Mencari kedai aiskrim di Penang?

Aiskrim merupakan hidangan pencuci mulut yang bukan sahaja manis, malah menyegarkan tekak. Cuaca yang kian panas membuatkan aiskrim kerap diburu untuk melegakan rasa dahaga.

Jika anda melancong ke Penang, jangan lupa untuk segarkan tekak dengan aiskrim. Berikut kami senaraikan 9 kedai aiskrim di Penang. Teruskan membaca!

#1 Ludwig Softserve

Alamat: 37, Lebuh Armenian, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari, 10 am – 10 pm

Ada penggemar aiskrim jenis soft serve di sini? Penang sebenarnya memang terkenal dengan aiskrim jenis soft serve dan salah satu kedai aiskrim yang menyediakan aiskrim jenis ini ialah Ludwig Softserve.

kedai aiskrim penang -ludwig softserve
Imej via Foursquare

Kedai aiskrim yang terletak di Lebuh Armenian ini memang kerap dibanjiri orang ramai. Aiskrim yang menjadi kegemaran pengunjung di sini ialah Sakura & Sea Salt Himalaya, rasa karamel yang manis memang boleh buat ramai ketagih.

Anda juga boleh menikmati hidangan lain seperti wafel yang akan disediakan bersama aiskrim pilihan anda. Wafelnya juga tidak kurang hebatnya, rangup dan lembut. Harganya juga berbaloi dengan kualitinya, sekitar RM 18-25 sahaja.

#2 Haagen-Dazs Pulau Tikus

Alamat: 10-1-368, Bellisa Row, Jalan Burma, Pulau Tikus, 10350 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis, 11.30 am – 8 pm, Jumaat 11.30 am – 9.30 pm

Haagen-Dazs – nama kedai aiskrim yang pasti sudah tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Salah satu cawangan Haagen-Dazs terletak di Pulau Tikus. Sambil berkunjung ke Penang, singgah sahaja di kedai aiskrim ini.

haagen dazs pulau tikus - kedai aiskrim penang
Imej via Foursquare

Bukan sahaja menyediakan aiskrim, malah kek aiskrim yang cukup enak juga boleh didapati. Untuk aiskrim, cuba sahaja aiskrim Belgian Chocolate and Hazelnut, Strawberry Cheesecake dan Macadamia Nuts.

#3 Urban Artisan Cafe Penang Georgetown

Alamat: 122-C, Jalan Burma, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Khamis – Selasa, 1 – 10 pm

Urban Artisan juga mempunyai cawangan lain di Shah Alam. Jika anda teringin untuk menikmati aiskrim soft serve Urban Artisan dan berada sekitar Penang, kunjungi sahaja cawangannya yang terletak di George Town.

Aiskrim soft serve mereka mendapat pujian dari ramai pelanggannya. Kemanisan yang dirasai apabila aiskrimnya mencair di dalam mulut boleh buat sesiapa sahaja jatuh cinta dengannya.

urban artisan penang
Imej via Foursquare

Oceanic Sea Salt dan Strawberry Cheesecake merupakan antara perisa yang terlaris. Untuk wafel, anda harus pesan Bubble Waffle, wafel yang disediakan bersama aiskrim. Bersaiz besar dan semestinya menyelerakan!

#4 Creameal Handcrafted Ice Cream

Alamat: 63, Jalan Gurdwara, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Rabu – Isnin, 12 – 11 pm

Namanya sahaja sudah menggambarkan cara aiskrim di sini dibuat – semestinya dibuat sendiri. Jadi, kualiti aiskrim di Creameal Handcrafted Ice Cream ini memang terjaga, memang wajib diserbu oleh peminat tegar aiskrim.

creameal kedai aiskrim penang
Imej via Foursquare

Hidangan utama yang disediakan di sini ialah wafel yang disajikan bersama aiskrim. Ada pelbagai perisa aiskrim yang boleh dipilih. Antaranya ialah Peanut Butter Coconut, Thai Milk Tea, Earl Grey Lavender dan Latte Rose, cukup beraneka.

#5 Crème De La Crème, CDLC – George Town

Alamat: 203C, Jalan Hutton, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari, 12 am – 10 pm

Crème De La Crème atau CDLC ini juga merupakan kedai aiskrim yang popular bukan sahaja di Penang, malah di Selangor dan KL. Cawangannya yang bertempat di George Town ini turut mendapat sambutan yang hangat daripada orang ramai.

creme de la creme cdlc penang
Imej via Instagram

CDLC menyediakan 100% aiskrim artisanal atau buatan sendiri. Kepelbagaian perisa aiskrim boleh membuat sesiapa sahaja rambang mata. Anda patut cuba perisa Mango Passion, 63% Dark Chocolate dan Hojicha. Manis dan menyegarkan tekak!

#6 Rabbit Softserve & Gelato

Alamat: Pusat Bayaran Setempat, Jalan Padang Kota Lama, Georgetown, 10200 George Town, Penang

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 7 pm

Satu lagi kedai aiskrim di Penang yang menyediakan aiskrim jenis soft serve ialah Rabbit Softserve & Gelato. Ada bervariasi perisa aiskrim soft serve yang kena dengan citarasa ramai di kedai aiskrim ini.

rabbit softserve & gelato penang
Imej via Instagram

Anda boleh cuba wafel mereka yang disajikan bersama gelato vanila di atasnya. Gelato di sini cukup manis dan berkrim dan apabila dinikmati bersama wafel, gabungan keduanya membuatkan kelazatannya berganda-ganda.

#7 Fruitmade

Alamat: Wellings Mansion, 67, Jln Sultan Ahmad Shah, 10050 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Rabu – Isnin, 10 am – 7 pm

Mahu menikmati aiskrim jenis soft serve bersama potongan buah-buahan segar? Pasti enak dinikmati semasa minum petang. Untuk tujuan tersebut, singgah sahaja di kedai yang terletak di George Town ini – Fruitmade.

fruitmade
Imej via Foursquare

Jangan lupa untuk cuba aiskrim buah naga dan mangga yang merupakan antara aiskrim terlaris. Kesegaran buah serta aiskrim yang berkrim memang sangat menyegarkan tekak. Harganya juga cukup berpatutan!

#8 Lick Point

Alamat: Maritime Suite, Kiosk-1st Floor, Karpal Singh Dr, 11600 George Town, Penang

Waktu Operasi: Rabu – Isnin, 2 – 10 pm

Lick Point merupakan kedai aiskrim yang menyediakan aiskrim gulung buatan sendiri. Memang menarik, kerana bukan mudah untuk jumpa kedai yang menyediakan aiskrim gulung. Perisa yang ditawarkan juga ada berbagai.

lick point
Imej via Instagram

Aiskrim gulung di sini dikatakan kaya dengan rasa – pekat dan manis namun tidak memualkan. Ianya berkrim dan memang sesuai dengan citarasa ramai. Bukan aiskrim gulung sahaja, malah Gelato Milkshake mereka turut mendapat sambutan.

#9 Scoops

Alamat: 3, Lebuh Armenian, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 7 pm

Kedai aiskrim Scoops yang terletak di Lebuh Armenian ini boleh dikatakan antara hidden gem. Walaupun bukan mudah untuk dijumpai, aiskrim artisanal yang disediakan memang menjadi kegilaan ramai.

scoop penang
Imej via Instagram

Anda wajib cuba Mint Choco Ice Cream, Peanut Butter Ice Cream dan Coconut Ice Cream. Interior kedai aiskrim yang ringkas dan santai membuatkan ramai pengunjung selesa meluangkan masa di sini.

Kesimpulan

Sudah jumpa kedai aiskrim di Penang yang ingin anda singgah? Semua kedai aiskrim yang kami senaraikan ini memang terbaik, jadi singgah sahaja satu-persatu.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!

Artikel Menarik Lain

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.