Nama bandaraya Ipoh yang merupakan ibu negeri Perak ini memang tidak asing lagi di negara kita. Bukan sahaja terkenal dengan destinasi pelancongan yang menarik seperti taman tema, museum dan sebagainya, kafe-kafe di sini juga apa kurangnya!

Zaman sekarang, kafe-kafe ‘hipster’ yang mengetengahkan konsep urban ini cukup terkenal, terutamanya di kalangan remaja. Bukan sahaja kerana menu-menunya yang menarik, interior di kafe-kafe ini yang cukup cantik juga bikin ramai tertarik.

Bagi yang bercadang untuk berkunjung ke Ipoh atau sedang menetap di sana, adakah anda masih tercari-cari kafe ‘hipster’ yang manakah yang patut anda serbu? Jangan risau, kami ada senarainya. Jadi, teruskan membaca ya!

Nah senarai tempat makan hipster di Ipoh patut anda terjah.

#1 Kafe Patisserie Boutique

Patisserie Bputique

Imej via Foursquare

Nama kafe ini pasti buat anda terbayangkan kafe-kafe di kota Paris, bukan? Interior di kafe Patisserie Boutique ini juga persis kafe-kafe yang cantik di Paris. Logo Menara Eiffel juga ada di pelbagai sudut kafe ini, memang menarik!

Sea Salt Chocolate Cheesecake @ Patisserie Boutique

Imej via Foursquare

Menu-menu utama di sini ialah berasaskan pencuci mulut dan pastri yang luar biasa keenakan dan hiasannya! Antaranya ialah kek Chocolate Chestnut, Sea Salt Chocolate Cheesecake dan banyak lagi, memang bikin kecur air liur!

Alamat: 103, Jalan Sultan Yusof, 30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu, bermula dari jam 11 pagi hingga 6 petang

#2 Kafe Cakchibow

Cakchibow Cafe

Imej via Instagram

Bukan sahaja interior di kafe ini sahaja yang unik, nama kafe ini juga kedengaran unik buat anda, bukan? Bagi yang tertanya-tanya, perkataan ‘Cakchibow’ ini diambil daripada perkataan ‘cakcibo’ yang bermaksud ‘pepatung’ dalam dialek Perak!

Menu @ Cakchibow Cafe

Imej via Foursquare

Di Cakchibow Cafe, kebanyakan menu yang boleh didapati ialah berasaskan makanan Barat. Yang paling istimewa, kebanyakan bahan mentah seperti daging burger dan sos dibuat sendiri dan bukan jenis ‘segera’, memang terbaik!

Alamat: 122, Jalan Sultan Iskandar, Taman Jubilee, 30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Khamis, 5 petang hingga 12 tengah malam

#3 Thumb’s Cafe

Kafe ini merupakan antara kafe yang cukup terkenal di Ipoh. Bukan sahaja kerana makanan yang enak dan harga yang berpatutan, interiornya juga cantik! Sebut sahaja Thumb’s Cafe, pasti ramai penduduk Ipoh tahu tentang kewujudannya!

Chicken Chop @ Thumb's Cafe

Imej via Foursquare

Interior @ Thumb's Cafe

Imej via Foursquare

Terkenal dengan makanan Barat seperti Chicken Chop dan Meatball, interior kafe ini juga sangat unik dan cantik. Mengetengahkan konsep ‘kampung’, jika dilihat dari luar kafe ini kelihatan seperti warung zaman 70-an! Memang menarik!

Alamat: 133, Jalan Sultan Abdul Jalil, 30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Selasa, bermula dari jam 6 petang hingga 1 pagi

#4 Kafe Burps & Giggles

Burps & Giggles

Imej via Foursquare

Burps & Giggles

Imej via Foursquare

Seperti namanya, kami yakin anda pasti akan meninggalkan kafe ini dengan rasa kenyang dan gembira yang tidak terhingga. Interior kafe yang artistik dan berkonsepkan santai serta hidangan makanan Barat semestinya enak menjadi tarikan utama kafe ini!

Creamy Mushy Goodness @ Burps & Giggles

Imej via Foursquare

Menu di sini juga cukup beraneka! Dari hidangan utama, burger, pencuci mulut, pasta dan banyak lagi, semuanya ada! Antara menu yang menjadi kegemaran ramai ialah menu pasta di sini, anda wajib merasai keenakannya sendiri!

Alamat: 93-95, Jalan Sultan Yusof, 30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Waktu operasi: Setiap hari, pada hari minggu bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang manakala pada hujung minggu bermula dari jam 9 pagi hingga 9 malam

#5 Warteg Ipoh

Restoran yang berkonsepkan moden ini baharu sahaja dibuka tahun lalu, namun sambutan yang diterima sangat menggalakkan! Menghidangkan makanan yang beraneka, dari Nasi Uduk ke Kimchi, interior restoran ini juga cukup moden dan santai!

javanese set @ Warteg Ipoh

Imej via Foursquare

Antara menu yang digilai ramai pengunjung di sini ialah Javanese Set, set yang menghidangkan udang karang yang bersaiz besar sebagai hidangan utamanya. Cukup sesuai dikenakan bersama rakan-rakan atau ahli keluarga, dijamin mengenyangkan!

Alamat: 73, Jalan Raja Musa Aziz, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, bermula dari jam 4 petang hingga 1 pagi

#6 Konda Kondi Cafe & Bistro

interior @ Konda Kondi Cafe & Bistro

Imej via Foursquare

Nama kafe ini pasti tidak asing lagi, baik di kalangan penduduk Ipoh mahupun pengunjung. Kafe yang mendapat jolokan ‘kafe hipster’ ini cukup terkenal dengan menunya yang berbagai dan semestinya, interiornya yang unik.

chicken chop & nachos @ konda kondi cafe & bistro

Imej via Foursquare

Menu di sini cukup berbagai. Dari pasta, burger, pencuci mulut, sebut sahaja apa yang terlintas di minda – semuanya ada! Antara menu yang disukai ramai pelanggan di sini ialah Nachos El Capitan, Chicken Chop dan banyak lagi!

Alamat: 183, Jalan Sultan Idris Shah, Taman Jubilee, 30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Selasa, bermula dari jam 6 petang hingga 12 tengah malam

#7 EightMiles Burger Banjir

Dari namanya sahaja kita sudah boleh teka yang kafe ini menghidangkan makanan apa, bukan? Kafe EightMiles Burger Banjir yang berkonsepkan moden ini cukup terkenal dengan hidangan burger banjir yang enak-enak dan berpatutan harganya.

Burger Banjir @ Eightmiles Burger Banjir

Imej via Foursquare

Antara burger banjir yang acap kali dipesan pelanggan di kafe ini ialah burger ayam, burger lembu dan burger anab. Daging burger yang cukup segar dan sos yang pekat yang membanjiri burger menjadi punca utama ramai pelanggan ketagih dengannya!

Alamat: Kampung Melayu, 31250 Tanjung Rambutan, Perak Darul Ridzuan

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Selasa, bermula dari jam 6 petang hingga 1 pagi (Ahad – bermula dari jam 6 petang hingga 12 tengah malam)

Banyak juga restoran dan kafe ‘hipster’ di Ipoh ini, bukan? Ini baharu sahaja sedikit yang kami senaraikan, kami yakin pasti ramai di kalangan pembaca yang sudah mula memasang niat untuk menerjah restoran dan kafe ‘hipster’ di Ipoh ini, bukan?

Bagi yang ingin mengunjungi restoran dan kafe ‘hipster’ yan kami senaraikan, anda digalakkan untuk datang lebih awal kerana dikhuatiri tempat parkir dan tempat duduk penuh. Selamat menjamu selera ya!

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.