Mee hailam merupakan hidangan masyarakat Cina suatu tika dahulu dan sangat terkenal di Pekan Parit, Perak. Namun, dahulu sebelum munculnya Mee Hailam D’Perak ini, terdapat juga masyarakat Melayu yang menjamu selera di kedai makan milik orang Cina yang menyediakan hidangan mee hailam.

Bagi mengelakkan masyarakat Melayu terus menjamu selera di kedai makan bukan Islam, yang belum tentu kesahihan halalnya, seorang anak muda telah menyahut cabaran orang tuanya untuk membuka sebuah restoran yang menyajikan hidangan mee hailam halal buat masyarakat Islam.

Mee Hailam

Imej via facebook

Pada mulanya, Ikram pemilik dan pengusaha Restoran Mee Hailam D’Perak ini telah menerima bantuan geran sebanyak RM 20,000.00 yang memperuntukkan sebanyak lima buah mesin untuk menjalankan perniagaan. Bantuan ini telah digunakan dengan sebaik mungkin untuk menghasilkan mee dan sos sendiri.

250 Hidangan Sehari

Pada peringkat awal pembukaan restoran ini, mee hailam yang terjual hanyalah sebanyak 150 hingga 200 hidangan sehari. Namun kini setelah Mee Hailam D’Perak semakin dikenali, setiap hari, mee hailam ini terjual sebanyak 250 hingga 500 hidangan pada hari biasa. Pada hujung minggu dan cuti umum ia mampu terjual sebanyak lebih 500 hidangan.

Pelanggan yang datang menajmu selera di sini tidak hanya pelanggan tempatan, namun ada juga yang datang dari jauh termasuk Kuala Lumpur, Kedah, Pulau Pinang, Johor, Sabah dan juga Sarawak.

Mee Hailam

Imej via facebook

Tiada Bahan Kimia Terlarang

Mee yang dihasilkan sendiri ini tidak mengandungi sebarang bahan kimia. Pelanggan boleh merasai perbezaan mee yang dihasilkan sendiri agak berbeza dengan mee yang terdapat di pasaran. Pemilik restoran berhasrat memperluaskan hidangan mee hailam ini kepada semua masyarakat tidak mengira bangsa. Hidangan ini turut menjadi tarikan para pelancong untuk mengenali Pekan Parit yang kecil ini.

Segala proses termasuk teknik membuat mee, cili kisar dan sos, resepi dan adunan untuk menghasilkan mee dan kuah diadun sendiri berdasarkan try and error sebelum benar – benar mendapat adunan serta resepi yang terbaik buat pelanggan. Hanya bahan – bahan asli sahaja digunakan untuk memastikan keunikan, kelainan dan keenakan mee hailam yang disajikan buat para pelanggan.

mee hailam

Imej via facebook

Chef di dapur mampu menghasilkan kira – kira 20 hidangan mee hailam dalam masa 20 minit. Kepantasan ini membuatkan pelanggan tidak perlu menunggu lama untuk menikmati hidangan mee hailam di sini.

Harga satu hidangan mee hailam biasa berharga RM 6.00, manakala mee hailam special atau istimewa pula berharga RM 8.00. Sekiranya pelanggan ingin menambah daging, bayaran tambahan adalah sebanyak RM 2.50 dan sayur RM 1.00. Restoran ini yang dibuka mulai jam 3.00 petang hingga jam 11.00 malam setiap hari kecuali Isnin, mempunyai seramai 13 orang pekerja untuk menguruskan operasi restoran ini.

Alamat : Mee Hailam D Perak , Kg Tengah,32800 Parit, Perak

Penulis: Harwati Rukari

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.