Mencari info tentang jenis cili?

Cili, cabai atau lada merupakan sayuran yang berasal dari negara Barat dan kini ditanam secara meluas di negara yang beriklim tropika di serata dunia.

Cili mempunyai spesis dan aneka yang tersendiri. Tahap kepedasan setiap jenis cili juga berbeza, jadi kegunaannya dalam masakan juga berlainan.

Tertanya-tanya tentang jenis cili? Agaknya jenis apa yang paling pedas? Berikut kami senaraikan 9 jenis cili untuk anda. Teruskan membaca!

#1 Cili Besar Merah

Cili besar merah adalah tanaman dari genus Capsicum yang merupakan anggota keluarga Solanaceae. Cili merah banyak digunakan dalam banyak masakan sebagai rempah untuk menambahkan kepedasan hidangan.

jenis cili
Imej via Alibaba

Di Malaysia, cili ini juga merupakan antara variasi cili yang ditanam secara meluas kerana penggunaannya yang kerap di kalangan orang kita.

Cili ini juga tidak terlalu pedas, jadi tahap kepedasannya ialah sekitar 15 – 16,000,000 SHU sahaja, membuatkan ia laku keras jika dijual.

Harga yang ditawarkan untuk cili ini juga bergantung kepada cuaca semasa dan harganya akan melonjak naik semasa musim kemarau kerana susah didapati.

#2 Cili Besar Hijau

Tadi cili besar yang berwarna merah, kali ini kita terokai cili besar berwarna hijau pula. Agak-agak apa beza mereka ya?

jenis cili
Imej via Spice the Plate

Beza antara cili besar merah dan cili besar hijau terletak kepada tahap kepedasannya. Cili besar hijau ini rasanya lebih pedas berbanding cili besar merah.

Tahap kepedasannya antara 15 – 16,000,000 SHU, sama seperti cili besar merah namun ianya tetap lebih pedas. Jadi, cili ini sesuai digunakan untuk menyediakan hidangan pedas seperti sambal hijau.

Bukan itu sahaja, ianya juga turut digunakan sebagai bahan utama untuk solok lada, hidangan negeri Kelantan yang sangat terkenal.

#3 Cili Padi

Cili padi atau cili api ini mempunyai dua jenis warna – merah dan hijau. Sama seperti cili besar, ia merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Solanaceae.

jenis cili padi
Imej via Amazon

Cili padi ini digunakan secara meluas dan mendapat permintaan yang tinggi di negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Sama seperti pepatah ‘kecil kecil cili api’, cili api atau cili padi ini saiznya kecil sahaja. Namun, tahap kepedasannya lebih pedas berbanding jenis cili yang lain.

Cili padi mempunyai tahap kepedasan sebanyak 50,000 – 100,000 SHU, jauh lebih pedas berbanding lada jalapeño, sangat pedas!

#4 Lada Benggala

Mesti anda tertanya-tanya, lada benggala ini jenis cili ke? Ya, ianya merupakan jenis cili. Cuma ianya dikelompokkan sebagai lada yang kurang pedas dan manis rasanya.

Imej via Old Farmer’s Almanac

Ia tergolong dalam kumpulan Grossum dari spesies Capsicum annuum. Lada benggala boleh didapati dalam pelbagai warna seperti merah, kuning, oren, hijau, putih, dan ungu.

Sama seperti kebanyakan cili yang lain, lada benggala ini berasal dari Mexico dan Amerika Tengah.

Tahap kepedasannya ialah 0 SHU, jadi usah risau jika anda tidak tahan pedas. Ia sesuai digunakan sebagai sayuran untuk hidangan seperti pasta.

#5 Cili Siam

Cili Siam merupakan cili bersaiz kecil dan panjang yang berasal dari negara Thailand. Kelihatan sama seperti cili padi, namun ada beza yang tersendiri.

Cili Siam ini mempunyai tahap kepedasan 50000 – 100000 SHU, sama seperti cili padi. Namun, cili padi selalunya lebih pedas berbanding cili Siam.

cili siam
Imej via Shopee

Harga cili Siam juga berbeza mengikut cuaca semasa di Thailand. Jika berlakunya banjir di sana, harganya boleh melambung tinggi kerana ianya agak susah untuk didapati.

Jika anda sukakan masakan Thai, cili inilah yang kerap digunakan untuk membuat hidangan seperti tomyam. Tidak pedas, namun masih menyengat!

#6 Cili Jalapeño

Melihat rupanya dan warnanya yang terang, pasti anda sangka yang cili jalapeño ini pedas. Namun, ianya tidak seperti yang disangka.

Jalapeño ini mempunyai tahap keedasan 3500 – 8000 SHU sahaja. Ianya merupakan antara jenis lada yang tidak pedas.

jalapeno jalapeño
Imej via Spicegarden

Jalapeño adalah kultivar cili yang bersaiz sederhana dari spesies Capsicum annuum. Cili jalapeño yang matang panjangnya 5-10 cm dan mempunyai lebar 25-38 mm.

Setelah masak, jalapeño akan bertukar kepada warna merah. Rasanya kurang pedas dan lebih segar.

#7 Cili Kering

Cili kering merupakan antara variasi cili yang digunakan dalam masakan, terutamanya di negera-negara Asia. Ini termasuk juga dengan Malaysia.

Cili kering atau lada kering ditambahkan ke dalam masakan seperti sambal, kari dan juga sup untuk menambahkan rasa pedas.

cili kering
Imej via Amazon

Cili yang digunakan untuk membuat cili kering ialah cili besar merah. Untuk membuatnya, cili besar merah perlu dijemur di bawah sinaran matahari hingga ianya menjadi kering.

Cili kering ini sesuai juga dijadikan untuk membuat cili kisar dan cili boh. Harganya tidak semurah cili yang lain, namun ianya masih berpatutan.

#8 Ghost Pepper

Nama ghost pepper ini pasti sudah biasa anda dengari. Tambahan pula jika anda merupakan penggemar makanan pedas, ghost pepper ini sememangnya popular!

ghost pepper
Imej via Pepper Scale

Berasal dari India, nama sebenar ghost pepper ialah Bhut Jolokia. Ianya mempunyai tahap kepedasan 1,041,427 SHU, memang sangat pedas!

Ia adalah kacukan Capsicum chinense dan Capsicum frutescens yang berkait rapat dengan lada jenis Naga Morich, lada yang ditanam di Bangladesh dan India.

#9 Carolina Reaper

Tertanya-tanya tentang jenis cili apa yang paling pedas di dunia? Inilah dia – Carolina Reaper!

carolina reaper
Imej via Totally Tomato

bentuknya tidak secantik cili yang lain, namun kepedasannya pasti akan membuat anda teringat-ingat akan cili ini.

Tahap kepedasan Carolina Reaper ini boleh mencecah 2 juta SHU, jadi tidak hairanlah ianya memecahkan rekod ghost pepper.

Kesimpulan

Bagaimana? Sudah jumpa jenis cili yang ingin anda cuba? Atau rambang mata kerana semuanya kelihatan menarik untuk dinikmati?

Tidak mengapa, cuba sahaja satu-persatu, kerana setiap jenis yang disenaraikan ini mempunyai keunikan dan kepedasan yang tersendiri. Selamat mencuba!

Artikel Menarik Lain

Mencari artikel lain untuk dibaca? Klik sahaja pada pautan di bawah.

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.