Tertanya-tanya apakah makanan ruji seluruh dunia?

Makanan merupakan aspek yang paling penting dalam kehidupan kita di samping minuman. Bila sesebuah negara kekurangan sumber makanan, pasti ianya akan memudaratkan rakyatnya.

Hal ini jelas menunjukkan yang sumber makanan merupakan perkara yang paling penting dalam hidup setiap manusia di dunia. Jadi, setiap negara bergantung kepada makanan ruji yang boleh didapati.

Tertanya-tanya apakah makanan ruji di serata dunia? Berikut kami senaraikan 10 makanan ruji seluruh dunia berserta peratus pengunaannya. Teruskan membaca!

#1 Jagung (19.5%)

makanan ruji seluruh dunia jagung

Imej via saji.my

Siapa sahaja yang tidak pernah terdengar tentang jagung? Di Malaysia sendiri, ianya merupakan makanan kegemaran ramai tidak mengira usia. Rasanya yang manis dan segar membuatkannya enak dimakan begitu sahaja.

Menurut sejarah, jagung mula dipekenalkan kepada populasi Orang Asli di Mexico sejak 10,000 tahun yang dahulu lagi. Sejarah pengenalannya yang lama membuatkan makanan ini menjadi antara makanan ruji terpenting di dunia.

Melalui perdagangan antarabangsa, jagung telah tersebar di seluruh dunia dan kini menjadi sumber utama makanan di Afrika, Eropah, dan Amerika Syarikat. Di dunia, manusia mendapat 19.5% daripada pengambilan kalori mereka dari jagung.

#2 Beras (16.5%)

makanan ruji seluruh dunia NASI

Imej via saji.my

Beras merupakan makanan ruji yang paling penting di negara kita. Setiap hari, kita pasti akan menjamah nasi dengan penuh selera kerana ianya merupakan sumber makanan yang sangat diperlukan.

Bukan di negara kita sahaja, malah ianya diperlukan oleh lebih 1.6 bilion rakyat di seluruh dunia. MBerdasarkan bukti arkeologi, nasi dipercayai mula-mula dipasarkan di rantau lembah Sungai Yangtze di China dan seterusnya berkembang ke serata Asia dan dunia.

Beras adalah sumber magnesium, fosforus, mangan, selenium, besi, asid folik, tiamin dan niasin yang baik. Oleh sebab khasiatnya, dunia mendapat 16.5% daripada pengambilan kalori mereka dari beras.

#3 Gandum (15%)

makanan ruji seluruh dunia GANDUM

Imej via saji.my

Satu lagi makanan ruji terpenting di dunia ialah gandum. Rekod arkeologi menunjukkan bahawa gandum pertama kali ditanam di sebuah kawasan di Timur Tengah sekitar 9600 SM.

Menurut statistik yang dijalankan oleh FAOSTAT, negara China merupakan pengeluar gandum terbanyak di dunia iaitu lebih 134 tan setahun, diikuti oleh India, Rusia, dan Amerika Syarikat.

Di Malaysia sendiri, ianya merupakan makanan ruji terpenting selepas beras. Gandum mengandungi hampir 55% karbohidrat dan 20% kalori makanan. Disebabkan khasiatnya, kira-kira 15% daripada pengambilan kalori dunia berasal dari gandum.

#4 Ubi Kayu (2.6%)

ubi

Imej via saji.my

Ubi kayu adalah makanan ruji utama di banyak negara di dunia dan ianya merupakan makanan asas untuk lebih dari setengah bilion orang. Menurut sejarah, ianya mula diperkenalkan di Afrika dari Amerika oleh Portugis pada tahun 1558.

Ianya juga merupakan makanan yang sering dijadikan sumber utama semasa berlakunya kemudaratan seperti penjajahan atau Perang Dunia Kedua pada suatu ketika dahulu, jelas menunjukkan betapa pentingnya ia.

Ubi kayu ini merupakan sumber protein dan karbohidrat yang sangat baik. Selain itu, ianya juga kaya dengan vitamin dan mineral lain. Di dunia, terdapat lebih kurang 2.6% populasi dunia yang menjadikan ubi kayu sebagai makanan ruji.

#5 Kacang Soya (2.1%)

makanan ruji seluruh dunia soya

Imej via saji.my

Siapa sahaja yang tidak sukakan air soya? Tidak suka menikmati tempe? Anda memang rugi! Kacang soya juga merupakan antara makanan ruji yang terpenting di dunia.

Kacang soya  berasal dari Asia Tenggara dan pertama kali dikeluarkan oleh petani Cina sekitar 1100 SM. Brazil merupakan pengeluar kacang soya terbesar di dunia (sekitar $25.9 bilion)  yang diikuti oleh Amerika Syarikat & Argentina.

Kacang soya rendah lemak tepu dan tinggi kandungan protein. Ianya juga merupakan sumber serat, kalsium, besi, magnesium, fosforus, kalium, dan thiamin yang baik. Terdapat lebih kurang 2.1% populasi dunia yang menjadikan kacang soya sebagai makanan ruji.

#6 Kentang (1.7%)

makanan ruji seluruh dunia

Imej via saji.my

Semestinya kentang akan turut tersenarai sebagai antara makanan ruji terpenting di dunia. Ianya bukan sahaja membekalkan nutrisi seperti potassium dan vitamin C, ianya juga memberi tenaga yang banyak.

Ianya mula didapati di sekitar Peru selatan dan barat laut Bolivia antara 8000 dan 5000 SM. Sejak itu ia telah tersebar di seluruh dunia dan menjadi tanaman ruji di banyak negara.

China kini pengeluar kentang terkemuka di dunia (88.99 juta metrik tan kentang setahun) diikuti oleh India, Rusia, dan Ukraine. Sekitar1.7% populasi dunia yang menjadikan kentang sebagai makanan ruji.

#7 Betari / Sorghum (1.2%)

makanan ruji seluruh dunia

Imej via saji.my

Betari atau lebih dikenali dengan nama sorghum merupakan tumbuh-tumbuhan bijirin yg batang dan daunnya seakan-akan batang dan daun jagung. Ianya mula ditemukan di timur laut Afrika atau di sempadan Mesir-Sudan sekitar 5,000-8,000 tahun yang lalu.

Pengeluar terbesar tanaman sorghum ialah Amerika Syarikat (sekitar 11.5 juta tan metrik per tahun) diikuti oleh negara-negara lain seperti India, Nigeria dan Mexico.

Ianya begitu penting di Amerika Syarikat kerana ia akan digunakan sebagai makanan ternakan dan akan diubah menjadi etanol. Dicatatkan sekitar 1.7% warga dunia yang menggunakan sorghum sebagai makanan ruji.

#8 Keledek (0.6%)

sweet

Imej via saji.my

Keledek merupakan makanan ruji yang berasal dari berasal dari Amerika Tengah dan Selatan. Berbeza dengan kentang biasa, rasanya lebih manis dan isinya lebih lembut.

China adalah pengeluar kentang terbesar di dunia, tetapi sebahagian besar pengeluaran digunakan untuk makanan haiwan. Mengikut statistik, 0.6% populasi dunia menjadikan keledek sebagai makanan ruji mereka.

#9 Keladi (0.4%)

yam

Imej via saji.my

Keladi merupakan tumbuhan yang berasal dari Afrika dan Asia serta kawasan tropika lain. Menurut Wikipedia, Nigeria adalah pengeluar keladi terbesar di dunia, yang menyumbang lebih daripada 70-76 peratus daripada pengeluaran dunia.

Yams kaya dengan mineral yang diperlukan untuk mengekalkan kehidupan yang sihat. Ini termasuk vitamin A, C, B, thiamin, niacin, riboflavin dan asid folik. Peratus populasi dunia yang menjadikan keladi sebagai makanan ruji ialah 0.4%.

#10 Plaintain / Pisang 0.3%

pisang

Imej via saji.my

Pisang semestinya akan termasuk sebagai antara makanan ruji yang terpenting di dunia. Ianya juga digelar sebagai super fruit disebabkan oleh kandungan kalium yang tinggi.

Secara amnya, ianya dipersetujui bahawa pisang berasal dari Asia Tenggara dan Pasifik Selatan sekitar 8000-5000 SM. Pisang juga diyakini merupakan buah pertama di dunia yang ditanam.

Selain kalium, pisang juga kaya dengan zat lain seperti kalsium, mangan, magnesium, besi, folat, niacin, riboflavin, dan B6. Terdapat sekitar 0.3% warga dunia yang menjadikan pisang sebagai makanan ruji.

Kesimpulan

Banyak juga makanan ruji yang diperlukan di serata dunia. Ini pun belum kami senaraikan semuanya, hanya antara yang terpenting sahaja. Yang pasti, peratus tertinggi kebanyakanya dipelopori oleh biji-bijian seperti jagung dan beras.

Semoga artikel tentang makanan ruji seluruh dunia ini memberikan pengetahuan yang baru kepada anda. Jangan lupa kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan mahupun di media sosial.

Rujukan

1. https://www.worldatlas.com/articles/most-important-staple-foods-in-the-world.html

Penulis: Nurul Hani

Nurul Hani

Merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan dan berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia.

    Tinggalkan Komen!

    Langgan Info Kami

    Berkaitan

    .