Mencari jenis bawang?

Bawang merupakan sejenis tumbuhan yang kerap digunakan dalam masakan. Bukan itu sahaja, ianya juga kaya dengan khasiat. Jadi, bawang turut digunakan dalam bidang perubatan tradisional.

Dalam bidang masakan, setiap bawang ada kegunaan yang tersendiri. Jika salah guna, boleh menjadi satu masalah kepada masakan itu.

Hal ini kerana jenis bawang ada beraneka. Untuk itu, berikut kami senaraikan 8 jenis bawang untuk anda. Teruskan membaca!

#1 Bawang Putih

Bawang ini pasti kerap anda lihat atau gunakan dalam masakan, bukan? Tambahan pula jika di kalangan orang Asia, bawang putih memang digunakan secara meluas.

jenis bawang putih
Imej via Insider

Bawang putih adalah adalah tanaman abadi dalam keluarga Alliaceae dan genus Allium. Bawang ini tidak tumbuh di hutan, dan dianggap berasal dari spesies Allium longicuspis.

Dalam bidang perubatan, bawang putih digunakan untuk mengurangkan tekanan darah, meredakan selsema dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

Dalam bidang masakan, sering digunakan sebagai agen perasa tetapi juga boleh dimakan sebagai sayur.

#2 Bawang Merah

Bawang merah adalah bawang yang berkulit coklat dengan isi keunguan. Ianya mempunyai beberapa lapisan dan saiznya sederhana kecil.

jenis bawang merah
Imej via BBC Good Food

Kadangkala, bawang ini rasanya manis dan ada juga yang rasanya pedas, bergantung kepada kualitinya. Bawang ini ditanam dengan meluas di negara Asia kerana popularitinya.

Berbanding bawang lain, aroma bawang merah ini agak kuat. Dalam bidang masakan, ianya digunakan sebagai agen perasa dan juga boleh dinikmati sebagai sayuran yang dihiris.

Dalam bidang perubatan, bawang merah ini berfungsi untuk menjaga kesihatan tulang, mengurangkan tekanan darah dan melawan kuman.

#3 Bawang Holland

Bawang Holland ini merupakan sejenis bawang yang bersaiz besar yang kulitnya berwarna perang manakala isinya berwarna kuning cair.

jenis bawang holland
Imej via Southern Exposure Seed Exchange

Berbanding bawang yang lain, isi bawang Holland ini memang tebal. Baunya tidak sekuat bawang merah, menjadikannya sesuai digunakan dalam pelbagai masakan.

Dalam bidang masakan, ia digunakan sebagai bahan untuk mencukupkan rasa sesebuah hidangan. Ia juga digunakan untuk membuat onion ring.

Bukan itu sahaja, ia juga berguna dalam bidang perubatan. Iakaya dengan antioksidan, dapat mengawal paras gula dalam darah dan bagus untuk sistem penghadaman.

#4 Bawang Kecil

Bawang kecil ini sebenarnya bawang merah, tetapi saiznya lebih kecil. Ianya berbentuk bulat, tirus di hujungnya dan kulitnya berwarna merah keunguan.

jenis bawang kecil
Imej via Shopee

Cukup manis dan ringan untuk dimakan mentah, kulit bahagian luar dan isi bawang merah ini menyerlah, menjadikan hirisannya sesuai untuk dijadikan hiasan dalam makanan.

Khasiat bawang kecil dalam bidang perubatan ialah mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, menurunkan paras gula dalam darah dan bertindak sebagai agen antilelah.

Dalam bidang kosmetik, bawang kecil juga ada memainkan peranan. Air bawang yang diekstrak boleh digunakan untuk mengatasi masalah kutu, sangat bermanfaat!

#5 Bawang Besar

Bawang besar ini juga merupakan antara bawang yang dikategorikan dalam bawang merah, namun saiznya lebih besar dari yang lain.

Berbeza dengan bawang kecil yang boleh dimakan mentah, bawang besar ini rasanya sedikit berangin. Isinya juga tebal dan sedikit keras berbanding jenis yang kecil dan sederhana.

jenis bawang
Imej via Berita Harian

Dalam bidang masakan, bawang besar ini digunakan untuk hidangan yang berempah dan pedas. Jadi, bawang jenis ini memang digunakan secara meluas di negara Asia.

Antara manfaatnya dalam bidang perubatan ialah bawang besar ialah ia boleh mengawal paras gula daram darah dan meningkatkan kesihatan jantung.

#6 Bawang Putih (Besar)

Jangan keliru, bawang putih bukan sahaja bersaiz kecil. Ia juga mempunyai variasi yang lain di mana saiznya lebih kurang saiz bawang besar.

Namun begitu, isinya tidak seperti bawang putih biasa. Lapisan isi bawang putih besar ini menyerupai isi bawang besar, namun warnanya pucat. Ia juga mempunyai aroma yang agak kuat.

bawang besar
Imej via Tesco

Antara kegunaannya dalam masakan ialah ia digunakan untuk melengkapkan rasa, dan hirisannya boleh digunakan sebagai hiasan dalam hidangan.

Untuk khasiatnya, bawang ini kaya dengan antioksidan yang melindungi sel tubuh daripada radikal bebas. Selain itu, ia bagus untuk kesihatan tulang dan jantung.

#7 Bawang Mutiara

Bawang mutiara ini jarang didengari, namun ianya turut digunakan secara meluas dalam bidang masakan, terutamanya di negara Indonesia.

Ianya mempunyai variasi warna iaitu putih, merah dan kuning. Saiznya kecil dan isinya juga agak tebal.

bawang mutiara
Imej via Serious Eats

Kulit bawang ini juga sukar untuk dikupas, jadi anda perlu merebusnya supaya kulitnya menjadi lembut.

Dalam bidang masakan, bawang ini digunakan untuk dipanggang, dibuat acar atau disajikan dalam salad.

#8 Daun Bawang

Ini merupakan bahagian untuk bawang yang kerap digunakan dalam masakan – daun bawang. Warnanya hijau cair dan ianya juga ringan.

daun bawang
Imej via Allrecipes

Berbanding kebanyakan bawang, daun bawang mempunyai rasa yang ringan dan aroma yang harum. Disebabkan itu, ia sesuai digunakan sebagai perasa dalam masakan.

Selain digunakan sebagai perasa, ia juga turut digunakan untuk menghias makanan. Daun bawang akan dicincang dan ditaburkan pada makanan untuk menyerlahkan rupanya.

Kesimpulan

Bagaimana? Sudah jumpa jenis bawang yang ingin anda cuba? Atau rambang mata kerana semuanya kelihatan enak untuk dinikmati?

Tidak mengapa, cuba sahaja satu-persatu, kerana setiap jenis yang disenaraikan ini mempunyai khasiat dan kegunaan yang tersendiri. Selamat mencuba!

Artikel Menarik Lain

Mencari artikel lain untuk dibaca? Klik sahaja pada pautan di bawah.

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.