Jika anda penggemar makanan laut terutamanya udang dan ketam, sila lah berkunjung ke Restoran Mee Udang & Ketam Sempoii Diraja yang terletak di Lorong Sg Choh, Tanjung Rambutan. Ia dimiliki oleh Mohd. Perdaus Zahari, dan Noor Badariah Abu Bakar.

Macam – Macam Ada

Pelbagai pilihan udang terdapat di sini seperti udang harimau, udang galah, ketam nipah, king crab serta lobster yang segar dan bersaiz besar. Sebagai pelanggan, anda boleh memilih sendiri saiz ketam atau udang sebelum dimasak untuk dijadikan hidangan.

Menunya pula boleh dipilih sendiri oleh para pelanggan dan tidak terhad kepada satu jenis pilihan tetapi boleh dimasak secara kombinasi pilihan pelanggan. Para pelanggan restoran ini bukan sahaja masyarakat tempatan, malah ada juga pelanggan yang datang dari luar negeri Perak semata – mata ingin merasai sendiri keunikan makanan laut segar di sini.

Mee Udang Ketam

Imej via klezcar

Anda boleh mencuba menu utama di sini iaitu mee udang atau mee ketam yang dihidangkan bersama makanan laut segar. Jangan terkejut kerana hidangan udang dan ketamnya bersaiz besar.

Kesegaran makanan laut yang dihidangkan pasti terasa tatkala anda membuat suapan pertama. Isi ketam dan udangnya dimasak sempurna dan begitu lembut. Rasanya juga cukup sedap dan menyelerakan.

Setiap hidangan yang disediakan bersaiz agak besar dan sangat memuaskan hati. Anda juga boleh mencuba hidangan nasi goreng yang turut disajikan bersama makanan laut samada udang mahupun ketam, lobster bakar telur masin, siakap masak 4G, pelbagai masakan panas berasaskan seafood dan bermacam lagi.

Antara lain yang boleh dicuba adalah minuman yang dihidangkan di sini mempunyai nama – nama yang unik seperti air Mr Arrogant (kombinasi air soda, Ribena dan Sunquick), air Nur Kasih (kombinasi air jagung dan aiskrim), air Ombak Rindu (kombinasi soda, bandung, laici dan aiskrim) dan banyak lagi.

Udang Galah

Imej via tempatmenarik

Purata harga makanan di sini agak berpatutan memandangkan makanan laut yang disediakan adalah segar dan bersaiz besar. Sebaiknya sebelum membuat pesanan, perlulah mendapatkan harga terlebih dahulu kerana harga makanan laut yang terdapat di sini adalah segar dan yang terbaik sahaja.

Harganya pula mengikut harga pasaran semasa. Kebanyakan pelanggan memberikan komen dan review yang sangat positif setelah berkunjung ke restoran ini kerana hidangannya pasti tidak mengecewakan serta berbaloi dengan harga yang dikenakan.

Mee-Udang-dan-Ketam-Sempoi-Di-Raja-Ipoh

Imej via pakarpercutian

Pastikan anda membuat tempahan awal terlebih dahulu terutamanya di hujung minggu dan cuti umum. Kebiasaannya, pada musim cuti restoran ini sering dikunjungi pelangan dari luar.

Bagi mengelakkan perasaan hampa, sebaiknya anda membuat tempahan terlebih dahulu. Restoran ini dibuka mulai jam 4.30 petang hingga 12.00 malam setiap hari dan ia telah menjadi pilihan Jalan – Jalan Cari Makan TV3 suatu tika dahulu.

Alamat : No 51, Lorong Sungai Choh 10, Taman Tanjung Perdana Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, 31150, Ipoh, Perak

Penulis: Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.