Dalam banyak restoran nasi arab di Sungai Petani, ini antara yang terbaik , sedap serta tak jemu untuk dikunjungi . Jom beramai ramai ke Restoran Al Azzim , yang menyediakan hidangan nasi mendy bertempat di Lagenda Height, Sungai Petani. Rahsia mereka masih bertahan dan kekal mendapat sambutan ialah kerana nasi mendy mereka menggunakan rempah ratus asli dan berkualiti tinggi.

restoran al azzim

Cuba rasai pilihan nasi mendy dihidangkan dengan daging kambing dan ayam yang lembut dan menyelerakan.

Makanan yang menjadi kegemaran ramai di sini adalah nasi mendy kambing. Kalau anda nak bayangkan macam mana rasa mendy kambing ini, rasanya seperti makan nasi minyak lauk kambing yang berempah. Anda pasti terpukau dengan rasa lemak mendi kambing ini.

Dengan nasinya yang wangi, lembut dan panjang dapat bangkitkan selera semua orang. Nasi mendy ayam pula memang lain dari lain ye.  Tak sama dengan restoran nasi arab yang lain. Ayamnya yang lembut, dan terasa rempah-rempah yang boleh naikkan bau ayam tersebut. Sungguh enak! Sup pun sedap dan sambalnya pun tak terlalu pedas. Dilengkapi dengan salsa dan hirisan lemon.

Bagi yang datang bekeluarga boleh pesan Family Combo iaitu nasi talam kambing atau ayam. Boleh juga campur kedua-duanya. Satu talam boleh makan sehingga 6 orang.

nasi talam Al Azzim

Tak lupa juga sampingan iaitu shawarma dan salad. Terdapat juga pilihan makanan barat. Chicken grill sedap ya amat untuk dicuba.

Restoran Al Azzim Pilihan Untuk Sambutan Majlis

Yang menariknya Restoran Al Azzim mempunyai ruang yang luas dan sangat selesa. Sesuai untuk mengadakan apa jua majlis rasmi atau santai bersama rakan sepejabat dan saudara mara.

Pekerja Al Azzim, memang peramah dan layan sangat bagus. Tak perlu tunggu lama pun, makanan akan sampai ke meja anda.

Bagi harga yang ditetapkan oleh Al  Azzim sangat berpatutan, dan mampu dimakan oleh semua orang. Memang murah tau. Kalau nak cakap mahal, tengoklah kualiti kesedapan yang Al Azzim sediakan. Tengok berbaloi ke tak berbanding dengan restoran lain. Hidangan di sini sangat sedap di  Sungai Petani.

Bagaimana Hendak Ke Sini?

Restoran Al Azzim ini terletak di kawasan Lagenda Height. Kalau anda biasa dengan kawasan ini ia berada berdekatan dengan pasaraya besar Tesco Utara. 5 minit dari susur keluar Sungai Petani Utara jika menggunakan lebuhraya Utara-Selatan

Informasi Restoran

Lokasi: No. 245, Jalan Lagenda 9 , Lagenda Height, 08000 Sungai Petani

No Tel: 019-575 5566

Facebook : Al Azzim

Dibuka setiap hari kecuali Selasa. 11.00 pagi hingga 11.00 malam

Terdapat juga servis penghantaran ke pejabat atau rumah anda.

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka jalan cari tempat makan menarik.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.