Adakah anda peminat tegar makanan laut? Jika ya, kami ada berita baik buat anda. Di Kota Bharu, ada sebuah restoran ikan bakar yang wajib anda singgah jika ke sana – KST Selera Ikan Bakar.
Restoran yang tidak putus-putus menerima kunjungan ramai ini terletak di Wakaf Che Yeh. Lokasinya strategik, jadi tidak hairanlah ramai pelanggan kerap singgah di sini.
Agaknya apa yang membuatkan restoran KST Ikan Bakar begitu popular? Menu apa yang boleh dicuba? Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!
Kalau dah di nama restorannya sendiri ada perkataan ‘ikan bakar’, jelas yang restoran ini memang terkenal dengan menu tersebut. Apa yang istimewa tentang ikan bakar di sini?
Ikan bakar di restoran ini sangat dipuji oleh pelanggan yang pernah mencubanya sendiri. Isinya yang lembut dan juicy membuktikan yang ikannya dibakar dengan sempurna.
Ada berbagai jenis ikan yang boleh didapati. Ikan pari, ikan siakap dan ikan kerapu merupakan antara yang terlaris. Jika dicicah bersama sambal kicap atau sambal belacan, pasti menyelerakan!
Walaupun ada banyak tempat makan yang menyediakan makanan laut, namun tak semua mampu menyediakan makanan laut yang segar. Baunya yang hanyir juga boleh mematikan selera sesiapa sahaja.
Namun, perkara sebegini tidak akan anda hadapi jika anda menikmati makanan laut di restoran KST Selera Ikan Bakar. Kerana makanan laut di sini semuanya segar-segar belaka.
Makanan laut yang boleh didapati ada berbagai. Ada sotong, lala, kupang, kerang, udang dan banyak lagi. Pilih sahaja cara masakan yang anda suka, sama ada dibuat sambal atau goreng tepung.
Teringinkan minuman yang manis dan menyegarkan tekak? Restoran ini juga turut menyediakan bingsu. Bukan senang nak jumpa bingsu di restoran ikan bakar!
Antara bingsu yang boleh didapati ialah bingsu tembikai dan bingsu mangga. Melihat gambarnya sahaja sudah bikin terliur, bayangkan sendiri keenakkan bagaimana!
Saiz bingsu juga agak besar dan potongan buah yang disediakan juga segar. Kalau dimakan seorang pun dijamin kenyang tak terkira.
Sambil menikmati nasi putih panas bersama ikan bakar, semestinya ulam-ulaman wajib ada bersama. Ada berbagai jenis ulam-ulaman yang boleh didapati, pasti enak dicicah bersama sambal belacan atau budu!
Sayur-sayuran juga tidak ketinggalan. Ramai pelanggan memesan sayur kailan ikan masin atau sayur campur. Enak dinikmati sebagai pelengkap selera!
Mula gatal-gatal tekak kerana membayangkan keenakkan hidangan di KST Selera Ikan Bakar? Jangan berlengah-lengah lagi, singgah sahaja jika anda berkesempatan ke Kota Bharu!
Berikut kami sertakan alamat dan waktu operasi restoran. Singgah pada waktu yang bersesuaian ya, takut nanti terlepas peluang pula. Rugi nanti!
Alamat: S/62, Lot 1214, Jalan Kuala Krai, Wakaf Che Yeh, 15100 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Setiap hari, 4.30 petang – 12.30 tengah malam
Mencari lebih banyak tempat makan menarik di Kelantan? Klik sahaja di link di bawah. Selamat menjamu selera!