Ikan kerisi merupakan salah satu ikan yang kaya dengan Omega 3. Terdapat 2 jenis ikan kerisi yang biasa dijumpai di pasar, iaitu ikan kerisi besar dan ikan kerisi kecil. Ikan kerisi juga sangat sesuai untuk diolah menjadi pelbagai resepi masakan yang menarik dan sedap. Hal ini kerana ikan kerisi mempunyai isi yang sangat lembut dan sedap.

Selain itu, ikan kerisi ini juga sangat sesuai dijadikan makanan bagi ibu yang sedang berpantang dan menyusu. Hal ini kerana kandungan nutrisi yang terdapat di dalam ikan kerisi sangat banyak. Terdapat pelbagai jenis resepi yang menggunakan ikan kerisi. Jom tengok resepi yang dikongsi di bawah.

Ikan Kerisi Singgang Pedas

Imej via [facebook]

Kalau biasa kita dengar singgang kuning je, apa kata kali ni anda cuba resepi singgang pedas yang merupakan salah satu gaya masakan masyarakat Terengganu. Kuah yang pedas dan beraroma pastinya menaikkan lagi selera anda. Jom tengok resepi yang dikongsi oleh Bob Kelanang di laman facebook.

Bahan-bahan:

  • 4 ekor ikan kerisi
  • 5 biji cili padi
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
  • 1/2 inci kunyit
  • 3 cawan air
  • 5 keping asam gelugur
  • Garam secukup rasa
  • 2 kuntum bunga kantan (belah 2)
  • 8 tangkai daun kesum

Cara Penyediaan:

1)Siang ikan kerisi dengan membuang sisik. Basuh bersih dan kelar.

2)Masukkan cili padi, bawang merah, bawang putih, lengkuas, kunyit dan 1 cawan air ke dalam pengisar. Kisar halus.

3)Masukkan bahan kisar, asam gelugur, 2 cawan air dan garam ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.

4)Masukkan ikan, bunga kantan dan daun kesum ke dalam periuk.

5)Biarkan mendidih lagi dengan perlahan-lahan selama 5 minit.

6)Hidangkan di dalam mangkuk dan siap.

Ikan Kerisi Masak Lemak Cili Padi  

Imej via [facebook]

Kalau tadi ikut resepi masyarakat Terengganu, kali ni apa kata cuba style orang Negeri Sembilan pula? Apa lagi kalau bukan masak lemak cili padi? Resepi yang sangat ringkas dan mudah. Resepi ni main campak-campak je semua bahan dan siap! Resepi kali ini dikongsi oleh Mohd Rozmie di laman facebook.

Bahan-bahan:

  • 6 ekor ikan kerisi
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 10 biji cili padi
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit
  • 2 batang serai
  • 2 keping asam gelugor
  • 1 biji tomato
  • Santan (kotak 200ml)
  • 2 cawan air

Cara Penyediaan:

1)Cuci bersih ikan kerisi dan gaul dengan garam kunyit. Perapkan dalam 20 – 30 minit.

2)Sediakan blender dan kisar kunyit, halia, bawang merah, bawang putih, bawang besar dan cili padi.

3)Sediakan santan kotak, potong tomato kepada 6 bahagian dan ketuk serai.

4)Sediakan kuali dan panaskan minyak.

5)Goreng ikan kerisi hingga masak dengan menggunakan api yang perlahan. Pastikan ikan tenggiri tidak terlalu garing dan tidak hancur.

6)Ketepikan ikan yang telah siap digoreng tadi.

7)Panaskan periuk dan masukkan bahan yang telah dikisar tadi. (tidak perlu minyak).

8)Masukkan serai setelah bahan tumisan naik bau. Gaul rata.

9)Masukkan asam keping dan kacau rata.

10)Masukkan santan dan tambahkan air mengikut kepekatan yang anda mahukan. Gaul rata.

11)Biarkan santan sebati dan pastikan sentiasa kacau agar santan tidak berketul atau pecah minyak.

12)Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Gaul rata.

13)Masukkan ikan yang telah digoreng tadi apabila santan mendidih.

14)Masukkan tomato yang telah dipotong tadi dan biarkan sekejap.

15)Tutup api dan hidangkan ke dalam mangkuk. Selamat mencuba!

Gangan Asam Ikan Kerisi

Imej via [facebook]

Resepi kali ini menggunakan resepi Asam Pedas yang menjadi kegemaran ramai. Masakan yang mudah, sedap dan sihat untuk disediakan. Jom tengok resepi yang dikongsi oleh Nurul Ateekah di laman facebook miliknya.

Bahan-bahan:

  • 1 kilo ikan kerisi besar (Dipotong)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1 sudu besar air asam
  • 2 keping asam keping
  • 2 batang cili merah (dipotong)
  • 2 batang cili hijau (dipotong)
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • 1/2 biji nenas (dipotong)
  • 1/2 biji timun (dipotong)
  • 1 helai daun salam
  • Garam (secukup rasa)
  • Gula (secukup rasa)

Bahan Kisar:

  • 1/2 biji bawang besar/5 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar (biji ketumbar)
  • 2 cm halia
  • 2 cm lengkuas
  • 3 cm kunyit hidup
  • 2 batang cili merah
  • 2 biji cili padi
  • 3 biji buah keras
  • 1 liter air

Cara Penyediaan:

1)Siang ikan dan basuh bersih.

2)Sediakan blender dan kisar semua bahan sehingga hancur.

3)Sediakan periuk dan masukkan bahan yang dikisar bersama 1 liter air. Gaul rata.

4)Masukkan daun salam, serai, asam jawa dan asam keping. Masak hingga mendidih.

5)Masukkan ikan, cili merah, cili hijau, nenas, timun dan tomato. Kacau rata.

5)Biarkan sehingga mendidih dan perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa. Kacau rata.

6)Masukkan ke dalam mangkuk dan siap!

Ikan Kerisi Asam Pedas

Imej via [facebook]

Ikan kerisi masak asam pedas pastinya menjadi pelengkap menu tengah hari anda. Rasa masakan yang masak dilengkapi dengan rasa pedas dan isi ikan yang manis dan lembut. Masakan ini pastinya dapat menaikkan selera makan anda dan anak-anak. Resepi ini dikongsi oleh Ummi AZ-Zahra di laman facebook.

Bahan-bahan:

  • Ikan kerisi (kelar segaris)
  • Cili api (jika nak pedas)
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Lengkuas
  • Kunyit hidup
  • Belacan
  • Cili kering
  • Air
  • Asam gelugor
  • Garam
  • Ajinomoto
  • Bunga kantan (dibelah)
  • Daun kesum
  • Bendi
  • Serai

Cara Penyediaan:

1)Sediakan blender dan kisar bawang merah, bawang putih, cili padi, lengkuas, kunyit hidup dan cili kering.

2)Sediakan kuali dan masukkan ikan kerisi sekali dengan bahan yang telah diblender tadi.

3)Masukkan air ke dalam kuali dan biarkan mendidih.

4)Masukkan belacan dan kacau rata.

5)Masukkan serai dan asam keping. Biarkan mendidih.

6)Masukkan daun kesum dan bunga kantan. Kacau rata.

7)Masukkan bendi dan tomato ceri setelah mendidih.

8)Masukkan garam dan ajinomoto. Kacau rata.

9)Hidangkan ke dalam mangkuk dan siap!

Ikan Kerisi Masak Kicap Pekat Pedas

Imej via [facebook]

Resepi masak kicap pedas ni sememangnya sangat mudah untuk disediakan. Lagi-lagi bila waktu sahur, sememangnya menjadi salah satu lauk pilihan. Bagi mereka yang bujang, resepi ini pastinya menjadi pilihan mereka. Jom tengok resepi yang dikongsi oleh Nurul Ateekah di laman facebook.

Bahan-bahan:

  • 6 potongan ikan kerisi (digoreng)
  • 1 labu bawang besar (dipotong bulat)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 7 batang cili padi merah
  • 7 batang cili padi hijau
  • 1 biji tomato
  • 1 sudu kecil serbuk sup
  • 1 sudu kecil serbuk perasa Knorr
  • 1 sudu besar gula
  • 5 sudu besar cili kisar
  • 4-5 sudu kicap manis (cap kipas udang)
  • Minyak masak

Cara Penyediaan:

1)Sediakan kuali dan panaskan minyak.

2)Tumis bawang putih sehingga sedikit keperangan.

3)Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak (untuk mendapat warna cili yang cantik, pastikan anda memasak cili dengan api perlahan)

4)Setelah pecah minyak, masukkan bawang, cili padi dan tomato. Kacau rata.

5)Masukkan kicap manis, gula dan serbuk perasa. Kacau sebati.

6)Masukkan ikan yang telah digoreng dan gaul rata. Siap!  

Ikan Kerisi Masak Sambal Hijau

Imej via [facebook]

Bagi peminat masakan pedas, resepi ini pastinya menjadi pilihan masakan anda. Jika biasanya kita tengok sambal merah, kali ni masakan sambal hijau. Resepi kali ini dikongsi oleh page Resepi Pembuka Selera.

Bahan-bahan:

  • Ikan kerisi
  • Garam
  • Gula
  • Maggie cukup rasa
  • Daun limau purut
  • Serai (ditumbuk)
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili padi hijau
  • Cili besar hijau
  • Kunyit
  • Asam jawa
  • Sos tiram

Cara Penyediaan:

1)Kelar ikan kerisi yang telah dibersihkan kepada beberapa garis.

2)Salutkan dengan garam dan kunyit.

3)Sediakan kuali dan panaskan minyak. Goreng ikan tadi sehingga garing dan toskan.

4)Blender bawang merah, bawang putih, cili padi dan cili hijau.

5)Sediakan kuali dan panaskan minyak. Tumis cili hijau sehingga sebati.

6)Masukkan serai yang telah diketuk bersama dengan daun limau purut. Kacau sehingga naik bau dan garing.

6)Setelah garing, masukkan garam, sos tiram dan kacau sebati.

7)Masukkan air asam jawa, gula dan maggie secukup rasa. Kacau sebati.

8)Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul sebati.

9)Hidangkan ke dalam pinggan dan siap! Selamat mencuba!

Ikan Kerisi Buttermilk

Imej via [buff.ly]

Kalau biasa kita dengar mengenai ayam buttermilk je, kali ni ikan kerisi masak buttermilk pun ada. Rasa berlemak dan manis yang pastinya menjadi pelengkap makan tengah hari anda. Jom tengok resepi yang dikongsi oleh Yan Rahman di laman facebook.

Bahan-bahan:

  • 4-5 ekor ikan kerisi
  • Garam
  • Kunyit
  • Setengah labu bawang putih (cincang halus)
  • 10 biji cili padi merah (potong kecil)
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 tin susu sejat
  • 1 biji limau nipis (perah jusnya)
  • Susu sejat
  • 2 sudu besar butter
  • Garam
  • Secukupnya rasa

Cara Penyediaan:

1)Siang dan bersihkan ikan. Gaulkan ikan dengan menggunakan garam dan kunyit.

2)Sediakan kuali dan panaskan minyak. Goreng ikan hingga garing. Ketepikan.

3)Masukkan jus limau nipis yang telah diperah ke dalam susu sejat. Campurkan dengan 2 sudu besar butter.

4)Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan daun kari dan cili padi. Kacau sebati.

5)Kacau bahan sehingga naik bau dan masukkan buttermilk yang dicampurkan tadi.

6)Masukkan garam dan secukup rasa. Kacau sebati.

7)Biarkan sehingga bahan mendidih dan tutup api.

8)Masukkan ikan yang digoreng ke dalam pinggan dan tuangkan kuah ke atas ikan.

9)Lauk siap untuk dihidangkan!

Ikan Kerisi Masak Taucu

Imej via [facebook]

Bagi anda yang biasa menggoreng ikan kerisi dan tiada idea untuk memasak ikan kerisi, apa kata cuba kerisi masak taucu. Resepi ini juga mendapat komen yang positif dari mereka yang telah mencubanya. Jom tengok resepi yang dikongsi oleh Jamayah Bujang di laman facebook.

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan kerisi sederhana besar
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 2 sudu besar asam jawa (ambil jusnya)
  • 2 sudu besar taucu (dibasuh sekejap dan ditoskan)
  • 3 batang cili hijau (dihiris)
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 1 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 sudu kecil serbuk cukup rasa
  • Gula secukup rasa

Cara Penyediaan:

1)Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng sederhana garing dan ketepikan.

2)Tumiskan bahan-bahan yang dihiris hingga layu.

3)Masukkan tauchu dan kacau sebati.

4)Masukkan air asam, serbuk cukup rasa dan gula. Kacau sebati.

5)Setelah kuah mendidih, masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul rata dengan kuah dan bahan-bahan lain.

6)Biarkan di atas api hingga ikan goreng sebati dengan kuahnya. Sedia untuk dihidang.

Ikan Kerisi Masak Cuka

Imej via [facebook]

Pada asasnya penggunaan cuka menutup bau hanyir ikan dan memberikan rasa masam kepada ikan. Masakan kali ini bukan sahaja memberikan pelbagai rasa pada masakan, malah masakan ini juga sangat mudah untuk disediakan. Resepi ini juga menggunakan barang-barang asas yang mudah untuk anda dapati. Jom tengok resepi yang dikongsi oleh Fisha Fishah di laman facebook.

Bahan-bahan:

  • Ikan kerisi
  • Bawang kecil
  • Bawang putih
  • Halia
  • Serai
  • Cili api
  • Biji sawi
  • Cuka
  • Garam
  • Gula

Cara Penyediaan:

1)Panaskan kuali dan masukkan minyak.

2)Masukkan halia dan tumis sehingga naik bau.

3)Masukkan air dan biarkan sehingga air mendidih.

4)Masukkan cuka, gula dan garam. Kacau sebati.

5)Setelah bahan sebati, masukkan ikan dan ke semua bahan yang lain.

6)Biarkan sebentar dan tutup api.

7)Hidangkan ke dalam mangkuk dan siap.

Ikan Kerisi Goreng Berempah

Imej via [facebook]

Ikan apa-apa pun memang sedap jika digoreng, lagi-lagi goreng berempah. Resepi yang pastinya membuatkan anda menambah nasi. Resepi ikan goreng berempah ini dikongsi oleh page Resepi Enak di laman facebook.

Bahan-bahan:

  • 2kg ikan kerisi
  • 1/2 serbuk ayam berempah
  • 2 sudu cili flakes
  • Suku cawan air
  • Segengga daun kari
  • Minyak masak (sepenuhnya)

Cara Penyediaan:

1)Gaul ikan kerisi dengan serbuk ayam berempah, cili flakes, air dan daun kari sehingga rata. Perap selama 1 jam.

2)Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing.

3)Angkat dan toskan minyak.

4)Hidangkan ikan ke dalam pinggan. Selamat mencuba.

Ikan Kerisi Bakar

Imej via [facebook]

Bagi mereka yang inginkan menu sihat, apa kata cuba resepi ikan kerisi bakar. Menggunakan minyak dalam kuantiti yang sedikit, tetapi mempunyai rasa yang lengkap dengan sambal yang disumbat di dalam ikan tersebut. Jom tengok resepi yang dikogsi oleh Ummi Hana di laman facebook.

Bahan-bahan:

  • Kunyit
  • Garam
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Gula melaka
  • Belacan
  • Cili kisar
  • Asam jawa
  • Ikan kerisi

Cara Penyediaan:

1)Tumbuk kunyit hidup dengan sedikit garam. Pastikan bahan hancur.

2)Tumbuk bawang merah, bawang putih dan belacan sehingga lumat.

3)Masukkan gula melaka dan tumbuk sebati.

4)Sediakan blender masukkan cili kisar dan asam jawa dan gaul sebati.

5)Masukkan 2 ulas bawang merah yang telah dihiris nipis dan gaul rata.

6)Sumbat rempah yang telah dibuat tadi ke dalam ikan yang telah dibelah. Pastikan ikan disumbat sehingga penuh.

7)Biarkan sebentar agar kesemua rempah menyerap ke dalam ikan.

8)Alas magic pan menggunakan foil dan letakkan sedikit minyak.

9)Masak ikan di atas api yang kecil.

10)Hidangkan ikan ke dalam pinggan dan siap!

Resepi Menarik Lain:

Selain resepi ikan kerisi di atas, anda juga dijemput untuk membaca artikel resepi menarik kami yang lain. Jangan lupa untuk tinggalkan komen dan share. Selamat mencuba!

Penulis: kiraasla

Writing makes me happy!

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.