda terjah!
Maraschino Cafe yang baharu saja beroperasi sekitar tahun 2015 ini merupakan antara kafe yang cukup dikenali di Rantau Panjang. Terkenal dengan hidangan pencuci mulut dan makanan Jepun yang berbagai, mari kita lihat apa yang begitu istimewa di Maraschino Cafe ini!
Menu Shibuya Honey Toast ini merupakan antara menu yang paling banyak dipesan di Maraschino Cafe. Diinspirasikan dari resepi Shibuya Honey Toast yang cukup popular di Jepun, menu ini juga cukup popular di Maraschino Cafe!
Roti yang dihidangkan bersama madu, strawberi, gula icing dan dilengkapi dengan aiskrim vanila ini sememangnya manis dan enak. Cukup sesuai buat pencinta makanan manis, dijamin jatuh cinta!
Bagi yang pencinta coklat, kami yakin anda pasti akan menyukai menu ini – Shibuya Toast Banana Chocolate. Menu ini mungkin kedengaran sama seperi Shibuya Honey Toast, tapi ianya versi coklat!
Roti yang disajikan bersama sirap coklat, pisang dan dilengkapi dengan aiskrim coklat ini cukup mengenyangkan dan manis. Yang pasti, ianya juga tidak memuakkan, sampai ada yang tak puas hati kerana ingin tambah lagi dan lagi!
Kepada pencinta kek keju, pernahkah anda terdengar tentang Basque Cheessecake? Menu ini bukan menu kek keju yang biasa. Basque Cheesecake merupakan kek keju hangus yang isinya kaya dengan krim putar.
Merupakan antara kek yang terlaris dijual di Maraschino Cafe, rasa kek keju hangus yang manis dan berkrim ini cukup memikat. Baunya sahaja sudah boleh bikin sesiapa sahaja kecur air liur!
Bagi yang sedang berdiet atau inginkan makanan lain selain pencuci mulut, anda boleh mencuba salad di sini. Jangan terkejut, Maraschino Cafe juga turut menyediakan salad!
Antara salad yang dihidangkan ialah Grilled Beef Salad with Ponzu Sauce. Daging yang dipanggang yang dipotong dadu dan dihidangkan bersama daun salad, timun dan tomato. Bukan sahaja menyihatkan, malah mengenyangkan!
Bukan pencuci mulut sahaja yang terdapat di Maraschino Cafe, hidangan nasi dan pasta juga turut disajikan di sini! Cukup enak dan mengenyangkan dikenakan bersama pencuci mulut terbaik di Maraschino Cafe.
Antara hidangan pasta yang terbaik di Maraschino Cafe ialah Chicken Ham Carbonara. Spaghetti Carbonara yang cukup berkrim yang dihidangkan bersama isi ayam ini cukup enak dan tidak memuakkan.
Bagi yang sudah mula berkeroncong perut setelah membaca tentang menu-menu istimewa di Maraschino Cafe ini, cepat-cepatlah serbu Maraschino Cafe ya!
Terletak di Jalan Padang Garong, Bandar Kota Bharu, Kota Bharu, Kelantan dan beroperasi setiap hari kecuali Selasa, bermula dari jam 12 tengahari hingga 9 malam, cepat terjah Maraschino Cafe sebelum melepas ya!