Ingin mengenali jenis coklat?

Coklat – dengar sahaja nama ini, pasti anda berasa gembira dan teruja, bukan? Coklat merupakan sejenis makanan yang diperbuat daripada biji koko. Ianya digunakan secara meluas dalam pelbagai jenis hidangan.

Bukan itu sahaja, coklat itu sendiri mempunyai pelbagai jenis. Untuk itu, berikut kami senaraikan 10 jenis coklat untuk anda. Teruskan membaca!

#1 Coklat Susu

Coklat susu merupakan coklat dalam bentuk pepejal. coklat padat yang mengandungi koko, gula dan susu. Pada awalnya, coklat susu hanya dijual sebagai coklat bar tetapi kini boleh didapati dalam pelbagai bentuk.

jenis coklat
Imej via Pinterest

Coklat susu ini kebanyakannya berwarna gelap dan rasanya juga manis. Kajian terbaru ada menunjukkan yang coklat susu juga kaya dengan antioksidan, sangat menarik!

Pengeluar coklat susu utama ialah Ferrero, Hershey, Mondelez, Mars dan Nestlé. Kebanyakan dari mereka bertanggungjawab dalam mengeluarkan lebih daripada separuh coklat yang dijual di seluruh dunia.

#2 Couverture

Couverture adalah sejenis coklat berkualiti tinggi yang mengandungi peratusan mentega koko (32–39%) yang lebih tinggi daripada coklat yang lain. Ini jelas menunjukkan yang ianya merupakan coklat tulen yang berkualiti tinggi.

jenis coklat
Imej via Pinterest

Coklat ini kerap digunakan untuk pencuci mulut. Ianya digunakan oleh pembuat kek yang profesional untuk mencelup, melapisi, membentuk dan menghias pencuci mulut.

Walaupun warnanya dan kegunaannya kelihatan seperti coklat compund, ianya berbeza dari segi peratusan mentega kokonya. Disebabkan kandungan mentega koko yang tinggi, ianya mudah cair berbanding coklat lain.

#3 Serbuk Koko

Kami yakin anda pasti biasa terdengar nama coklat ini. Serbuk koko juga boleh dikategorikan sebagai jenis coklat, namun ianya didatangkan dalam bentuk serbuk. Ianya digunakan untuk menguatkan rasa coklat untuk sesebuah menu.

jenis coklat
Imej via The Spruce Eats

Serbuk koko selalunya digunakan untuk membuat kek dan ianya juga turut dijadikan minuman. Jika anda peminat Milo, inilah antara contoh utama untuk penggunaan serbuk koko.

Serbuk koko juga kaya dengan pelbagai khasiat. Contohnya, ianya kaya dengan theobromine yang membantu mengurangkan keradangan dan dapat melindungi anda dari penyakit seperti penyakit jantung, barah, dan diabetes.

#4 Coklat Kompaun

Coklat kompaun – nama coklat yang kerap dicari ramai jika ke kedai barangan bakeri, jelas membuktikan popularitinya dalam bidang bakeri.

Imej via Kind PNG

Ia digunakan sebagai alternatif kos rendah untuk coklat tulen seperti couverture, kerana ia menggunakan lemak sayuran yang lebih murah. Disebabkan oleh penggunaan lemak sayuran, coklat jenis ini tidak mudah cair.

Ianya sering digunakan sebagai lapisan untuk pencuci mulut. Kebanyakannya ialah lapisan untuk gula gula, biskut dan aiskrim. Walaupu harganya murah, kualitinya masih baik.

#5 Coklat Gelap

Coklat gelap adalah sejenis coklat yang mengandungi pepejal koko dan mentega koko, tanpa mengandungi susu atau mentega yang terdapat dalam coklat susu.

jenis coklat
Imej via Eat This

Coklat jenis ini boleh dimakan begitu sahaja. Ianya juga turut digunakan dalam bidang masakan dan bakeri. Berbanding jenis coklat yang lain, coklat gelap ini boleh dikategorikan sebagai coklat yang sihat.

Ianya juga sesuai dinikmati oleh sesiapa yang ingin berdiet disebabkan oleh kandungan lemak yang kurang. Ianya kaya dengan khasiat seperti polifenol, flavanol dan katekin, sangat baik untuk kesihatan!

#6 Coklat Putih

Berbeza dengan coklat gelap, coklat putih ini diperbuat daripada gula, susu, mentega koko dan vanilla (sesetengah jenis), tanpa menggunakan pepejal koko. Disebabkan itu, warnanya ialah putih susu.

Imej via craftsy

Ada sesetengah orang berpendapat bahawa ianya bukan sejenis coklat kerana tidak mengandungi pepejal koko. Namun, ianya sebenarnya bergantung kepada kualiti coklat putih itu sendiri.

Sekiranya bar coklat berwarna putih terang, ia dilunturkan dan mungkin dihilangkan baunya. Coklat putih yang berkualiti tinggi cenderung berwarna sedikit kekuningan kerana mentega koko berwarna kuning.

#7 Coklat Separa Manis

Coklat separa manis mempunyai kandungan koko sekitar 60%. Ia boleh didapati dalam bentuk bar, blok dan cip, namun kebanyakan orang lebih gemar menggunakan bentuk bar.

jenis coklat
Imej via amazon

Coklat ini memang digunakan untuk masakan dan bakeri, namun ianya kerap digunakan untuk membuat biskut coklat. Ianya sesuai digunakan kerana secara amnya, kandungan gula dalam coklat hanya separuh.

Coklat separa manis boleh dikatakan versatil kerana keseimbangan coklat dan rasa manis menjadikannya sesuai digunakan dalam banyak resipi, berbanding coklat susu yang boleh menjadi terlalu manis.

#8 Coklat Pahit Manis

Coklat pahit manis ini mungkin seakan-akan coklat separa manis, namun ianya sebenarnya berbeza. Ia biasanya mengandungi kurang gula daripada coklat separa manis.

Imej via amazon

Jenis ini selalunya digunakan dalam resepi yang ingin menguatkan rasa coklat. Ada yang menggunakannya untuk membuat kek dan ada juga yang menggunakannya dalam masakan.

Contoh menu yang menggunakan coklat pahit manis ialah tart coklat dan kek coklat. Sedikit tips, jika resepinya menggunakan coklat pahit manis, sebolehnya jangan gantikan coklat ini dengan coklat jenis manis yang lain.

#9 Coklat Pemodelan

Modeling chocolate atau coklat pemodelan – anda pernah terdengar nama coklat ini? Jarang didengari, namun tidak bermaksud ianya tidak digunakan.

Imej via Pinterest

Coklat pemodelan juga dikenali sebagai coklat tanah liat, adalah campuran coklat dan sirap jagung. Teksturnya sangat mirip dengan fondant tetapi rasanya seperti coklat.

Disebabkan teksturnya yang mirip fondant, ianya sesuai digunakan untuk dijadikan fondant yang berfungsi untuk menghias, menutup dan membentuk kek dengan kreatif.

#10 Biji Koko

Cocoa nibs atau biji koko merupakan biji koko hancur yang mempunyai rasa coklat yang pahit. Mereka dihasilkan dari kacang yang berasal dari pokok koko.

Imej via The Hive Bulk Foods

Sebilangan biji koko dipanggang, manakala biji koko yang tidak dipanggang disebut biji koko mentah. Biji koko panggang ini sesuai digunakan untuk membuat biskut dan muffin. Pendek kata, boleh menggantikan cip coklat!

Teksturnya yang unik dan sedikit rangup serta rasa coklat yang kuat namun tidak terlampau manis membuatkan ramai penggemar coklat menyukai jenis coklat ini.

Kesimpulan

Bagaimana? Sudah jumpa jenis coklat yang ingin anda cuba dalam masakan? Atau rambang mata kerana semuanya bikin anda kecur air liur?

Tidak mengapa, cuba sahaja satu-persatu, kerana setiap jenis ini mempunyai kegunaan dan khasiat yang tersendiri, Selamat mencuba!

Artikel Menarik Lain

Mencari artikel lain untuk dibaca? Klik sahaja pada pautan di bawah.

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.