Dengar cerita makin banyak kedai nasi lemak sedap di Bangi yang berbaloi untuk dicuba lebih-lebih lagi buat penggemar nasi lemak. Keenakan nasi lemak bergantung pada tekstur dan rasa nasi dan sambalnya.
Nasi yang dihidangkan bersama sambal, timun, kacang dan bilis adalah hidangan lengkap nasi lemak. Jika ada yang kurang, pasti rasa tidak lengkap.
Jika ada warga Bangi yang mencari kedai nasi lemak sedap di Bangi, kami sertakan beberapa pilihan kedai yang dicadangkan ramai orang untuk anda turut rasainya keenakan menu kegemaran rakyat Malaysia ini.
Nasi lemak lejen yang telah beroperasi lebih 35 tahun ini menjadi port utama buat penggemar nasi lemak di Bangi. Ramai yang memuji keenakan sambal nasi lemak di sini. Pelbagai jenis pilihan lauk yang pasti membuat anda rambang mata.
Nasi ayam bersama ayam goreng, ayam sambal dan rendang daging antara lauk istimewa yang laku keras di Warong Cik Senah. Paru Kicap juga menu unik dan berbaloi untuk dicuba!
Selain nasi lemak, mereka turut menjual nasi putih bersama lauk tengah hari. Menu lain yang menjadi best seller adalah nasi ayam! Nak sarapan mahupun makan tengah hari pasti puas di Warong Cik Nah.
Alamat: No 5 Jalan 5/12A, Seksyen 5, Bandar Baru Bangi
Waktu operasi: 7.00 am-4.00 pm
Setiap kali ke sini pasti kena beratur panjang lebih-lebih lagi sewaktu hujung minggu dan cuti umum. Dari dulu sampai sekarang, Nasi Lemak Maklong menjadi port pilihan ramai untuk sarapan bagi warga Bangi, Kajang dan sekitarnya. Walaupun ramai, namun servis memang laju!
Satu keistimewaan makan nasi lemak di sini adalah kuantiti hidangannya banyak dan aneka pilihan lauk yang boleh dinikmati. Harga pun murah, sesuai dengan kuantiti dan keenakan nasi lemaknya. Paru berlada, rendang daging
Banyak pilihan lain untuk sarapan dan antara yang menjadi pilihan ramai selain nasi lemak adalah lontong. Kuah lemak pekat dan meriah, makan pula bersama sambal bilis, memang ngam! Aneka kuih-muih juga membuatkan ramai rambang mata termasuklah keria ‘debab’ yang gebu dan sedap dimakan lebih-lebih lagi waktu panas.
Alamat: Jalan Aman, Kampung Sungai Merab Luar, 4300 Kajang, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari (7.30 am-7.00 pm)
Menu lain yang turut dijual di Ishak Nasi Lemak adalah sup, lontong biasa, lontong goreng, mi dan bihun goreng. Bubur nasi berlauk turut menjadi pilihan ramai!
Menu utama semestinya nasi lemak. Lebih banyak pilihan lauk seperti sambal udang, keli berlada, daging goreng dan sambal kerang menu yang perlu anda cuba. Jangan lupa makan bersama ayam goreng berempah yang rangup, isi lembut dan cukup rasanya dengan perapan rempah.
Alamat: Dataran Niaga Surau Al-Kauthar, Seksyen 4 Bangi
Waktu operasi: Setiap hari (Selepas subuh – 12.00 pm)
Ada 12 pilihan nasi lemak serendah RM 5 untuk anda pilih, tidak seperti kebanyakan kedai nasi lemak yang lain yang menyediakan lauk ala buffet. Namun anda boleh memilih lauk ala carte.
Nak tahu apa yang lebih menarik di Nasi Lemak Sepinggan? Ada beberapa pilihan lauk yang luar biasa seperti lamb shank, sotong dan udang celup tepung. Rendang Lamb Shank sangat berbaloi untuk dicuba kerana isinya lembut dan rasanya sempurna!
Lauk biasa tetap ada seperti rendang daging, ayam berempah, paru berlada dan sebagainya. Rasa sambal seimbang iaitu tidak terlalu manis dan tidak terlalu pedas. Sesuai untuk semua golongan untuk menikmatinya. Setiap hari, Nasi Lemak Sepinggan akan menyediakan satu jenis air percuma dan free flow tau! Anda boleh minum banyak mana anda mahukan.
Alamat: Seksyen 9, Bandar Baru Bangi
Waktu operasi: Rabu-Isnin (12.00 pm-10.00 pm) | Jumaat (2.30 pm-10.00 pm)
Nasi Lemak Auntie Ainul mempunyai beberapa cawangan di Selangor termasuklah di Bangi. Istimewanya cawangan Bangi, anda boleh dine-in di sini. Lebih 10 jenis lauk yang boleh anda pilih untuk makan bersama nasi lemak.
Sambal nasi lemak sedap dan pekat. Mana tidaknya, sambal ini dimasak dengan resepi istimewa selama tiga jam! Setiap sambal memang mengiurkan termasuklah sambal kerang, sambal ayam dan sambal sotong. Ini juga nasi lemak lejen yang telah beroperasi lebih 30 tahun.
Berada di perkarangan Masjid Al Hasanah, nasi dagang, lontong, bihun sup, bakso, mi kari udang dan nasi ayam antara menu pilihan ramai! Jika mahukan sarapan yang tidak terlampau berat, anda boleh pilih roti canai dan roti bakar.
Alamat: Hasanah Cafe, Masjid Al Hasanah, Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu operasi: Selasa-Sabtu (7.00 am-3.30 pm) | Ahad (7.00 am-12.00 pm)
Ada yang mencari sambal nasi lemak yang pekat? Kedai Makan Lin Swandee adalah kedai nasi lemak sedap di Bangi yang sesuai dengan citarasa anda. Sekali rasa, pasti rasa nak tambah lagi!
Pilihan lauk juga membuatkan ramai rambang mata. Rendang daging, sambal sotong, paru berlada dan sambal kerang adalah pilihan terbaik untuk makan bersama nasi lemak.
Selain nasi lemak, lebih banyak pilihan menu untuk anda sarapan seperti mi tetel, lempeng, soto, nasi ayam dan sebagainya.
Alamat: 3, Jalan 6B/6, Seksyen 16, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu operasi: Isnin-Khamis (7.00 am-4.00 pm) | Jumaat-Ahad (7.00 am-2.00 pm)
Nama sahaja Nasi Lemak Nismilan tapi bukanlah berada di Negeri Sembilan. Terletak di Bangi Square 2, keunikan nasi lemak di sini adalah mengikut citarasa nogori. Nak tahu rasa nasi lemak Nismilan, kenalah datang dan cubanya sendiri!
Bukan itu sahaja, ada juga menu unik yang pasti anda tidak akan jumpa di tempat lain. Nasi Lemak Sotong Selambak antara menu yang dicari ramai. Nasi lemak ini dihidangkan dengan sotong celup tepung yang rangup di luar dan isinya tidak liat. Dua lagi menu unik adalah tempoyak daun kayu dan rendang pucuk ubi.
Daging Salai Masak Lemak, Creamy Ayam Buttermilk, Rendang Daging Hitam dan Ayam Goreng Berempah antara lauk yang ditawarkan buat pelanggan. Nak jadikan makan tengah hari, makan petang mahupun makan malam pun boleh kerana dibuka dari 12.00 tengah hari hingga 12.00 tengah malam.
Alamat: Lot 21936, Bangi Square 2, Country Heights, 43000 Kajang, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari (12.00 pm-12.00 am)
Nasi Lemak Mak Kimbong tidak kurang hebatnya. Selain terkenal dengan pelbagai menu sedap untuk makan tengah hari, Mak Kimbong juga menjadi port sarapan dengan nasi lemak pilihan warga sekitar Bangi.
Nasi lemak mempunyai beberapa pilihan lauk termasuklah ayam goreng berempah. Ayam goreng berempah antara ayam goreng paling rangup di sekitar Bangi. Selain itu paru goreng, rendang daging dan sambal sotong adalah menu yang dicari.
Untuk menu sarapan disediakan sehingga 10.30 pagi sahaja. Pelbagai menu menarik selain nasi lemak termasuklah sup, menu bergoreng, lempeng, soto, pulut kuning dan lain-lain. Aneka kuih-muih tradisional pasti buat anda nak rasa kesemuanya!
Alamat: Restoran Mak Kimbong, Seksyen 4 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari (7.00 am-5.00 pm)
Ada kedai nasi lemak sedap di Bangi yang pernah anda rasainya sendiri? Jika belum, jom ke salah satu kedai pilihan ramai warga Bangi ini.
Nasi lemak kini sudah menjadi trend untuk dinikmati tidak kira pagi, tengah hari mahupun malam. Nasi lemak sedap semestinya dinilai dari segi nasi dan paling penting adalah sambalnya.
Kebanyakan kedai nasi lemak sedap di Bangi yang tersenarai di atas mempunyai tekstur sambal yang pekat, tidak terlalu manis dan tidak terlalu pedas. Kanak-kanak, dewasa mahupun warga emas boleh nikmatinya tanpa had!
Nak tahu di mana lagi tempat makan best dan sedap di Bangi? Jom terjah tempat makan berikut: