Korang pernah makan bingsu tak? Ia merupakan makanan  macam ais kacang ala Korea. Tapi lebih besar dan tinggi. Letak pun dalam mangkuk yang besar. Cuma yang uniknya dengan menggunakan ais susu sebagai asas. Rasa bingsu itu lebih lemak berkrim dan kaya dengan rasa yang korang mesti tak pernah rasa sebelum ni. Di Alor Setar ada satu restoran yang menjual bingsu. Beans N Beans Aman Central.

beans N beans aman central

Imej Via Google

Beans N Beans ni merupakan cafe dessert yang berkonsepkan dessert cafe dari Korea. Semua menu-menunya adalah menu Korea.

Makan Bingsu di Beans N Beans Aman Central

Bingsu Choco

Inilah makanan paling popular kat sini! Sedap! Lembut je ais dan tak manis sangat. Walaupun nampak extreme, tapi boleh dihabiskan jika makan ramai-ramai. Jangan datang makan Bingsu sorang-sorang tau. Jenuh korang nak habiskan nanti

Peminat makanan Korea wajib singgah di sini. Wajib cuba menu utama Beans N Beans iaitu Bingsu. Bingsu di Beans N Beans ada pelbagai perisa. Choco , Caramel Popcorn , Patgi , Greentea , Cheese  dan Konggi.

roti bakar

Yang ni pun korang patut cuba jika makan di sini.

Sebenarnya  ada macam-macam lagi hidangan di Beans N Beans ni. Antara yang popular adalah roti bakar. Royi bakar ni pun ada beberapa pilihan seperti  Cinnamon Honey, Croque Monsieur, Redbean Cheese dan Injulmi Honey.

Chicken Bulgogi Sandwich

Kalau korang tak mahu makan Bingsu, boleh cuba Chicken Bulgogi Sandwich bersama kopi atau teh

Satu lagi tarikan di Beans N Beans Aman Central adalah dekorasi cafe ini. Dekorasi Beans N Beans cukup ringkas. Sesuai untuk dijadikan tempat melepak sambil membaca buku atau mencari idea.

Pendek kata, Beans N Beans adalah salah satu Korean Cafe yang wajib dikunjungi! Datanglah sini to feel like you’re in Korea. Makanan sedap dan suasana yang tenang.

Korang kalau nak cuba dessert dari Korea ini, boleh singgah di :

Beans N Beans Aman Central

Lot 4-23A, No.1 Aman Central, Lebuhraya Darul Aman

05100 Alor Setar

Kalau tak jumpa, cari saja GSC Cinema. Ada dekat situ ja.

Untuk promosi dan menu-menu sedap, jangan lupa follow Page Beans N Beans

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka jalan cari tempat makan menarik.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.