Laksa Saranghae Ipoh – nama yang menjadi sebutan ramai, terutamanya di kalangan pencinta laksa di Ipoh.

Ipoh merupakan ibu negeri Perak yang kaya dengan pelbagai tarikan, termasuklah tempat makan yang menarik. Tidak hairanlah bandar ini kerap dikunjungi orang ramai walaupun semasa hari minggu.

Jika anda merupakan pencinta laksa, kami yakin anda akan jatuh cinta dengan Laksa Saranghae Ipoh ini. Terletak di Kampung Dato’ Ahmad Said, restoran ini cukup terkenal dengan menu istimewanya. Menu apakah yang dimaksudkan? Teruskan membaca!

Laksa Saranghae, Laksa Sarang Kegemaran Ramai

Laksa telur bersarang merupakan hidangan yang cukup popular di Perak. Ianya merupakan hidangan laksa yang disajikan bersama telur dadar rangup yang bentuknya ala-ala sarang burung.

Jika anda singgah ke restoran Laksa Saranghae ini, anda wajib cuba laksa sarang mereka. Ianya merupakan hidangan yang terlaris di restoran ini di samping hidangan yang lain.

laksa saranghae ipoh
Imej via Foursquare

Rata-rata pelanggan yang singgah ke sini mengakui bahawa laksa sarang di sini memang sedap. Telurnya yang rangup dan bersaiz besar sangat sesuai digandingkan bersama laksa yang secukup rasa.

Berharga sekitar RM 7 semangkuk, ianya cukup berbaloi dengan keenakkan dan kekenyangan yang dijanjikan. Jangan lupa untuk tambah cili potong jika anda penggemar makanan pedas!

Minuman ABC, Manis dan Menyegarkan Tekak

Cuaca pada waktu petang yang panas pasti membuatkan tekak anda berasa kering. Semestinya minuman pencuci mulut seperti ABC mula menjengah di minda, bukan?

laksa saranghae ipoh
Imej via Foursquare
laksa saranghae ipoh
Imej via Foursquare

Cubalah ABC di Laksa Saranghae Ipoh ini! Ada pelbagai jenis ABC yang boleh anda pesan dan untuk ABC Buah, semuanya menggunakan buah yang segar-segar belaka.

Antara yang boleh anda cuba ialah ABC Mixed Fruits, ABC Oreo dan ABC Milo. Jenis ABC yang berbeza, namun sedap-sedap belaka. Rasanya manis dan menyegarkan tekak, namun kemanisannya tidaklah melampau.

Nasi Goreng Yang Berbagai dan Menyelerakan

Kurang menggemari laksa namun masih ingin menikmati makanan berat?Restoran Laksa Saranghae Ipoh juga turut menyediakan menu lain iaitu nasi goreng.

Imej via Foursquare

Ada beberapa jenis nasi goreng yang boleh dicuba. Antaranya ialah nasi goreng ayam, nasi goreng sotong, nasi goreng ikan rebus, nasi goreng udang dan nasi goreng kampung.

Harganya pula sekitar RM 7 – 11 sahaja, sangat berbaloi dengan saiz hidangan yang besar!

Banyak Lagi

Menu di restoran ini memang berbagai, kami yakin anda akan rambang mata setelah melihat pilihan makanan di sini.

Menu lain yang boleh anda pesan ialah capati. Ada capati dal, sardin, telur dhal dan telur sardin. Sesuai dinikmati untuk makan malam.

Imej via Foursquare

Selain itu, makanan berat lain seperti mi goreng, bihun goreng dan kuey teow goreng juga turut disajikan. Sedap dan semestinya mengenyangkan!

Kesimpulan

Mula terliur kerana membayangkan keenakkan hidangan di Laksa Saranghae Ipoh? Usah berlengah-lengah lagi, singgah sahaja jika anda berkunjung ke Ipoh.

Berikut kami sertakan alamat dan waktu operasi restoran. Singgah pada waktu yang bersesuaian ya, takut nanti terlepas peluang nak menikmati laksa sarang yang viral ini!

Alamat: Neger, 1374, Jalan Merak, Kampung Dato’ Ahmad Said, 30020 Ipoh

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 4.30 – 11 pm

Mencari lebih banyak tempat makan menarik di Ipoh? Klik sahaja pada pautan di bawah. Selamat menjamu selera!

Tempat Makan Best di Ipoh

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.