Mencari tempat makan best di Sungai Petani?
Sungai Petani adalah lokasi yang tidak kurang hebatnya bila sampai kepada topik tempat makan yang menarik. Jadi, tidak hairan jika ramai yang keliru tak tahu mahu singgah di mana dahulu.
Masih tercari-cari tempat makan best? Jangan risau, berikut kami sertakan 10 tempat makan best di Sungai Petani yang boleh dicuba si kaki makan. Teruskan membaca ya!
Alamat: 108, Jalan Desa Indah, Taman Desa Indah, 08000 Sungai Petani, Kedah
Waktu Operasi: Setiap hari, 7 pagi – 3.30 petang
Jika anda menetap di Sungai Petani, nama restoran ini pasti tidak asing lagi buat anda. Warung Pokok Ceri ini merupakan antara restoran yang cukup terkenal di Sungai Petani.
Imej via Foursquare
Terkenal dengan menu sarapan dan makanan tengah harinya, ada berbagai jenis hidangan yang lazat yang boleh anda cuba di sini. Untuk sarapan, pek nga, roti jala, kuih-muih, nasi lemak dan mi goreng wajib anda cuba.
Untuk menu tengah hari pula, ada berbagai jenis lauk-pauk yang disediakan. Lauk yang digoreng rangup, dibuat gulai, masak lemak, kari, semuanya ada. Dijamin sedap-sedap belaka!
Alamat: C-123, Lorong 10, Taman Sejati Indah, 08000 Sungai Petani, Kedah
Waktu Operasi: Setiap hari, 3 petang – 11 malam
Nama restoran ini cukup sesuai dengan saiz hidangan yang ditawarkan kepada pelanggan. Big Mouth Republic ini menyajikan makanan Barat yang bersaiz besar.
Imej via Foursquare
Hidangan di sini bukan sahaja menjanjikan kekenyangan, malah keenakkan! Antara hidangan yang boleh anda cuba di sini ialah Lamb Chop dan Chicken Chop. Dijamin enak tak terhingga!
Alamat: 199-F, Kampung Bakar Bata, Sungai Petani
Waktu Operasi: Setiap hari, 11 pagi – 3 petang, dibuka semula 6 petang – 11 malam
Restoran rumah kelong ini mempunyai dekorasi yang cantik dan santai. Lamannya dihiasi pokok-pokok dan kolam ikan koi. Ia terletak tidak jauh dari Hotel Park Avenue.
Imej via Foursquare
Menu disini adalah berasaskan masakan Thai. Oleh itu, tom yamnya menjadi pilihan utama pelanggan di samping masakan lain termasuk kari ayam hijau, kangkung goreng, dan rojak.
Alamat: 26&27, Jalan Pahlawan, Taman Lagenda Indah, 08000 Sungai Petani, Kedah
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 5 petang – 12 tengah malam
Biasanya, sesetengah restoran menyediakan nasi goreng yang bersaiz sederhana sahaja. Kadangkala, ada terpaksa memesan hidangan lain kerana tidak kenyang.
Imej via Foursquare
Isu sebegini tidak akan anda hadapi jika anda singgah di Hotmas Restaurant. Hal ini kerana restoran ini ada menyediakan nasi goreng yang bersaiz besar, penuh sepinggan!
Imej via Foursquare
Menu lain seperti tomyam dan makanan Barat seperti Chicken Chop, Chicken Grill dan Lamb Chop juga turut disediakan di sini. Jika tekak kurang berkenan dengan nasi, nikmatilah hidangan Baratnya, pasti lazat!
Alamat: 141-143, Jalan Lagenda, 08000 Sungai Petani
Waktu Operasi: Setiap hari, 8 pagi – 10.30 malam
Imej via Foursquare
Sebagaimana namanya, Chennai Curry House menyediakan menu masakan India. Oleh itu, antara menu yang boleh anda temui ialah nan, thosai, ayam tandoori, kambing varuval, biryani dan sebagainya.
Untuk merasai hidangan yang berbeza, cubalah nasi dihidangkan di atas daun pisang. Rata-rata berpuas hati dengan masakan di Chennai Curry House ini.
Chennai Curry House ini dikatakan bersih dan pelayannya juga mesra serta suka membantu. Pendek kata, servis di restoran ini memang ‘tip top’!
Alamat: 18-20 Jalan Pengkalan, 08000 Sungai Petani
Waktu Operasi: Setiap hari, 6 pagi – 11 malam
Hussain Nasi Kandar adalah antara restoran nasi kandar yang terkenal di Kedah. Restoran ini terletak di Taman Pekan Baru di belakang Bank Hong Leong.
Imej via Foursquare
Sebagaimana restoran nasi kandar yang lain, pelbagai jenis kari disediakan serta menu lain termasuk sambal telur sotong, nasi biryani, ikan keli sambal, puyuh goreng, daging kambing masak kurma, dan murtabak.
Alamat: 2728, Jalan Joget 1, Taman Ria Jaya, 08000 Sungai Petani, Kedah
Waktu Operasi: Setiap hari, 7 pagi – 5 petang
Imej via Foursquare
Papan tandanya besar. Jadi, mudah untuk dikesan tempatnya. Sebagaimana namanya, Nasi Lemak Cinta Sayang terkenal dengan nasi lemaknya. Ada pilihan telur rebus, telur goreng, ayam goreng, kari daging, kentang bercili dan sebagainya.
Jika nasi lemak bukan pilihan anda, anda mungkin mahu menu lain seperti mi goreng atau bihun goreng serta pilihan nasi campur. Seperti biasa, mereka menyediakan pelbagai jenis minuman termasuk teh tarik kegemaran rakyat Malaysia.
Alamat: Jalan Kilang Papan, 08000 Sungai Petani
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Khamis, 3 petang – 1 pagi
Imej via Foursquare
Perkara paling menarik apabila makan di medan selera adalah pelbagai pilihan makanan yang disediakan. Maka, Medan Selera Jam Besar tidak terkecuali.
Anda boleh makan yong tau fu, sate, pelbagai jenis roti termasuk roti arab, dan bubur kacang. Khabarnya ada yang sudah beroperasi lebih 15 tahun di situ dan masih mengekalkan kualiti rasa makanan mereka.
Oleh kerana adanya pelbagai pilihan dengan ruang makan terbuka, maka pelanggan mereka juga ramai. Namun, meletakkan kenderaan bukanlah masalah besar kerana mereka ada menyediakan ruang yang cukup luas untuk pelanggan.
Alamat: 162, Jalan Lagenda, Lagenda Heights, 08000 Sungai Petani
Waktu Operasi: Setiap hari, 11 pagi – 11 malam
Imej via Foursquare
Pallet Café mempunyai gaya hiasan ala hipster yang memberi rasa tenang dan relaks. Bagi sesetengah orang ia menampilkan gaya artistik bercampur sentuhan moden.
Pekerjanya pula amat mesra dan sedia membantu. Lalu, ia menjadi lokasi yang sesuai untuk seisi keluarga dan perjumpaan rakan-rakan. Masakan yang ditawarkan adalah makanan barat seperti lamb chop, grilled chicken, pasta dan pizza.
Alamat: 201 & 202, Jalan Legenda Height, 08000 Sungai Petani
Waktu Operasi: Setiap hari, 12 tengah hari – 3 petang dan dibuka semula 5 petang – 10 malam. Hari Rabu pula dibuka bermula 4 petang -11 malam
Imej via Foursquare
Bukan sahaja menu masakan Malaysia disediakan di sini, malah ada juga menu masakan barat juga turut disajikan. Suasana restoran amat selesa.
Kuantiti makanannya juga agak banyak. Jika anda bukan jenis makan dalam kuantiti yang besar atau tidak betul-betul lapar, anda mungkin tidak dapat menghabiskannya.
Alamat: 300, Lorong Baiduri 7/2, Taman Delima, 08000 Sungai Petani, Kedah
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 10 pagi – 9:30 malam
Melihat namanya sahaja pasti anda boleh teka yang restoran Kedai Makan Kampung ini menyediakan makanan apa – semestinya aneka jenis masakan kampung.
Untuk lauk tengah hari, ada pelbagai jenis lauk yang disediakan. Yang digoreng, dibuat kari dan masak lemak, semuanya ada. Pendek kata, pinggan anda pasti akan penuh dengan lauk!
Imej via Foursquare
Untuk menu lain pula, anda boleh cuba minuman seperti ‘Boba’ yang turut disediakan di sini. Milo kepalnya juga berjaya menarik perhatian ramai, rugi kalau tak cuba.
Alamat: Jalan Bakar Arang, Bakar Arang, 08000 Sungai Petani, Kedah
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 12 tengah hari – 7 malam
Cuaca sekarang yang panas terik pasti membuatkan tekak anda gatal-gatal dan mengidamkan minuman yang menyegarkan tekak, bukan? Apa lagi, lekaslah ‘pekena’ cendol yang terbaik di Pak Nik Cendol ini!
Imej via Foursquare
Cendolnya tidak terlampau manis dan tidak pula cair, cukup sempurna rasanya. Ada cendol pulut dan cendol biasa, kami sarankan anda cuba cendol pulut yang sangat digemari ramai pelanggannya.
Selain cendol, menu lain seperti bihun sup daging, laksa dan rojak buah juga turut disediakan. Memang terbaik kalau dinikmati petang-petang sambil bersantai bersama rakan-rakan!
Alamat: 2, Lorong 12A, Taman Peruda, 08000 Sungai Petani, Kedah
Waktu Operasi: Setiap hari, 9 pagi – 6 petang
Satu lagi tempat makan di Sungai Petani yang wajib anda serbu ialah Restoran Beryani Aqeem. Jika anda lihat ulasan di Internet, rata-rata pengunjung yang mencuba nasi briyani di sini memuji keenakkannya.
Dari luar, nampak seperti restoran biasa sahaja, namun ianya tidak seperti yang anda fikirkan. Kerana briyani yang disediakan di sini memang sangat terkenal.
Imej via Foursquare
Antara lauk yang boleh anda cuba bersama nasi briyani di sini ialah ayam, daging, kambing dan sup kambing. Jangan lupa pesan papadom dan acar bersama, pasti berganda kesedapannya!
Alamat: Bangunan Mdkt, 21C, Jalan Petri, 08000, Sungai Petani, Kedah
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 8 pagi – 6 petang
Restoran ini merupakan antara port sarapan yang agak terkenal sekitar sini. Buktinya, setiap pagi pasti jumlah pelanggan yang memenuhi restoran sentiasa ramai.
Ada pelbagai jenis menu sarapan yang boleh anda cuba. Untuk makanan berat, anda boleh cuba mi goreng, mihun goreng dan kuey teow goreng.
Imej via Foursquare
Roti canai merupakan menu yang kerap dipesan ramai pelanggan di sini. Dicicah bersama kuah kari daging, kami berani jamin anda juga akan turut menggemarinya juga!
Alamat: No. 27 Taman Temusu, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani, Kedah
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 5 petang – 12 tengah malam
Bajet ‘ketat’ namun masih ingin menikmati makanan Barat yang bersaiz besar, enak rasanya dan berpatutan harganya? Singgah sahaja di restoran ini – D’Madinah Corner.
Antara menu yang boleh dicuba ialah Lamb Chop, Chicken Chop, Chicken Grill dan Mushroom Soup. Selain itu, shawarma juga turut disediakan di sini.
Imej via Foursquare
Selain itu, restoran ini juga turut menyediakan set yang berbeza hidangan dan harganya. Sesuai dinikmati bersama keluarga atau rakan beramai-ramai, sedap dan mengenyangkan!
Bagaimana? Sudah jumpa tempat makan mana yang anda mahu serbu dahulu atau sudah rambang mata dan rasa seperti ingin singgah di kesemuanya sekali?
Jangan tunggu lama-lama, lekas sahaja serbu jika berpeluang. Kami juga ingin menasihatkan anda agar datang awal kerana dikhuatiri ruang parkir dan ruang dalam restoran penuh.
Selamat menjamu selera!