Mencari kedai nasi kerabu di Kelantan?

Kelantan merupakan negeri Pantai Timur yang memang terkenal dengan budaya serta makanan mereka yang digemari ramai. Jadi, tidak hairanlah negeri ini kerap dikunjungi oleh ramai pelancong luar.

Semestinya antara makanan yang wajib dicuba ialah nasi kerabu. Oleh itu, berikut kami senaraikan 10 kedai nasi kerabu di Kelantan untuk anda. Teruskan membaca!

#1 Lieniey Nasi Kerabu Tumis

Alamat: Jalan Abdul Kadir Adabi, 15200 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: Setiap hari, 7.30 am – 2 pm

Di Kota Bharu, antara kedai nasi kerabu yang sangat popular ialah restoran Lieniey Nasi Kerabu Tumis. Terletak di Jalan Abdul Kadir Adabi, ianya memang kerap dibanjiri oleh pengunjung.

kedai nasi kerabu kelantan
Imej via Foursquare

Keistimewaan utama nasi kerabu ala Golok di sini ialah sambal tumis yang digunakan. Memang secukup rasa, ditambah pula dengan rasa nask kerabu yang memang enak.

Bukan itu sahaja, restoran ini turut menyajikan aneka jenis lauk-pauk seperti ayam, daging, kambing, puyuh dan ikan. Jangan lupa untuk cuba solok lada mereka, bikin rambang mata!

#2 Nasi Kerabu Panji

Alamat: Lot 947, Jalan Hospital, Kampung Belukar, 15000 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: Setiap hari, 6 am – 1.30 pm

Jika anda sebut sahaja nama kedai nasi kerabu ini kepada orang KB, pasti mereka tahu kedai nasi kerabu di Kelantan yang anda maksudkan.

kedai nasi kerabu kelantan
Imej via Foursquare

Selalunya nasi kerabu dinikmati bersama ayam goreng tetapi di Nasi Kerabu Panji, nasi kerabunya memang enak dinikmati bersama kambing bakar. Lain daripada yang lain, rugi tak cuba!

Restoran yang terletak di Kampung Belukar ini dibuka sejak jam 6 pagi lagi, jadi bolehlah anda singgah bersarapan di sini.

#3 Nasi Kerabu Azma

Alamat: 1308, 3, Kampung Baharu, 16210 Tumpat, Kelantan

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 4 pm – 9 pm

Berada sekitar Tumpat? Antara kedai nasi kerabu di Tumpat yang namanya menjadi sebutan ramai ialah Nasi Kerabu Azma.

kedai nasi kerabu kelantan
Imej via Foursquare

Restoran ini menyajikan pelbagai jenis hidangan Kelantan dan salah satu yang popular ialah nasi kerabu.

Nasi kerabu di sini memang enak dinikmati bersama solok lada. Untuk lauk-pauk pula, anda boleh pilih ayam goreng, daging bakar dan gulai ikan. Dijamin menyelerakan!

#4 Su Warong Nasi Kerabu

Alamat: Jalan Kuala Krai, Kampung Sungai Batu, 16450 Ketereh, Kelantan

Waktu Operasi: Setiap hari, 7 am – 3 pm

Sesetengah restoran nasi kerabu menawarkan saiz hidangan yang sederhana sahaja, jadi ianya boleh buat sesiapa sahaja frust, tambahan pula jika mereka datang dari jauh.

kedsi nasi kerabu kelantan
Imej via Foursquare

Isu sebegini tidak akan anda hadapi jika anda menjamu selera di Su Warong Nasi Kerabu, kerana saiz hidangan nasi kerabu di sini memang besar.

Selain itu, nasi kerabunya juga enak dan asli. Lauk-pauk yang boleh anda pilih ialah ayam bakar, kambing bakar, daging bakar dan gulai ikan.

#5 Kak Ma Nasi Kerabu Cherang

Alamat: Jalan Hospital, Kampung Belukar, 15000 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: Setiap hari, 7 am – 2 pm

Satu lagi kedai nasi kerabu di Kelantan yang bikin ramai ketagih dengan nasi kerabunya ialah restoran Kak Ma Nasi Kerabu Cherang.

Imej via Foursquare

Terletak di Kampung Belukar, restoran ini terkenal kerana ianya menyajikan pilihan lauk-pauk yang enak dan berbagai.

Anda boleh cuba nasi kerabu bersama daging bakar, ayam goreng, ikan percik dan ayam percik. Dijamin enak tak terkata!

#6 Nasi Kerabu Daging Panggang @ Abe Yie

Alamat: 15100 Pasir Mas, Kelantan

Waktu Operasi: Setiap hari, 7 am – 12 pm

Sebut sahaja nasi kerabu di Pasir Mas yang popular, pasti nama restoran ini akan menduduki carta teratas – Nasi Kerabu Daging Panggang @ Abe Yie.

Imej via Instagram

Restoran ini menyajikan nasi kerabu bersama daging panggang yang memang padu. Ianya disajikan bersama sambal kicap yang memang secukup rasa, rugi tak cuba.

Bukan daging bakar sahaja, malah anda juga boleh cuba lauk-pauk lain seperti perut bakar dan lidah bakar. Bukan senang nak jumpa kedai nasi kerabu sebegini, jadi lekaslah singgah!

#7 Jijah’s Nasi Kerabu

Alamat: 185, Jalan Tok Sadang, Kampung Pauh, 15350 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 6 pm – 12 am

Di Kampung Pauh, restoran Jijah’s Nasi Kerabu merupakan antara kedai makan yang menyajikan nasi kerabu yang sedap.

Imej via Instagram

Selain daripada menyajikan nasi kerabu yang berwarna kuning, restoran ini turut menyajikan nya juga menyajikan lauk-pauk yang beraneka jenis. Memang menarik!

Antara lauk-pauk yang boleh anda nikmati ialah ikan bakar, kambing bakar, daging bakar dan ayam bakar.

#8 Nasi Kerabu Taman Uda (Nasi Kerabu Ruby)

Alamat: Taman Uda Murni, 15400 Kota Bharu, Kelantan

Mencari port sarapan di kota Bharu? Alang-alang berkunjung ke Kelantan, cubalah nasi kerabu untuk menu sarapan!

Imej via Foursquare

Antara restoran nasi kerabu di KB yang boleh anda kunjungi untuk sarapan ialah restoran Nasi Kerabu Taman Uda yang juga dikenali dengan nama Naasi Kerabu Ruby.

Ada pelbagai lauk yang boleh dipilih untuk nasi kerabu, kami sarankan agar anda cuba ayam bakar dan kambing bakar mereka. Saiz hidangan juga besar, jadi kekenyangan semestinya terjamin!

#9 Che Man Nasi Kerabu Golok

Alamat: alan Pasir Puteh – Machang – Jeli, Kampung Batu Dua Puloh Lima, 18500 Machang, Kelantan

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 6 am – 3 pm

Berada sekitar Machang? Jika anda teringin untuk mencuba nasi kerabu ala Golok, anda wajib serbu restoran Che Man Nasi Kerabu Golok ini.

Imej via Foursquare

Selain daripada menyajikan nasi kerabu Golok yang sedap, harga yang ditawarkan juga dikatakan murah.

Lauk yang wajib anda nikmati bersama nasi kerabu ialah ayam bakar. Aromanya sahaja sudah cukup memikat, bayangkan keenakkannya!

#10 Nasi Kerabu Kak Zah

Alamat: Warung selera kampung, Kampung salak, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Waktu Operasi: Setiap hari, 7 am – 1 pm

Mencari nasi kerabu di tanah merah? antara restoran nasi kerabu yang menambat perhatian ramai di Tanah Merah ialah restoran Nasi Kerabu Kak Zah.

Imej via Foursquare

Lauk yang menjadi kegemaran ramai ialah gulai ayam. Ianya cukup enak dinikmati bersama nasi kerabu, saiz hidangannya juga besar. Sesuai dinikmati sebagai menu sarapan pagi!

Kesimpulan

Sudah jumpa restoran nasi kerabu di Kelantan yang ingin dikunjungi? Jika berpeluang ke sini, singgah sahaja satu persatu tempat makan yang kami senaraikan kerana semuanya memang menarik.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!

Artikel Menarik Lain

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.