Mencari informasi tentang jenis pisang?

Pisang merupakan antara jenis buah yang namanya sentiasa menjadi sebutan ramai. Bukan sahaja berkhasiat, malah rasanya juga sedap. Ianya kerap dijadikan sebagai bahan dalam kebanyakan masakan.

Untuk setiap masakan, ada jenis pisang yang spesifik yang digunakan. Tertanya-tanya tentang jenis pisang? Berikut kami senaraikan 10 jenis pisang untuk anda ketahui. Teruskan membaca!

#1 Pisang Awak

Jika anda biasa menikmati cekodok pisang, inilah pisang yang kerap digunakan untuk menyediakannya – pisang awak.

jenis pisang
Imej via Pinterest

Pisang awak ini kebanyakannya berbiji dan ianya mempunyai beberapa jenis. Antaranya ialah pisang awak kepek yang rasanya sedikit masam manis, awak lilin yang rasanya manis dan awak legor.

Pisang ini juga sering digunakan dalam masakan. Antara menu yang menggunakan pisang awak ialah cekodok pisang, pengat pisang, lempeng pisang dan lepat pisang.

#2 Pisang Berangan

Anda pasti biasa terdengar nama pisang berangan ini. Ianya merupakan antara pisang yang kerap dinikmati kerana rasanya yang cukup enak.

jenis pisang
Imej via Pinterest

Pisang ini enak dimakan semasa ianya sudah masak atau ranum. Kulitnya juga mudah dikupas walaupun kulitnya agak tebal berbanding pisang yang lain. Rasanya yang manis membuatkan ianya sesuai dijadikan bahan untuk masakan.

Antara jenis masakan yang menggunakan pisang berangan sebagai bahannya ialah goreng pisang. Pisang berangan ini juga sentiasa digunakan sebagai pencuci mulut di kebanyakan majlis, sangat menarik!

#3 Pisang Emas

Pernah melihat pisang yang bersaiz kecil dan kerap dijadikan snek? Mungkin pisang yang anda lihat itu ialah pisang emas.

jenis pisang
Imej via Pinterest

Pisang emas ini bersaiz kecil, namun rasanya sangat sedap. Namanya diambil bersempena warnanya yang berwarna kuning keemasan setelah masak. Namun, pisang ini mudah bertukar lebam dalam beberapa hari.

Pisang emas juga turut digunakan dalam beberapa jenis masakan. Ada yang membuat masak lemak pisang emas, pengat pisang pendang dan cekodok pisang. Memang berbagai, anda wajib cuba!

#4 Pisang Nangka

Pisang nangka ini juga meruapakan antara pisang yang kerap digunakan dan ditanam di negara kita. Kelihatan sama seperti pisang yang lain, namun ianya mempunyai keunikan yang tersendiri.

jenis pisang
Imej via Facebook

Pisang nangka ini warnanya tetap hijau walaupun sudah matang. Jika pisang nangka bertukar kekuningan, ini bermaksud yang pisang itu sudah lembik isinya. Rasa pisang ini sedikit masam dan manis.

Untuk masyarakat Jawa, mereka menggunakan pisang nangka untuk membuat getuk pisang, sejensi kuih tradisional Jawa yang sesuai dinikmati semasa sarapan dan minum petang.

#5 Pisang Susu

Pasti kebanyakan pembaca jarang terdengar nama pisang susu ini, bukan? Ianya merupakan pisang yang rasanya lemak-lemak manis dan kelihatan sama seperti pisang emas.

jenis pisang
Imej via Specialty Produce

Beza pisang susu dan pisang emas ialah bentuknya agak bulat dan saiznya sederhana. Disebabkan rasa lemak manisnya, pisang susu ini sesuai dijadikan snek atau sebagai bahan dalam masakan.

Antara masakan yang menggunakan pisang susu ialah kek pisang dan lempeng pisang. Untuk minuman pula, anda boleh juga membuat smoothie menggunakan pisang ini, pasti lebih sedap dan berlemak!

#6 Pisang Raja

Pisang raja merupakan antara spesis pisang yang menjadi rebutan di pasaran Malaysia kerana ianya agak susah untuk didapati.

Imej via Suria Helang Lui

Saiz pisang raja ini agak besar berbanding pisang yang lain. Pisang raja ini boleh dimakan begitu sahaja atau digoreng kerana ianya memang segar. Jadi, pisang raja juga selalu dijadikan bahan masakan.

Antara masakan yang menggunakan pisang raja ialah kek, kerepek, pengat, lempeng dan kuih. Ianya juga merupakan bahan terbaik untuk membuat goreng pisang, memang berbagai!

#7 Pisang Embun

Satu lagi pisang yang enak dimakan walaupun semasa mentah ialah pisang embun yang turut dikenali dengan nama pisang bunga.

Imej via Suria Helang Lui

Pisang embun ini bersaiz besar dan rasanya tidak terlalu manis, namun tetap sedap. Sama seperti pisang emas, pisang ini mudah lembik. Jadi, anda seharusnya menikmatinya sebelum ianya terlalu masak.

Pisang ini asalnya berwarna hijau dan warnanya akan bertukar menjadi kuning atau merah setekah ianya dimasak. Di Filipina, pisang ini sangat popular dan ianya dikenali dengan nama Ambon. Menarik bunyinya!

#8 Pisang Raja Udang

Rupa pisang raja udang ini pasti menarik perhatian anda, bukan? Kebanyakan pisang berwarna kuning, namun berlainan pula dengan pisang jenis ini.

Imej via Pinterest

Disebabkan keunikannya, pisang raja udang ini boleh dikatakan jenis pisang yang eksklusif di pasaran. Ianya berwarna merah atau ungu semasa masih muda dan rasanya sangat manis dan sedikit masam.

Pisang raja udang juga sesuai dijadikan bahan dalam masakan. Ada sesetengah orang gemar membuat cekodok pisang raja udang yang rasanya memang manis, sangat sesuai dinikmati semasa minum petang!

#9 Pisang Abu

Pisang abu atau pisang nipah ini juga merupakan antara variasi pisang yang wajib anda kenali. Bukan sahaja terkenal di negara kita, malah ianya juga turut menjadi rebutan di pasaran Indonesia.

Imej via Pinterest

Di Sabah pula, pisang ini dikenali dengan nama pisang saba. Jantung pisang nipah ini sering digunakan dalam masakan kerana rasanya yang berlemak dan tidak kelat.

Antara masakan yang menggunakan pisang nipah ialah goreng pisang dan pengat pisang. Untuk jantungnya pula, anda boleh cuba gulai lemak jantung pisang. Pasti mampu menambat selera sesiapa sahaja!

#10 Pisang Toman

Melihat saiz pisang yang panjang ini pasti membuatkan anda tertanya-tanya. Jangan risau, saiz pisang toman ini memanjang panjang dan purata panjangnya ialah 20 cm.

Imej via Puteh Dandelion

Disebabkan saiznya yang panjang, jenis ini memang terkenal dalam pembuatan kerepek. Ianya juga sesuai dibuat kek dan cekodok. Rasanya yang manis membuatkan pisang ini enak dimakan begitu sahaja.

Kesimpulan

Sebenarnya, ada banyak lagi jenis pisang yang boleh didapati. Namun, kami senaraikan 10 jenis yang terkenal untuk anda ketahui.

Setiap pisang ini mempunyai keunikan, khasiat dan kegunaan yang tersendiri. Jika boleh gunakan dalam masakan, jangan lupa untuk dapatkannya dan cuba sendiri di rumah. Selamat mencuba!

Artikel Menarik Lain

Mencari artikel lain untuk dibaca? Klik sahaja pada pautan di bawah.

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.