Mancari jenis kurma untuk dinikmati?
Kurma merupakan sejenis buah yang tumbuh dari pokok palma genus Phoenix.
Antara khasiat utama buah kurma termasuklah bagus untuk sistem penghadaman dan melancarkan sistem peredaran darah dalam badan.
Bukan sahaja kaya dengan khasiat, malah ianya juga ada berbagai jenis. Untuk itu, berikut kami senaraikan 15 jenis kurma untuk anda kenali. Teruskan membaca!
Nama kurma ajwa sudah tidak asing lagi di negara kita. Ianya terjual laris di serata negeri, sehinggakan stok kurma ini sentiasa memenuhi pasaraya.
Bersaiz kecil, warnanya gelap, isinya tebal dan mempunyai rasa yang manis, kurma Ajwa ini berasal dari Madinah Munawara, Arab Saudi.
Antara khasiat utama kurma Ajwa ialah ianya bersifat anti-radang, baik untuk sistem pencernaan dan kaya dengan antioksidan yang membantu merendahkan paras kolestrol.
Disebabkan kualitinya yang tinggi serta khasiat yang banyak, kurma Ajwa ini kerap menerima permintaan tinggi walaupun harganya sedikit mahal.
Bagi yang menggermari kurma yang separa kering, anda pasti menggemari jenis kurma ini – kurma Rabbi.
Kurma ini berwarna hitam, mempunyai tesktur yang lembut dan bersaiz sederhana. Berasal dari Iran, ianya mempunyai nilai ekonomi yang paling banyak di situ.
Antara khasiat kurma Rabbi ialah ia mampu meningkatkan fungsi sistem pencernaan, membantu melegakan ketegangan saraf dan digunakan sebagai rawatan penyakit seperti Anemia dan tahap lemak tinggi.
Kurma Rabbi ini sesuai dijadikan pembuka selera. Kualitinya juga tinggi, memang berbaloi untuk anda cuba,
Sekali imbas, kurma ini kelihatan seakan-akan kurma Ajwa. Namun, ianya berbeza dari segi bentuknya.
Kurma Mabroom adalah sejenis kurma kering kering yang ditanam di Arab Saudi di Semenanjung Barat. Ia berwarna merah gelap, dan bentuknya memanjang. Isinya kenyal dan rasanya sedikit manis.
Kurma ini tinggi dengan serat yang baik untuk sistem pencernaan. Selain itu, ianya juga kaya dengan antioksidan yang bagus untuk kesihatan otak.
Disebabkan rasanya yang sedikit manis, ianya juga sesuai dijadikan sebagai pemanis dalam makanan. Enak juga dijadikan pembuka selera!
Kurma Mazafati memang terkenal dengan jolokan ‘kurma tersedap di dunia’. Bukan sahaja enak, malah rupa kurma ini sendiri memang cantik.
Ia ditanam di wilayah Iran selatan, terutama di Bam, jadi disebabkan itulah kurma ini turut dikenali dengan nama ‘kurma Bam’.
Kurma ini berwarna gelap, mempunyai tekstur yang lembut dan licin, kaya dengan isi dan mempunyai rasa yang manis.
Kurma Mazafati kaya dengan zat dan vitamin seperti kalsium, magnesium dan vitamin A. Oleh sebab itu, ianya sesuai dijadikan sebagai snek yang menyihatkan.
Kurma Medjool ini merupakan antara kurma yang tertua yang berasal dari negara Timur Tengah dan Afrika Timur.
Mula ditanam sejak 6000 tahun yang lalu, kurma ini berwarna merah keperangan dan bersaiz besar.
Kandungan kalorinya tinggi tetapi ianya penuh dengan nutrien dan antioksidan yang dikaitkan dengan banyak manfaat kesihatan.
Kandungan seratnya baik untuk sistem pencernaan dan kesihatan jantung sambil menurunkan risiko untuk menghidap beberapa penyakit kronik.
Satu lagi jenis kurma yang mempunyai rasa seakan-akan kurma Ajwa ialah kurma Safawi, yang turut berasal dari Madinah.
Kurma Safawi adalah jenis kurma lembut dan kering yang mempunyai warna hitam pekat, panjang bentuknya dan bersaiz sederhana.
Kurma ini dikatakan baik untuk merawat anemia dan kemabukan. Ia juga baik untuk sistem pencernaan.
Agak-agaknya kurma separa kering yang manakah yang paling sedap? Ianya adalah kurma ini – kurma Piarom!
Kurma Piarom adalah sejenis kurma yang nipis, berbentuk bujur, bersaiz besar dan berwarna coklat gelap.
Ianya mempunyai rasa unik dan manis, seperti gula-gula karamel. Disebabkan rasanya yang enak, ianya merupakan antara kurma yang eksklusif.
Kurma memang sesuai dijadikan sebagai snek, tambahan pula jika ianya mempunyai rasa yang manis dan tekstur yang tidak melekit.
Ini merupakan antara punca kurma Sayer sesuai dijadikan sebagai snek. Ia mempunyai bentuk bujur memanjang, rasanya manis dan teksturnya unik.
Antara khasiatnya ialah kurma ini meningkatkan fungsi saluran pencernaan dan kandungan zat besi yang tinggi dalam kurma juga berguna untuk orang yang mengalami anemia.
Tertanya-tanya kurma apakah yang digunakan secara meluas dalam bidang bakeri? Kurma tersebut ialah kurma Kabkab.
Kurma Kabkab ini berasal dari Iran dan ianya mampu membesar di mana-mana daerah di Iran kerana cuaca di situ sesuai untuk pokok kurma.
Kurma ini mempunyai bentuk bujur yang panjang dan mempunyai tekstur yang sedikit basah. Rasanya juga manis.
Kaya dengan zat besi, kurma ini sememangnya baik untuk sesiapa yang menghidap anemia.
Kurma yang berasal dari Iraq Utara ini dikenali dengan nama kurma Zahidi. ‘Zahidi’ di sini bermaksud kuantiti yang kecil.
Warna kurma Zahidi ini sedikit unik kerana ianya berwarna keemasan atau perang. Rasanya pula seperti kekacang, memang menarik!
Kurma Zahidi sangat berkhasiat dan kaya dengan sumber serat. Ia mengandungi zat besi, kalium, vitamin B, flavonoid, antioksidan dan hampir semua 20 asid amino.
Terkenal di Algeria, kurma Thoory ini juga dikenali dengan nama ‘kurma roti’ kerana ianya sesuai dinikmati bersama roti.
Buahnya bersaiz sederhana hingga besar memanjang. Warnya coklat keemasan dan matang pada akhir musim.
Kurma kering ini mempunyai rasa yang sedikit manis dan ada juga yang mengatakan rasanya seperti kekacang.
Deglet Nour ini turut dikenali dengan nama kurma diraja, menunjukkan yang ianya merupakan antara kurma yang paling eksklusif.
Berasal dari Algeria, Deglet Nour mempunyai rasa kurma yang unik dan premium. Kurma yang separa kering ini berbentuk panjang dan nipis.
Antara khasiat Deglet Nour ialah ianya mengandungi flavanoid yang merawat keradangan dan keratenoid yang mencegah penyakit jantung.
Agak-agaknya kurma apa yang paling manis dan berkrim? Kurma tersebut ialah kurma Barhi yang berasal dari Iraq.
Secara umum, kurma Barhi mempunyai tahap kemanisan yang berbeza dan ini bergantung pada tahap kematangannya.
Untuk khasiatnya, kurma Barhi kuning adalah sumber serat, zat besi, kalium, vitamin B, flavonoid dan antioksidan yang terbaik.
Kurma Dayri adalah kurma separa kering dari selatan Iraq. Ianya dinamakan Dayr bersempena dengan tempat di mana sebuah biara berada.
Ianya berwarna coklat gelap hingga hitam dan sangat lembut. Ia kurang tekstur berserat yang cenderung dimiliki oleh beberapa jenis yang lain.
Kurma Dayri adalah sumber serat makanan yang sangat baik. Ianya juga kaya dengan kandungan kalium, protein, zat besi, asid folik dan vitamin B.
Mengidamkan kurma yang rasanya manis seperti madu dan karamel? Inilah dia kurma yang sesuai dengan anda – kurma Halawi!
Nama kurma ini sendiri bermaksud ‘manis’ dalam bahasa Arab. Ianya berasal dari Iraq.
Tekstur kurma ini kenyal dan lembut. Ia bersaiz kecil hingga sederhana dan warnanya coklat keemasan.
Bagaimana? Sudah jumpa jenis kurma yang ingin anda cuba? Atau rambang mata kerana semuanya kelihatan enak dan berkhasiat?
Tidak mengapa, cuba sahaja satu-persatu, kerana setiap jenis yang disenaraikan ini mempunyai khasiat yang tersendiri. Selamat mencuba!
Mencari artikel lain untuk dibaca? Klik sahaja pada pautan di bawah.