Sepertimana yang kita tahu, Penang ni memang kaya dengan pelbagai jenis makanan. Tak hairanlah makin banyak restoran-restoran mahupun gerai-gerai yang dibuka untuk memenuhi selera pencinta makanan. Sekarang ni pun makin banyak kedai makan yang menyediakan makanan yang sedap-sedap. Pergilah ceruk mana pun pasti ada saja kedai yang viral dengan menu yang best. Lagi bertambah menarik bila kedai makan tu siap bertema bagai. Warga Penang mungkin ada yang masih tak tau ada lagi port western food dan burger yang semakin viral kebelakangan ini dan anda wajib kunjungi. Pelbagai menu western di sini nampak menyelerakan dan sedap sekali. Js 17 Cuisine telah beroperasi hampir 3 tahun pasti menjadi pilihan anda.

JS 17 Cuisine

Imej via Facebook
Chicken Chop Chezzy Burger

JS 17 Cuisine Ternyata Famous Western Food di Penang

Tidak silap lagi trademark JS 17 Cuisine Famous Western Food ni. Memang famous sebab setiap hari pasti ramai yang singgah untuk menikmati burger dan western food sedap yang lain.

Bagi mereka yang suka makan burger penuh dengan keju dan sos yang melimpah-limpah, di sini tempatnya.

Yang bestnya  Cheese Sauce dia dimasak sendiri dan bukannya Cheese Sauce beli dalam botol. Sebab tu dorang tak kedekut sos.

Sos lada hitam (blackpaper sauce) pun homemade. Sebab tu rasa dia sedap.

Soft Crab Special Cheesy

Kalau anda nak tahu, menu yang menjadi tarikan adalah Soft Crab Special Cheesy. Ramai pelanggan memuji keenakan burger ini. Soft crab tu memang terasa kemanisan daging ketam ni. Ketam dicelup dengan adunan tepung dan digoreng. Memang sedap.

Satu lagi Chicken Chop Chezzy Burger. Yang tu memang ramai order. Burger dah la bertingkat-tingkat. Ayam pun sedap.

Selain itu burger daging dia memang power. Menggunakan 100gram homemade patty. Kalau nak tahu harga di sini bermula dari RM 5. Murah betul.

burger

JS 17 Cuisine Ada 2 Cawangan

Untuk memudahkan pelanggan, terdapat 2 cawangan yang boleh dikunjungi.

Satu terletak di Lot 17 Kompleks Letak Kereta Bertingkat MBPP Llebuh Pantai 10300 Georgetown Pulau Pinang. Landmark dia senang ja berada di dalam bangunan letak kereta bertingkat di hadapan Standard Chartered Bank.

Waktu operasi 11.00pagi – 10.30mlm

Isnin sehingga Sabtu

Cuti Ahad

Satu lagi cawangan terletak di salah sebuah tempat makan popular di Penang iaitu Padang Brown. Gerai ini berada di Lot 45 Kompleks Makanan Padang Brown, Jalan Dato Kramat Pulau Pinang. Kalau datang sini kena sabar sebab ramai pelanggan. Tetapi berbaloi tunggu sebab makanan semua sedap-sedap belaka.

Waktu operasi 4.00 petang sehingga 11.00mlm

Cuti hari Selasa

Bagi yang datang bercuti di Penang, jangan lupa singgah di sini. Untuk maklumat lanjut boleh layari Facebook.

Bagi warga Penang (tak termasuk Balik Pulau) perkhidmatan penghantaran di sediakan boleh hubungi talian 0175377747

western food

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka jalan cari tempat makan menarik.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.