Bagi peminat kopi pasti cerewet jika ingin menikmati kopi yang sedap. Ada juga penggemar kopi yang sanggup jalan jauh mencari kopi. Di Alor Setar terdapat kafe yang menghidangkan kopi sedap. Kafe Kopi & Roti.

kafe kopi & roti

Imej via Facebook

Pemilihan nama kafe yang bermula dengan perkataan kopi itu bermaksud kopi menjadi fokus utamanya diikuti roti. Kafe ini menggunakan biji kopi terbaik dan berkualiti bagi memastikan pelanggan terutamanya penggemar berpuas hati dengan rasa kopi yang dihidangkan.

Kopi Sedap di Kafe Kopi & Roti

Antara minuman kopi yang ditawarkan di kafe Kopi & Rooti  ialah espresso, long black, latte, flat white, cappuccino dan mocha. Minuman lain seperti coklat, teh kamomil, jasmin, english breakfast dan earl grey turut ditawarkan.

Bagi roti pula, terdapat pelbagai pilihan yang pasti menjadi idaman anda. Terdapat roti-roti Itali dan Perancis. Antaranya, baguette, ciabatta, croissant, panini, focaccio dan laugen dengan pilihan inti daging lembu, ayam atau tuna.

kafe kopi & roti panini

Selain itu, ada juga pastri seperti brownies coklat dan brownies matcha serta kek. Makanan berasaskan roti itu menjadi pilihan kepada orang ramai yang tidak mahu mengambil nasi untuk makan tengah hari atau malam.

Roti yang paling digemari pelanggan ialah croissant ayam dan ia sememangnya mengenyangkan.

Dengan harga yang berpatutan Kopi & Roti menjadi tumpuan peminat kopi. Harga minuman kopi antara RM7 hingga RM9 manakala roti antara RM7.80 hingga RM10.

Menampilkan konsep minimalis, kafe ini mewujudkan suasana tenang dan ruang kelihatan lebih luas.

INFO

kafe kopi & roti deko

Kafe Kopi & Roti
No 6, Kompleks Perniagaan Utama,
Jalan Sultanah Sambungan,
05150 Alor Setar, Kedah

Kopi & Roti dibuka setiap hari dari 9.00 pagi hingga 10.00 malam. Pada hari Jumaat, kafe ditutup dari pukul 12.00 tengahari hingga 3.00 petang untuk solat Jumaat.

Website : https://www.kopidanroti.com/

 

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka jalan cari tempat makan menarik.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.