Mencari kedai makan Thai di Kelantan?

Kelantan merupakan negeri yang namanya sentiasa disebut-sebut disebabkan oleh tarikan yang pelbagai.

Salah satu tarikan utama di sini ialah kedai makan Thai. Kami yakin pasti anda tahu yang penduduk Thai memang rata-ratanya berada di Kelantan.

Masih tidak jumpa kedai makan Thai yang best? Jangan risau, berikut kami senaraikan 11 kedai makan Thai di Kelantan. Teruskan membaca!

#1 SIAM – Restoran Ikan Bakar & Thai Street Food

Alamat: 78 No, Seksyen 26 Lot, 4830, Jalan Bayam, 15200 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: Isnin – Khamis, 3 – 10.30 pm manakala Jumaat – Ahad 3 – 11.30 pm

Sukakan street food di Bangkok? Jika ya, anda pasti akan menggemari hidangan di Restoran SIAM yang terletak di Kota Bharu ini.

Antara pujian yang diterima restoran ini ialah tentang keaslian hidangan Thai di samping kelazatannya.

siam - kedai makan thai kelantan
Imej via Foursquare

Menu-menu menarik yang boleh dicuba ialah Daging Bakar Thai atau Sua Rong Hai, Miam Pla dan Pulut Mangga.

#2 Su Tomyam

Alamat: Jalan Tok Kenali, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: Setiap hari, 4 pm – 2 am

Tomyam merupakan hidangan Thai yang popular di Malaysia. Untuk menikmatiya, Su Tomyam merupakan antara restoran yang terkenal dengan hidangan itu.

su tomyam kedai makan thai kelantan
Imej via Instagram

Antara jenis tomyam yang wajib anda cuba ialah Tomyam Ayam, Tomyam Udang, Tomyam Campur dan yang paling menarik, Tomyam Belut.

Selain tomyam, mereka turut menyediakan masakan panas dan lauk-pauk lain seperti Lala Kengsom, Kerabu Mangga dan Mee Sizzling.

#3 Keng Som

Alamat: Jln Kebun Sultan, Bandar Kota Bharu, 15300 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: Setiap hari, 12 am – 10 pm

Nama restoran ini sendiri sudah mencerminkan yang ianya restoran Thai. Buat pengetahuan anda, Kengsom merupakan salah satu cara masakan Thai.

keng som
Imej via Foursquare

Anda wajib cuba Mongolian Chicken, Tomyam Seafood, Daging Phad Phed, Siakap Kengsom dan Udang Bangnara. Sedap dan semestinya asli!

Untuk hidangan pencuci mulut, Pulut Mangga mereka turut terjual laris. Berlemak dan mangganya memang segar.

#4 Farrah Cafe

Alamat: Kampung Chabang Empat, Jalan Kota Bharu – Pengkalan Kubor, 16210 Tumpat, Kelantan

Waktu Operasi: Setiap hari, 4 pm – 12.30 am

Berada sekitar Tumpat? Farrah Cafe merupakan antara restoran selera Thai dan Asia yang namanya menjadi sebutan ramai di situ.

farrah cafe kedai makan thai kelantan
Imej via Foursquare

Untuk hidangan Thai, Boat Noodle merupakan menu yang mendapat sambutan ramai.

Bukan sahaja bersaiz besar dan banyak lauk, malah ianya juga secukup rasa. Kami berani jamin anda pasti akan makan bermangkuk-mangkuk!

#5 Restoran Sri Lemal

Alamat: AH 18, Pekan Pasir Mas, 17000 Pasir Mas, Kelantan

Waktu Operasi: Setiap hari, 1 pm – 2 am

“Bagi penggemar hidangan Thai yang secukup rasa, ini restoran buat anda’ – salah satu ulasan yang ditinggalkan oleh pelanggan restoran ini.

Ini jelas menunjukkan yang Restoran Sri Lemal bukan sahaja menyajikan hidangan Thai yang asli, malah melazatkan!

restran sri lemal
Imej via Foursquare

Menu-menu yang patut anda pesan ialah Tomyam Udang Galah, Siakap Stim Limau dan Udang Galah Phad Prik.

#6 Kahfi Tomyam Seafood

Alamat: Lot 206, Jalan Puteri Saadong, 16250 Wakaf Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: 24 jam

Restoran Kahfi Tomyam Seafood – nama restoran makanan Thai dan Kelantan yang sudah tidak asing lagi di kalangan penduduk Wakaf Bharu.

Restoran yang beroperasi 24 jam ini menyediakan hidangan yang bukan sahaja berbagai, malah enak dan berpatutan harganya.

kahfi tomyam seafood thai kelantan
Imej via Foursquare

Untuk hidangan Thai, anda wajib cuba ialah Miang Pla, Tomyam Seafood dan Pulut Pauh, sangat menyelerakan!

#7 Restoran Payang Serai

Alamat: PT 351-352, Jalan Dusun Raja, Bandar Kota Bharu, 15300 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: Ahad – Khamis 11 am –3 pm, 5:30 – 10 pm, Jumaat 5 – 10 pm dan Sabtu 1.30 – 10 pm

Satu lagi kedai makan Thai di Kelantan yang terbaik ialah Restoran Payang Serai.

Terletak di Kota Bharu, restoran ini bukan sahaja mendapat pujian kerana hidangan Thai, malah kesegaran makanan laut turut dipuji.

payang serai kedai makan thai kelantan
Imej via Foursquare

Ayam Gajus, Telur Dadar Tiram, Siakap Masam Manis dan Daging Mongolia merupakan antara hidangan terlaris di sini.

#8 Sawasdee TEA Coffee

Alamat:  ร้านกาแฟสวัสดี ซอยสวัสดี 45 นรา ซ 3 ถ.เจริญเขต อ, Su-ngai Kolok District, Narathiwat, Thailand

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 11.30 pm

Alang-alang berada berdekatan dengan Sungai Golok, singgah sahaja di kafe Sawasdee TEA Coffee untuk menikmati hidangan asli Thai.

sawasdee
Imej via Foursquare

Menu-menu yang mencuri perhatian ramai ialah Som Tam, Tum Thai dan Tomyam. Pencuci mulut di sini juga bersaiz besar, anda wajib pesan!

#9 Restoran Thai Malay

Alamat: AH18, Kampung Banggol Kulim, 17200 Pasir Mas, Kelantan

Nama restoran ini sendiri sudah menyatakan hidangan apa yang disajikan di sini – semestinya sajian Thai dan tempatan.

Untuk sajian Thai, kebanyakan ulasan yang ditinggalkan oleh pengunjungnya memuji keaslian hidangan Thai di sini.

restoran thai malay pasir mas
Imej via Instagram

Antara menu yang laku keras ialah pulut mangga. Santannya tidak terlalu pekat, namun masih berlemak. Pulutnya lembut dan mangganya juga manis!

#10 KB Thai Restaurant

Alamat: 923-A, jalan yaacobiah, 12500 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: Setiap hari, 3 pm – 12 am

KB Thai Restaurant ini boleh dikatakan popular sebagai tempat makan malam di Kelantan. Terletak di Kota Bharu, lokasinya juga cukup strategik dan mudah untuk anda cari.

Selera Thai merupakan hidangan utama yang disediakan di sini. Anda boleh cuba Miang Pla, Tomyam Poktek dan Ayam Mangga.

#11 วาวาเมี่ยงปลาเผา / Wawa Ikan Bakar

Alamat: 4056, Tambon Pasemat, Su-ngai Kolok District, Narathiwat 96120, Thailand

Waktu Operasi: Setiap hari, 12 – 10 pm

Satu lagi restoran makanan Thai di Sungai Golok yang patut anda terjah ialah Wawa Ikan Bakar.

wawa ikan bakar sungai golok
Imej via Facebook

Miang Pla dan Somtam Mangga merupakan antara menu yang menjadi pilihan ramai. Ikannya juga diakui segar, memang terbaik!

Kesimpulan

Sudah jumpa kedai makan Thai di Kelantan yang ingin dikunjungi? Jika berpeluang ke sini, singgah sahaja satu persatu tempat makan yang kami senaraikan kerana semuanya memang menarik.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.