Jika anda ke Melaka, tempat ini merupakan tempat ikan bakar yang wajib anda terjah. Boleh dikatakan menu wajib di Melaka selain asam pedasnya. Tempat yang dimaksudkan adalah Ikan Bakar Umbai Melaka

Tempat makan ini juga dikenali sebagai tempat Ikan Bakar Umbai Melaka ataupun sebagai Ikan Bakar Parameswara kerana kedai ini agak terkenal di medan ikan bakar ini. Di sini terdapat beberapa kedai ikan bakar lain yang boleh anda cuba.Ianya juga dikenali sebagai Medan Ikan Bakar Pernu Umbai Merlimau Melaka kerana lokasi yang terletak di Merlimau.

Medan Ikan Bakar Parameswara

Medan Ikan Bakar Parameswara

Ikan Bakar Umbai ini merupakan salah satu tempat ikan bakar yang turut menjadi pilihan ramai orang jika datang ke Melaka. Disini juga mempunyai pelbagai jenis seafood untuk dipilih sama seperti Medan Ikan Bakar Sungai Duyong.Dari bandar Melaka ke Merlimau mengambil masa lebih kurang 30 minit, maksudnya tidak jauh jika anda menginap berdekatan dengan bandar Melaka.

Tempat makan ini agak ramai, tetapi jangan risau. Meja dan kerusi agak banyak juga di kedai ini. Cuma kami tidak berani hendak janji untuk hari Sabtu dan Ahad. Maklumlah, hari minggu. Masa inilah untuk keluar dan habiskan masa bersama keluarga atau rakan.

Apa yang membezakan medan ikan bakar ini adalah pada cara membakar dan sos/sambal yang disediakan.Di sini sama juga seperti medan ikan bakar yang lain. Hanya perlu datang ke kaunter, pilih ikan yang berkenan dan timbang. Kemudian pilih sahaja masakan yang berkenan pada hati.

Lokasi restoran ini memang menarik.Ianya betul-betul terletak ditepi kuala. Disini tidak mungkin tidak sama dengan tempat lain. Anda tidak boleh terus pesan. Pelayan akan meminta anda mencari meja kosong terlebih dulu. Nanti pesanan akan dibuat mengikut nombor meja tersebut.

Dikatakan masakan sambal di sini sedap. Cadangan ada yang mengesyorkan ketam rempahnya.

Waktu operasi untuk Ikan Bakar Umbai ini pula bermula daripada tengahari sampailah lewat malam. Cuma jangan datang pada hari Isnin kerana ianya ditutup.Untuk maklumat lanjut boleh hubungi 06-2616106.

Untuk sampai ke sana, di sini kami kongsikan koordinat GPS: Lat/Lng 2.156199,102.336036.

Ada juga mencadangkan untuk makan di gerai No. 1 D’ Muara Ikan Bakar. InsyaAllah, jika ada amsa akan kami ceritakan tentang gerai ini pula.

Penulis: Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.