Walaupun nak cari kafe ini agak sukar bagi orang luar, namun jika dah jumpa pasti terasa kagum. Kafe ini agak tersorok dan berada di tingkat atas sebuah bangunan lama. Kafe Port Kawan Lama. Bagi pencinta makanan yang sukakan seni, kafe ini pasti wajib dikunjungi. Kafe ini ada jiwa yang tersendiri. Deko klasik dan retro membuatkan anda suka dengan suasana kafe ini.
Salah satu sebabnya cafe ni dibuat di tingkat atas bangunan lama di mana senibinanya masih terpelihara.
Menariknya di dalam cafe ada barbershop.Ini menambah rasa klasik dan keaslian Kafe Port Kawan Lama. Sambil tunggu giliran gunting rambut, boleh menikmati hidangan yang disediakan sambil belek majalah lama.
Majalah yang menggamit memori seperti Gila-Gila, Ujang ,ROTTW, Wanita dan lain-lain ada disediakan untuk dibaca.
Berbalik kepada menu di Kafe Port Lama ia mempunyai menu yang menarik. Anda boleh pesan chicken chop old school atau kepak ayam flying without wings. Jangan lupa untuk mencuba Pokala Island. Iaitu roti bersama chicken pop corn dan salad di dalam mushroom soup.
Untuk pemanis mulut boleh cuba ais krim goreng yang lazat.
Menu-menu di disi walaupun hispter namun gaya klasik tetap ada.
Kafe ini juga ada menampilkan bakat lokal untuk menghiburkan anda.
Port Kawan Lama Cafe & Barbershop
Tingkat Atas,
21 Jalan Dewa,
08000 Sg Petani
Kedah Darulaman.
Lokasi : Hadapan stesen teksi
Waktu operasi: 4pm – 12pm
Cuti setiap Selasa
Call +60 19 524 0587