Mencari kafe di Bangsar untuk dilawati?
Bangsar merupakan sebuah bandar yang cukup popular dan menjadi tarikan di Kuala Lumpur.
Nama pun bandar, semestinya tempat makan di sini juga ada berbagai. Salah satunya ialah kafe moden.
Masih tidak jumpa kafe yang ingin disinggah di Bangsar? Tidak mengapa, berikut kami senaraikan 14 kafe di Bangsar buat anda. Teruskan membaca!
Alamat: No. 8, Jalan Kemuja, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari, 8 am – 6 pm
Lisette’s Café & Bakery ini boleh dikatakan antara tempat makan di Bangsar yang paling popular.
Menyajikan hidangan Barat, kafe ini terkenal dengan pencuci mulut mereka yang cukup beraneka.
Menu sarapan mereka juga turut mendapat sambutan yang hangat. Breakfast Buffet adalah hidangan buffet yang wajib anda cuba.
Alamat: 2, Jalan Galloway, Bukit Bintang, 50150 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari, Isnin – Khamis 8.30 am – 5 pm, Jumaat – Ahad 8.30 am – 11 pm
Jika anda menetap di KL, pasti anda biasa terdengar nama kafe VCR ini, bukan? Ianya merupakan antara kafe hipster yang sangat terkenal.
Tambahan pula jika anda merupakan pencinta kopi, nama kafe yang berkonsepkan moden dan klasik ini pasti sudah tidak asing lagi.
Kafe VCR ini cukup terkenal dengan kopinya. Anda wajib cuba Capuccino, Latte dan Long Black. Set sarapan mereka juga turut mencuri perhatian!
Alamat: Jalan Tandok, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari, hari minggu 11 am – 10 pm, hujung minggu 10 am – 10 pm
Kafe Naj & Belle ini boleh dikatakan agak terkenal di kalangan pelajar universiti kerana lokasinya yang cukup strategik.
Menyajikan hidangan selera Barat, menu-menu yang disajikan di sini sememangnya diakui berkelas oleh kebanyakan pengunjungnya.
Anda boleh cuba Squid Ink Spaghetti, Watermelon Cake, Iron Mike Burger dan Pavlova. Berbagai selera dan semestinya melazatkan!
Alamat: Nadi Bangsar, Unit No. Retail 1, Ground Level, 16, Jalan Tandok, 59100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari, 8 am – 10 pm
Menikmati makanan yang sihat dan berkualiti tinggi untuk sarapan pasti mampu membangkitkan mood pagi anda.
Untuk itu, singgah sahaja di La Juiceria Superfoods Signature. Ada hidangan berat dan snek yang rata-ratanya memang sesuai untuk yang berdiet.
Quinoa Fried Rice with Lemongrass Chicken Thigh, Pesto Pasta dan Duck Soba merupakan antara menu terlaris, rugi jika tak cuba.
Alamat: 24G, Jalan Telawi 2, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari, 8 am – 10 pm manakala Jumaat 8 am – 10.30 pm
Restoran yang menyajikan hidangan Perancis yang asli bukan mudah untuk dijumpai. Di Bangsar, antara restoran makanan Perancis yang popular ialah Yeast Bistronomy.
Sebut sahaja jenis hidangan yang anda mahu – dari makanan berat hingga ke pencuci mulut, pasti ada tersenarai.
Anda boleh menikmati croissant, Oeufs Pochés Benedictine atau egg benedict dan Escargot. Bukan sahaja sedap, malah asli!
Alamat: Lot M, 29-5, Jalan Riong, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 9 am – 5 pm
Breakfast Thieves adalah kafe brunch yang diiktiraf. Ianya menyajikan santapan Australia yang dipengaruhi oleh selera Asia, sangat menarik!
Hidangan brunch yang wajib anda cuba jika ke kafe ini ialah Mr Terry Benedict. Daging yang diperap 24 jam dengan perasa lada hijau adalah tarikan utama menu ini.
Selain itu, My French Lady juga ialah menu yang menggamit selera. Ianya adalah french toast yang disajikan dengan strawberi dan krim, sangat sedap!
Alamat: 29-01, Jalan Riong, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari, 8 am – 5 pm
Ada peminat tegar kopi di sini? Jika anda penggemar kopi, PULP adalah kafe di Bangsar yang patut anda kunjungi.
Meyediakan pelbagai jenis kopi yang berkualiti tinggi, kami yakin anda pasti akan terpikat dengan aroma kopi yang cukup harum di sini.
Anda boleh pesan cold brew, flat white, piccolo dan espresso. Untuk makanan pula, Chocolate Truffle Cake adalah menu yang laku keras.
Alamat: 7A, Jalan Telawi 2, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 11 am – 7 pm
Tercari-cari kafe yang menyajikan kek terlajak sedap di Bangsar? Salah satu kafe yang wajib anda terjah untuk tujuan itu ialah Jaslyn Cakes.
Kek yang mencuri hati ramai ialah Vanilla Bean Cheesecake dan Earl Grey Chiffon. Lembut, gebu dan manis!
Selain itu, anda juga boleh mencuba pencuci mulut lain. Antaranya ialah Banana Yogurt Loaf dan Sticky Toffee Pudding.
Alamat: G5, 8, Jalan Kerinchi, Bangsar South, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari, 8 am – 10 pm
Kafe moden yang konsep interiornya elegan dan minimal – gambaran yang tepat untuk kafe Botanica + Co yang terletak di Bangsar ini.
Hidangan selera Barat dan Asia yang disjaikan di sini ada banyak jenis. Menu yang paling laris di sini ialah Truffle Fries, sesuai dijadikan snek.
Untuk hidangan pencuci mulut, anda patut pesan Churros Donut Stack, Banana Butterscotch Cake dan Lemon Meringue Tart.
Alamat: G108 & GK2, Bangsar Shopping Centre, 285, Jalan Maarof, 59000 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari, 8 am – 9.30 pm
Berada di Bangsar Shopping Centre? Alang-alang membeli-belah, singgah sahaja menjamu selera di Huckleberry.
Kafe ini menyediakan hidangan Barat yang berbagai jenis. Dari salad, sandwic, sup, pasta dan pencuci mulut, semuanya ada disajikan.
Cuba sahaja French Toast, Smoked Duck Aglio Olio, Fish and Chips dan Truffle Carbonara Pasta. Dijamin menyelerakan!
Alamat: Level 1 F18 Bangsar Village, 2 1, Jalan Telawi 2, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari, 10 am – 10 pm
Di Bangsar Village II, nama kafe Marmalade ini sudah tidak asing lagi. Ianya adalah kafe moden yang sesuai disinggah untuk tujuan bersantai.
Hidangan-hidangan seperti Aglio Olio, Spaghetti Pesto Chicken, Egg Benedict dan Duck Carbonara merupakan antara yang menjadi rebutan.
Alamat: 23A, Jalan Telawi 3, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 10 pm
Ingin singgah menikmati makan tengah hari di kafe yang santai? Salah satu kafe yang terletak di Bangsar yang patut anda singgah ialah Fittie Sense.
Yang istimewa tentang kafe ini ialah kebanyakan hidangan yang disajikan memang cukup menyihatkan dan mengenyangkan.
Antara menu yang boleh dipesan ialah zoodles, vegan burger, avocado toast dan sweet potato fries yang mendapat pujian ramai.
Alamat: 5, Lorong Kurau, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, hari minggu 10 am – 6 pm, hujung minggu 9 am – 6 pm
Sebaik sahaja melangkah masuk ke kafe Podgy Kurau ini, anda pasti dapat merasakan suasana kafe yang bukan sahaja santai, malah selesa.
Terkenal dengan kopi yang beraneka jenis, antara yang boleh anda nikmati ialah flat white, mocha, long black dan latte.
Untuk hidangan pencuci mulut, lemoncurd tart mereka adalah menu yang sentiasa meniti di bibir pelanggan. Manis dan berkrim!
Alamat: UGF-28A, Bangsar Village II 2, 2, Jalan Telawi 1, 59100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari, 10 am – 10 pm
Kafe di Bangsar sememangnya terkenal dengan hidangan brunch, dan salah satu kafe yang terbaik di sini ialah Nutmeg.
Nutmeg menyediakan hidangan selera Barat yang rata-ratanya m=bersaiz bsar. Set sarapan mereka iaitu Big Breakfast memang bikin ramai terliur!
Selain itu, kafe ini juga turut menyediakan hidangan sarapan lain seperti Southern Fried Breakfast, Salmon Eggs Ben dan French Toast.
Sudah jumpa kafe di Bangsar yang ingin diserbu? Jika berpeluang ke sini, singgah sahaja satu persatu kerana semuanya menarik.
Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!